LISBON, Portugal, 19 November 2022 /PRNewswire/ -- VisitPortugal memulakan satu rancangan yang kukuh untuk mempromosikan destinasi di pasaran Amerika Utara, melibatkan dirinya dengan acara pelancaran patung lilin terbaharu Cristiano Ronaldo di Muzium Madame Tussauds di Bandar Raya New York melalui "pengambilalihan" papan-papan iklan digital di Times Square. Selepas melancarkan patung lilin Cristiano Ronaldo, VisitPortugal memaparkan kisah rakyat Portugis selama satu jam pada setiap jumbotron ini dengan menunjukkan kepada dunia ciri-ciri terbaik yang ditawarkan oleh negara tersebut, iaitu rakyat serta warisan semula jadi dan sejarahnya, serta menyampaikan mesej daripada Portugal ke seluruh dunia tentang kepentingan Travelling Better (Melakukan Perjalanan dengan Lebih Baik).
Dengan moto "Close to US", VisitPortugal berhasrat untuk mempromosikan kepelbagaian tawaran pelancongan di Portugal dan wilayahnya yang dapat mempengaruhi sebilangan besar rakyat Amerika. Ciri-ciri yang merangkumi alam semula jadi, sejarah, ombak laut serta warisan budaya, bandar-bandar dan perkampungan, desa dan kepulauan, semua ini menjadi sebab untuk anda memilih Portugal sebagai destinasi perjalanan anda yang seterusnya.
Ini merupakan satu pengaktifan jenama yang unik di AS dengan kesan pemangkin yang dijangka menjangkau kira-kira 500 juta orang di seluruh dunia. Dalam satu tempoh yang menawarkan peluang yang tinggi: pada minggu Thanksgiving yang menyusul selepas Black Friday dan Cyber Monday, yang dicirikan sebagai satu tempoh di mana sebilangan besar rakyat Amerika membuat tempahan perjalanan mereka yang akan datang.
Patung lilin Cristiano Ronaldo akan berada di Muzium Madame Tussauds dari 21 November 2022 di ruang yang dikhususkan untuk atlet Portugis ini yang dikenali sebagai: The CR7 Experience. Pada masa yang sama, selama 15 hari, orang awam yang mengunjungi Muzium Madame Tussauds akan ditayangkan dengan filem tentang Portugal.
"Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang ikon bola sepak yang paling berjaya pada masa ini dan kami teruja dapat bekerjasama dengan VisitPortugal untuk acara yang istimewa ini di Time Square; ini merupakan satu peluang yang luar biasa untuk memperkenalkan negara Portugal serta destinasi percutiannya yang indah," kata Ketua Pemasaran Madame Tussauds New York, Tiago Mogadouro.
Madame Tussauds New York bekerjasama dengan Times Square Alliance, NYC & Company serta Persekutuan Bola Sepak Portugis dan VisitPortugal untuk mempamerkan patung yang ikonik dan sangat bermakna ini.
Amerika Syarikat terbukti sebagai salah satu pasaran pelancongan yang paling relevan untuk Portugal yang mencatatkan pertumbuhan dari segi bilangan pengunjung, penginapan semalaman dan pendapatan, masing-masing sebanyak 18.8%, 19.5% dan 45.0% dari awal tahun hingga Ogos 2022 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.
Pelan promosi Portugal di AS berhasrat untuk memperkukuh aktiviti promosi pada tahun 2022 dan 2023 dengan objektif untuk mempercepat pertumbuhan pasaran ini, termasuk kehadiran pada platform perniagaan iaitu di pameran perdagangan, jelajah dan bengkel serta tindakan yang dirancang bersama-sama dengan para pengendali pelancongan mewah.
Bagi Presiden VisitPortugal, Luís Araújo, "Sokongan terhadap acara ini mencerminkan komitmen pasaran yang semakin berkembang serta menunjukkan keyakinan bahawa Portugal mempunyai hubungan yang rapat dengan AS dan mempunyai pelbagai sebab yang menjadikannya negara pelancongan pilihan rakyat Amerika."
Penting untuk diimbau kembali bahawa pada tahun 2018, di Times Square, VisitPortugal melakukan pengaktifan jenama yang menunjukkan Portugal sebagai destinasi sukan Luncur Air dan memberi tumpuan kepada ombak di pantai Portugal dengan menonjolkan ombak gergasi Nazaré, iaitu ombak terbesar di dunia untuk sukan luncur air, dan ia merupakan satu tindakan yang mampu menarik minat kira-kira 300 juta orang.
TENTANG VISITPORTUGAL: Disepadukan dalam Kementerian Ekonomi dan Lautan, VisitPortugal merupakan Jenama Negara Portugal dan ditubuhkan Turismo de Portugal I.P.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.visitportugal.com
TENTANG MADAME TUSSAUDS NEW YORK: Diundi sebagai salah satu tarikan paling unik di New York, Madame Tussauds menjemput anda untuk mengambil gambar "kenang-kenangan" yang menyeronokkan dengan tokoh-tokoh terkenal yang melibatkan pemuzik terkenal antarabangsa, bintang terkemuka, legenda sukan, pemimpin dunia dan banyak lagi. Untuk koleksi baharu tahun 2022, anda berpeluang untuk bergambar bersama Dwayne "the Rock" Johnson dan Bad Bunny di atas karpet merah. Terdapat juga tarikan Glow Gala Madame Tussauds New York yang dipenuhi dengan 19 patung selebriti termasuk patung lilin Ariana Grande dan P. Diddy baharu yang belum pernah dipamerkan sebelum ini. Dengan kawasan hiburan interaktif berkeluasan lebih 85,000 kaki persegi, termasuk MARVEL Hall of Heroes yang telah diperluas dan Oval Office Experience yang baharu, tempat tarikan yang terkenal di dunia ini kini lebih besar dan lebih baik daripada sebelumnya! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di madametussauds.com/new-york/ dan di Facebook.
TENTANG MERLIN ENTERTAINMENTS: Merlin Entertainments ialah peneraju global dalam hiburan keluarga berasaskan lokasi. Sebagai pengendali tarikan pengunjung yang kedua terbesar di dunia dan yang terbesar di Eropah, Merlin mengendalikan lebih daripada 140 tarikan, 23 buah hotel dan 6 buah desa percutian di 24 buah negara merentasi 4 benua. Merlin berhasrat untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada berjuta-juta pelancong di seluruh dunia melalui jenamanya yang ikonik dan dalam pelbagai bentuk tarikan yang disertai dengan komitmen serta semangat para pekerjanya.
Sila layari www.merlinentertainments.biz untuk maklumat lanjut dan ikuti @MerlinEntsNew di Twitter
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1950698/VisitPortugal.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1950699/VisitPortugal.jpg?p=medium600