RIYADH, Arab Saudi, 19 November 2022 /PRNewswire/ -- Kementerian Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi (MIM) hari ini mengeluarkan butiran program untuk edisi kedua Forum Mineral Masa Depan (FMF).
FMF yang dijadualkan akan berlangsung di Riyadh dari 10 hingga 12 Januari 2023 ini, bakal menghimpunkan para pemimpin dalam industri perlombongan, termasuk wakil-wakil kerajaan dan eksekutif perniagaan dari seluruh dunia.
Forum yang akan menangani isu-isu terpenting yang dihadapi oleh sektor ini, akan dimulakan dengan Persidangan Meja Bulat Menteri-menteri pada 10 Januari – suatu acara yang melibatkan wakil-wakil peringkat tertinggi dari organisasi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Dengan penyertaan lebih 200 orang penceramah, antara subjek yang akan dibincangkan termasuklah prospek dan masa depan perlombongan global, peranan sektor perlombongan dalam peralihan tenaga dan sumbangan sektor perlombongan terhadap pembangunan masyarakat.
"Dengan kesedaran tentang cabaran global yang sedang kita hadapi, di Arab Saudi, kami teruja untuk memanfaatkan sumber geologi kami yang kaya bagi menyampaikan bekalan mineral dan logam yang selamat, boleh dipercayai dan bertanggungjawab ke seluruh dunia. Kami percaya bahawa jika ini dilakukan bersama-sama dengan wilayah yang lebih besar, kami akan berupaya menjadi pendaya ekonomi penyahkarbonan utama dan dalam masa yang sama menyokong pembangunan lestari," kata TYT Khalid Al-Mudaifer, Timbalan Menteri Hal Ehwal Perlombongan Arab Saudi.
"Inilah sebabnya kami mengumpulkan para pemimpin perlombongan untuk bersidang, berbincang dan meneroka hab logam dan mineral yang baru muncul di Afrika hingga ke Asia Barat dan Asia Tengah." tambah Al-Mudaifer.
Antara penceramah antarabangsa dalam forum ini ialah Mike Henry, Ketua Pegawai Eksekutif BHP; Andrew Liveris, Pengerusi Lucid Motors; Roy Harvey, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Alcoa; Joc O'Rourke, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Mosaic; Gerd Muller, Pengarah Urusan UNIDO; Rohitesh Dhawan, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICMM; Robert Wilt, Ketua Pegawai Eksekutif Ma'aden; Mark Bristow, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Barrick Gold; Robert Friedland, Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Bersama Ivanhoe Mines; Jeremy Weir, Ketua Pegawai Eksekutif Trafigura; Benedikt Sobotka, Ketua Pegawai Eksekutif Eurasian Resources Group; Mark Mobius, Pengasas Mobius Capital Partners; Evy Hambro, Ketua Bahagian Pelaburan dan Tematik BlackRock; Vivek Chaand Segal, Pengerusi merangkap Pengasas Bersama Motherson Group; Sheila Khama, mantan Ketua Pegawai Eksekutif De Beers, Botswana; Marcello Spinelli, Naib Presiden Eksekutif Iron Ore of Vale; Florence Drummond, Ketua Pegawai Eksekutif Indigenous Women in Mining and Resources Australia (IWIMRA); Iván Arriagada, Ketua Pegawai Eksekutif Antofagasta; dan Donald Sadoway, Profesor Bahan Kimia MIT.
Penaja FMF 2023 yang telah mengesahkan penyertaan termasuk industri berat seperti Headstream Capital Partners LLP, ERG, Siemens dan Barrick Gold.
Untuk mendapatkan jadual program yang lengkap, sila layari https://fmf.global/preliminary-conference-program/.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1950177/FNF_2023.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1938664/Future_Minerals_Forum_Logo.jpg?p=medium600