omniture

MultiBank Group Mengumumkan Pemindahan Ibu Pejabatnya dari Hong Kong ke Dubai dan Meraikan Permulaan Baharu di UAE dengan Makan Malam Gala yang Menakjubkan

MultiBank Group
2022-11-19 22:11 1561

Para pemimpin dan VIP komuniti perdagangan menikmati hiburan sambil beramah-mesra pada majlis Makan Malam Gala Tahunan 2022 yang gilang gemilang ini

DUBAI, UAE, 19 November 2022 /PRNewswire/ --

MultiBank Group Celebrates New Beginnings in the UAE with a Spectacular Evening Gala Dinner
MultiBank Group Celebrates New Beginnings in the UAE with a Spectacular Evening Gala Dinner

 

  • Sejak penubuhannya pada tahun 2005, MultiBank Group telah berkembang menjadi sebuah institusi derivatif kewangan yang terbesar di seluruh dunia. Pada bulan Oktober 2022 baru-baru ini, MultiBank Group telah memindahkan Ibu Pejabatnya dari Hong Kong ke Dubai, UAE. Encik Taher, Pengerusi MultiBank Group – menyatakan:

 

"MultiBank Group baru-baru ini telah dianugerahkan lesen tambahan yang dikeluarkan oleh dua badan kawal selia yang paling dihormati di seluruh dunia, Pihak Berkuasa Sekuriti dan Komoditi Emiriyah Arab Bersatu ("SCA") dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura ("MAS"). Ahli Lembaga Pengarah menghadapi kesukaran untuk membuat keputusan untuk memilih sama ada berpindah ke Singapura atau Dubai sebagai ibu pejabat baharunya. Selepas berbincang dengan panjang lebar, saya gembira untuk menyatakan bahawa mereka telah sebulat suara meluluskan perpindahan ke Dubai berdasarkan pandangan bahawa Kerajaan UAE mempunyai dasar yang positif dan menggalakkan dalam mempromosikan Dubai sebagai sebuah pusat kewangan utama global.

Kami amat berbangga kerana MultiBank Group telah berpindah ke Dubai dengan rekod kawal selia global yang sempurna yang mengukuhkan lagi kedudukan institusi derivatif kewangan terbesar ini di UAE." 

  • MultiBank Group tampil di lebih 20 buah negara di 5 benua termasuk Hong Kong, Australia, Singapura, Ireland, United Kingdom, Jerman, Austria, Mexico, Cyprus, Turki, Ecuador, Amerika Syarikat, China, Malaysia, Vietnam, Filipina, India, Kepulauan Cayman, Kepulauan Virgin British dan kini di Emiriyah Arab Bersatu.
  • Majlis Makan Malam Gala tahunan ini merupakan sebuah acara eksklusif melalui jemputan sahaja yang menghimpunkan ahli-ahli komuniti perdagangan bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam visi masa depan MultiBank Group. Sebagai penyedia perkhidmatan dan teknologi kewangan terkemuka, Kumpulan ini telah mengalami pertumbuhan tahunan tertinggi setakat ini dengan keputusan kewangan yang memecahkan rekod.

TENTANG MULTIBANK GROUP 

MultiBank Group telah ditubuhkan di California, AS, pada tahun 2005. Dengan jumlah dagangan harian melebihi USD12.1 bilion, ia memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang luas dengan lebih 1,000,000 pelanggan di 100 buah negara. MultiBank Group menawarkan platform dagangan yang memenangi anugerah kepada pelanggan dengan leveraj ke atas produk hingga 500:1 termasuk Tukaran Mata Wang Asing, Logam, Saham, Komoditi, Indeks dan Aset Digital. Untuk maklumat lanjut tentang MultiBank Group, sila kunjungi https://multibankfx.com.

Video - https://youtu.be/mPVOsaPpTVE
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1951271/MGB_Gala_Dinner.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1951277/MBG_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: MultiBank Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Trade show news Financial Technology