LONDON, 20 November 2022 /PRNewswire/ -- Penyelidikan baharu daripada Omdia menunjukkan bahawa pengiklanan video dalam talian akan menjana lebih $331 bilion pada tahun 2027 dan 37% daripada hasil tersebut akan menjadi milik sebuah syarikat sahaja iaitu TikTok.
"Para pengiklan sedang mula bertukar daripada META dan YouTube dan beralih ke TikTok untuk mencapai pangkalan pengikut mereka yang luas," kata Maria Rua Aguete, Pengarah Kanan Kumpulan Amalan Media dan Hiburan Omdia.
"Di Amerika Syarikat, TikTok telah mengatasi platform media sosial lain untuk menjadi tempat yang paling popular bagi menonton video. Penjejak masa tontonan media sosial kami menunjukkan bahawa pengguna menghabiskan masa lebih setengah jam di TikTok pada tahun 2022. Pada bulan lepas, penyelidikan kami menunjukkan bahawa TikTok mengatasi Netflix dan menjadi aplikasi kedua yang paling popular di AS, manakala hanya YouTube mengekalkan kedudukannya sebagai yang teratas untuk tontonan golongan yang berumur di bawah 35 tahun."
TikTok telah menjangkau khalayak ramai yang penting dengan pantas dan telah menjadi popular dalam pasaran pengguna muda yang merupakan demografi yang amat dikehendaki oleh para pengiklan. Pasaran ini secara tradisinya sukar dicapai melalui saluran seperti TV linear tradisional dan rangkaian sosial yang lain.
Menurut penyelidikan Omdia, sektor ini sedang menuju ke arah trajektori yang positif dengan jumlah hasil media global yang dijangka melebihi satu trilion dolar menjelang tahun 2027.
Mengikuti trend yang sama di seluruh dunia, TikTok juga telah meraih kejayaan di China melalui penyepaduan e-dagang yang dilaksanakan. Aktiviti ini dijangka akan berterusan di mana platform tersebut berhasrat untuk menghasilkan kejayaan yang sama di rantau lain di seluruh Asia Pasifik dengan menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat e-dagang serantau.
Apabila dilihat dengan lebih teliti, penyelidikan ini menunjukkan bahawa Netflix akan menjana hasil sebanyak $7.4 bilion pada tahun 2027 yang bersamaan dengan 2% dalam pasaran pengiklanan video dalam talian.
Sebaliknya, Meta tidak memperoleh kejayaan yang memuaskan disebabkan sekatan privasi yang dilaksanakan oleh Apple pada tahun lepas. Pengiklanan pada Meta telah hilang keberkesanannya yang menyebabkan banyak jenama mengalihkan belanjawan pengiklanan mereka ke tempat lain.
Aguete menyimpulkan: "Perjalanan TikTok adalah sangat menarik dan ia jelas menunjukkan bahawa model mereka telah mencatatkan kejayaan. Ia merupakan sebuah platform yang menawarkan jangkauan khalayak yang besar dan tidak boleh diabaikan tentang potensinya kepada para pengiklan."
TENTANG OMDIA
Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak. Fasiha Khan / Telefon: +44 7503 666806 / E-mel: Fasiha.khan@informa.com / Laman Web: www.omdia.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1950460/OMDIA_TikTok_ad_revenue.jpg?p=medium600