EAST RUTHERFORD, New Jersey, 21 November 2022 /PRNewswire/ -- Cambrex, sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat- ubatan dan perkhidmatan analisis pada keseluruhan kitaran hayat ubat-ubatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian yang muktamad untuk mengambil alih Snapdragon Chemistry, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembangunan proses kimia terkemuka kepada pelbagai pelanggan biofarmaseutikal yang baru muncul dan mapan.
Snapdragon mengkhusus dalam penghasilan kumpulan bahan farmaseutikal aktif (API) dan pembangunan proses aliran berterusan yang menggunakan teknologi automasi canggih dan peralatan proprietari untuk menyelesaikan cabaran pembangunan proses dan analisis yang kompleks. Pasukan saintis dan juruteranya menggunakan pemahaman proses mendalam yang dibekalkan oleh eksperimen yang kaya dengan data untuk mereka bentuk dan melaksanakan proses pembuatan GMP dan bukan GMP yang cekap dengan pantas. Dengan bahagian R&D dan pembuatannya yang beribu pejabat di Waltham, Massachusetts, 74 orang pekerja Snapdragon membentuk hubungan yang kukuh dengan komuniti saintifik tempatan, dengan 31 orang saintis berkelayakan PhD dilantik menjadi kakitangan.
"Pengambilalihan Snapdragon ini akan mempercepat pertumbuhan kami dalam bidang pembangunan dan pembuatan proses aliran berterusan yang melengkapkan pelaburan organik kami baru-baru ini dalam kemudahan kami di High Point, North Carolina," kata Tom Loewald, Ketua Pegawai Eksekutif Cambrex. "Dengan keupayaan R&D dan pembuatan di tengah-tengah hab biofarmaseutikal di Boston, Snapdragon akan terus memberi tumpuan untuk menyelesaikan cabaran pembangunan proses pelanggan mereka yang paling sukar."
"Kami teruja dapat menyertai Cambrex, sebuah syarikat yang mempunyai lebih 40 tahun kepakaran dalam pembangunan dan pembuatan bahan ubat-ubatan," kata Matt Bio, Ketua Pegawai Eksekutif Snapdragon. "Menggandingkan keupayaan pembangunan proses terbaik kami dengan kemudahan pembuatan berskala besar Cambrex di Amerika Utara dan Eropah adalah sesuatu yang wajar untuk kebaikan para pekerja dan pelanggan kami."
Snapdragon baru-baru ini membuka kemudahan keduanya, sebuah kemudahan berkeluasan 51,000 kaki persegi baharu bagi menghasilkan produk farmaseutikal penyelidikan untuk ujian klinikal manusia. Kemudahan baharu ini memperluas kapasiti syarikat untuk membekalkan bahan perantaraan dan bahan ubat-ubatan klinikal.
Urus niaga ini dijangka akan dimuktamadkan susulan penyempurnaan kelulusan kawal selia yang lazim. Ini akan menjadi pengambilalihan kedua Cambrex dalam tempoh setahun termasuk pengambilalihan Q1 Scientific, yang selaras dengan strateginya untuk memperluas portfolio penyelesaian khusus bagi pembangunan dan pembuatan farmaseutikal.
Tentang Cambrex
Cambrex ialah sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat-ubatan dan perkhidmatan analisis pada keseluruhan kitaran hayat ubat-ubatan. Dengan lebih 40 tahun pengalaman serta pasukan yang terdiri daripada lebih 2,300 orang pakar yang semakin berkembang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari Amerika Utara dan Eropah, Cambrex merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran berjenama dan generik untuk pembangunan dan pembuatan berbentuk dos yang telah siap dan API.
Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan bahan ubat-ubatan yang khusus termasuk biokatalisis, aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan dan API yang sangat kuat. Selain itu, Cambrex mampu menyokong bentuk dos konvensional termasuk pepejal, separa pepejal dan cecair oral serta mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan bentuk dos khusus seperti pelepasan terubahsuai, gabungan dos tetap, pediatrik, tablet dwilapisan, pek stik, topikal, bahan terkawal serta salap steril dan bukan steril.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1198585/Cambrex_Logo.jpg?p=medium600