omniture

Tapak Gotion High-tech dan VinES Vietnam pecah tanah di kilang bateri usaha sama

Gotion High-Tech
2022-11-21 22:32 686

HA TINH, Vietnam, 21 November 2022 /PRNewswire/ -- Tanggal 18 November, kilang bateri usaha sama oleh Gotion High-Tech dan Vietnam VinGroup dibuka secara rasmi di Zon Pembangunan Ekonomi Ha Tinh Vietnam. Projek berkenaan dijangka mencapai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 5GWj, dijangka akan beroperasi menjelang penghujung tahun 2023, yang merupakan kilang bateri LFP yang pertama di Vietnam.

Kilang berkenaan dilaburkan secara bersama oleh Gotion High-tech dan VinES (ahli VinGroup). Gotion High-tech memegang 51% saham manakala VinES memegang 49% saham. Menurut rancangan tersebut, projek berkenaan berskala 14 hektar dengan kapasiti reka bentuk sebanyak 5GWj/tahun dan dijangka siap dan akan mula beroperasi menjelang penghujung tahun 2023. Bagi memenuhi kehendak bateri LFP untuk bateri kenderaan tenaga baharu VinFast.

Di upacara Pecah Tanah, Li Zhen, Pengerusi Gotion High-Tech, berkata: VinGroup ialah perusahaan yang paling disegani di Vietnam. Kilang bateri yang dibina secara bersama oleh Gotion High-tech dan VinGroup ini akan menyokong keperluan bateri kenderaan elektrik VinFast. Ia bukan sahaja akan menyumbang kepada revolusi tenaga, pembangunan mesra iklim dan ekonomi Vietnam, tetapi turut menyumbang kepada tamadun tenaga masyarakat manusia.

Sejak awal tahun ini, strategi globalisasi Gotion High-tech telahpun dilaksanakan secara berterusan. Dalam bulan Jun, syarikat ini memeterai kerjasama strategik dengan JEMSE daripada Argentina bagi mewujudkan barisan pengeluaran usaha sama litium karbonat gred bateri di Wilayah Jujuy, Argentina. Dalam masa yang sama, German Gotion dilancarkan secara rasmi, yang memulakan langkah "buatan Eropah" bagi bateri Gotion. Dalam bulan Julai, Penerimaan Depositari Am (GDR) syarikat ini mencapai kejayaan dalam bursa SIX Swiss. Dalam bulan September, ia menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama Sumec bagi menggalakkan perniagaan eksport produk storan tenaga. Menurut rancangan syarikat, menjelang tahun 2025, ia dijangka mencapai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 300GWj daripada kapasiti pengeluaran global, termasuk 100GWj di luar negara bagi membantu mencapai keneutralan karbon global.

Source: Gotion High-Tech
Related Stocks:
Shanghai:002074
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Joint ventures