omniture

CGTN: China gesa pembangunan digital, hijau lebih pantas antara anggota-anggota APEC

CGTN
2022-11-21 23:47 660

BEIJING, 21 November 2022 /PRNewswire/ -- Ekonomi digital dan pembangunan hijau telah menjadi trend yang utama dalam transformasi ekonomi dan sosial global.

Pada hari Jumaat, Presiden Cina Xi Jinping menggesa agar semua anggota APEC meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal, seterusnya mempercepatkan pembangunan digital dan hijau yang diselaraskan.

Dengan gabungan populasi seramai 2.9 bilion, 21 ekonomi APEC menyumbang sebanyak lebih 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) keseluruhan dunia dan kira-kira separuh daripada perdagangannya. Status wilayah ini signifikan secara global dan mencapai pembangunan digital dan hijau terselaras adalah sangat penting.

Hubungan antara ekonomi digital dan hijau

Pendigitalan dan pertumbuhan hijau saling bergantung antara satu sama lain dan juga saling memperkukuh, menurut Wang Song, seorang pegawai di Pejabat Pentadbiran Ruang Angkasa China, di sidang akhbar pada 7 November lalu.

Wang membuat kenyataan berkenaan apabila memperkenalkan kertas putih yang bertajuk "Bersama-sama Membina sebuah Komuniti dengan Masa Depan Dikongsi Bersama dalam Ruang Siber" ("Jointly Build a Community with a Shared Future in Cyberspace"), yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri China. Kertas putih tersebut menyeru "usaha bersama untuk menyelaraskan transformasi ke arah pendigitalan dan pertumbuhan hijau."

Teknologi digital memainkan peranan yang semakin penting dalam menggalakkan ekonomi hijau, tambah Wang. Dianggarkan bahawa menjelang tahun 2030, industri-industri di China akan mengurangkan emisi karbon sebanyak 12.1 bilion tan hasil daripada kemajuan dalam teknologi digital, kata Wang.

China dan anggota-anggota APEC yang lain bekerjasama untuk ekonomi digital

China menjadikan pembangunan ekonomi digital sebagai satu strategi kebangsaan.

Skala ekonomi digital China menduduki tempat kedua di dunia selama bertahun-tahun, menurut Majlis Negeri dalam satu laporan yang dihantar kepada Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan untuk disemak pada 28 November.

Kemajuan yang stabil juga telah dicapai dalam kerjasama berhubung ekonomi digital antara China dan ekonomi APEC yang lain.

Alibaba Group China dan kerajaan Thailand menandatangani satu perjanjian dalam bulan April 2018 di Bangkok yang menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam e-dagang, logistik digital, pelancongan serta latihan kakitangan.

Dalam bulan Mei 2022, syarikat ini melancarkan sebuah pusat data di Thailand bagi meningkatkan keupayaan inovasi digital perniagaan-perniagaan tempatan, menurut Kementerian Perdagangan China.

Filipina dan Australia, turut bekerjasama dengan Alibaba dalam bidang peruncitan dan logistik, kewangan dan teknologi kewangan, hiburan digital dan perkhidmatan perusahaan awam, menurut syarikat berkenaan.

Kerjasama dalam pembayaran digital turut diperkukuhkan. China Unicom berkata dalam bulan November bahawa lebih daripada enam juta kad UnionPay telahpun dikeluarkan di Asia Tenggara sejak awal tahun ini, satu peningkatan sebanyak 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Setakat ini, lebih 40 juta kad UnionPay telahpun dikeluarkan di 10 negara ASEAN, antaranya tujuh merupakan anggota APEC.

Pembangunan hijau China

Pertumbuhan hijau menyediakan pendekatan yang praktikal dan fleksibel demi mencapai pembangunan ekonomi dunia yang mampan.

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China melibatkan seruan untuk negara ini mempercepatkan peralihan kepada model pembangunan hijau, merangsang industri-industri hijau dan karbon-rendah serta menggalakkan kaedah pengeluaran dan kehidupan yang mesra alam dan berciri karbon-rendah.

China menyasarkan untuk mencapai puncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2030 dan untuk mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060.

Pasaran karbon kebangsaan negara ini meliputi kira-kira 4.5 bilion tan emisi karbon dioksida, lalu menjadikannya yang terbesar secara global selepas setahun beroperasi, kata Zhao Yingmin, ketua delegasi Cina ke sesi ke-27 Persidangan Pihak-pihak ke Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim pada 8 November di Sharm El-Sheikh, Mesir.

Pembuat terbesar bagi kereta elektrik dan hibrid China, BYD, menandatangani satu perjanjian dalam bulan September bersama pemaju kawasan perindustrian Thailand, WHA Group untuk membina sebuah kilang kenderaan elektrik (EV) baharu di negara ini dengan kapasiti pengeluaran tahunan terancang mencecah 150,000 unit.

Dengan matlamat untuk mengembangkan pasaran EVnya dengan harapan untuk mewujudkan 30 peratus daripada pengeluaran autonya sebagai berasaskan EV, Thailand memperkenalkan pusingan baharu dasar pelaburan dan penggalakan bagi mendorong pelaburan dalam seluruh rantaian industri kenderaan elektrik pada tahun ini, menurut Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China pada bulan Februari.

Penembusan BYD ke dalam Thailand akan membantu industri autonya melangkah lebih hampir menuju matlamat berkenaan, serta membantu negara ini menjadi hab global untuk pembuatan EV, kata pengasas bersama dan pengerusi WHA, Jareeporn Jarukornsakul.

Pembuat auto tersebut berharap agar teknologi EVnya akan menyumbang kepada industri EV negara ini, kata Liu Xueliang, pengurus besar Bahagian Jualan Auto Asia-Pasifik BYD.

China telah menggesa perniagaan-perniagaannya untuk mengintegrasikan pembangunan hijau dalam seluruh pelaburan dan kerjasama luar negara, menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan serta Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China pada tahun 2021.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-20/China-urges-faster-digital-green-development-among-APEC-members-1f5mSw5e1ri/index.html

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service