omniture

Inovasi Berasaskan Nilai Hisense Menjadi Tenaga Penggerak Penting untuk Mencapai Pertumbuhan Jenama

Hisense
2022-11-21 23:54 659

QINGDAO, China, 22 November 2022 /PRNewswire/ -- Menjamin pertumbuhan di tengah-tengah pergolakan global telah menjadi usaha utama dalam kalangan syarikat hari ini. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Hisense, pengeluar perkakas dan elektronik yang diiktiraf di peringkat global, telah berkembang menjadi kuasa utama dalam pasaran, menjadi pilihan yang diutamakan untuk berjuta-juta pelanggan. Untuk mendedahkan pertumbuhan ketara Hisense, rencana utama rakan kongsi daripada Financial Times pada 21 November menyiarkan usaha gigih jenama ini dalam mencatat pencapaian menyeluruh dan lebih khusus lagi, strategi inovasinya yang berfungsi sebagai faktor penentu dalam pertumbuhan jenama keseluruhan.

Memperkasakan Pertumbuhan dengan Inovasi Berasaskan Nilai

Pada waktu yang tidak menentu ini, syarikat-syarikat amat berkeinginan untuk mengguna pakai skim pembangunan yang agak konservatif. Walau bagaimanapun, bagi Hisense, strategi inovasi dinamik miliknyalah yang membolehkan pertumbuhan jenama berterusan.

Catherine Fang, Executive Vice President of Hisense International
Catherine Fang, Executive Vice President of Hisense International

Pada masa ini, Hisense telah membuka 23 pusat R&D dan 31 pangkalan pengeluaran di seluruh dunia, secara konsisten mengubah pengalaman pelanggan dengan melancarkan penyelesaian terkini. Langkah berwawasan dari Hisense ini membolehkannya mengembangkan jangkauan globalnya dalam masa yang mencabar. Dari Januari hingga Oktober, penghantaran global Hisense TV mencecah 19.6 juta dengan kadar pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 18%, meletakkan Hisense di tempat ke-2 dalam pasaran global, seperti yang dilaporkan oleh AVC Revo.

"Inovasi bebas, kepimpinan dan transformasi berulang adalah antara faktor kejayaan Hisense yang paling penting," kata Catherine Fang, Naib Presiden Eksekutif Hisense International. "Bagi Hisense, inovasi ialah proposisi dan jawapannya."

Selain daripada kejayaan dalam pengantarabangsaan, artikel rakan kongsi Financial Times juga memuji usaha Hisense untuk menggabungkan inovasi dengan komitmen ESGnya. Sebagai contoh, Hisense telah menerima pakai penjanaan kuasa fotovolta yang akan memberi manfaat kepada matlamat pengurangan emisinya. Selain itu, Hisense berjaya mengurangkan ketebalan penutup belakang set TVnya, yang boleh menjimatkan 4,626 tan plastik setiap tahun, jumlah yang bersamaan dengan 514 juta beg plastik. Dari segi penjimatan tenaga dan pengurangan karbon, Hisense Group mengurangkan penggunaan tenaganya sebanyak 10.7% pada tahun 2021 itu sendiri.

Hisense Photovoltaic Power Generation
Hisense Photovoltaic Power Generation

"Sepanjang dekad yang lalu, penekanan terhadap ESG menggalakkan syarikat-syarikat berhenti memberi tumpuan semata-mata kepada keuntungan dan mempertimbangkan kesan alam sekitar dan sosial amalan perniagaan mereka," ujar Fang. Usaha gigih Hisense dalam amalan ESGnya memudahkan pembinaan strategi inovasi organik dan memajukan agenda kemampanan Hisense.

Selain itu, satu lagi tulang belakang inovasi berasaskan nilai Hisense turut didedahkan dalam artikel tersebut: visinya untuk memikul tanggungjawab sosial dan memenuhi keperluan kumpulan pengguna yang pelbagai. Hisense South Africa, misalnya, telah berjaya meningkatkan pertumbuhan pekerjaan dan kadar pekerjaan tempatan. Hisense juga telah mengukuhkan komunikasi dengan pelanggan global dengan menaja acara sukan terbaik. Pada 2022, ia menjadi Penaja Rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™.

Memandang ke masa depan, Hisense sedang dalam perjalanan untuk menjadi sebuah syarikat multinasional bertaraf dunia. Dikuasakan oleh inovasi berasaskan nilai, Hisense akan mematuhi agenda jangka panjang dan matlamat strategiknya, terus berkembang maju dalam teknologi, R&D, rantaian bekalan, nilai jenama dan bakat.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan berikut: https://www.ft.com/partnercontent/hisense/how-value-based-innovation-powers-growth-in-a-globalized-age.html

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components