SINGAPURA, 22 November 2022 /PRNewswire/ -- Azentio Software ("Azentio"), sebuah firma teknologi yang beribu pejabat di Singapura yang dimiliki oleh dana yang dinasihatkan oleh Apax Partners, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi anugerah 'Kecemerlangan dalam Penyelesaian Perbankan Islam' di Finnovex Arab Saudi Tahun 2022, untuk Rangkaian Perisian Islam Perbankan Azentio ONE, sebuah teknologi peneraju industri dan rangkaian perbankan teras Islam yang terlaris di seluruh dunia. Acara tersebut berada di bawah naungan Siri Global Finnovex yang terkemuka, yang memberi tumpuan kepada industri perkhidmatan kewangan.
Anugerah ini telah disampaikan secara rasmi kepada Azentio pada 8 November di sebuah majlis berprofil tinggi yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi yang telah dihadiri oleh ahli-ahli terkemuka daripada industri perkhidmatan kewangan serantau dan syarikat teknologi global.
Anugerah 'Kecemerlangan dalam Penyelesaian Perbankan Islam' telah disampaikan kepada Rangkaian Perbankan Islam Azentio sebagai mengiktiraf rekod prestasinya yang luar biasa dalam membantu institusi kewangan mempercepatkan transformasi digital, mengekalkan kecekapan operasi yang tinggi dan memenuhi objektif pertumbuhan mereka – semuanya dalam masa yang sama mematuhi pematuhan Syariah dengan cekap dan keperluan kawal selia yang semakin meningkat.
Rangkaian Perisian Islam Perbankan Azentio ONEmerangkumi pelbagai tawaran perisian patuh Syariah yang memenuhi keperluan produk pembiayaan dan pelaburan baharu yang inovatif, meliputi keseluruhan spektrum kewangan Islam, pelaburan, deposit, perbendaharaan dan pasaran modal. Rangkaian ini menggabungkan fungsi operasi hingga ke pejabat pentadbiran dengan kebolehskalaan yang tiada tandingan, berteraskan pelanggan, fleksibiliti dan parameterisasi terbina dalam – menjadikannya penyelesaian yang dipercayai secara meluas oleh pangkalan pelanggan yang luas di lebih 40 buah negara.
Tony Kinnear, Ketua Pegawai Eksekutif Azentio menyatakan, "Ia merupakan satu penghormatan untuk memenangi anugerah ini yang disampaikan oleh Finnovex. Kami komited untuk membolehkan para pelanggan kami menawarkan produk yang mematuhi Syariah bertaraf dunia bagi bersaing dan berkembang maju dalam era digital."
Tentang Azentio Software
Azentio menyediakan produk perisian misi kritikal kepada bank, penyedia perkhidmatan kewangan dan syarikat insurans di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika dan India. Ia juga menyediakan penyelesaian ERP kepada perusahaan pasaran pertengahan. Platform utama syarikat ini merangkumi Azentio ONEBanking, Azentio ONECapitalMarkets, Azentio ONEInsurance dan Azentio ONEERP. Fleksibiliti yang diperoleh daripada platform perisiannya membolehkan pelbagai aplikasi bekerjasama dengan satu sumber data dan melengkapkan para pelanggan dengan mekanisme aliran kerja, analisis, pengurusan dokumen dan penyepaduan yang fleksibel. Azentio Software Private Limited dimiliki sepenuhnya oleh dana yang mendapat khidmat nasihat daripada Apax.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1712686/Azentio_Software_Logo.jpg?p=medium600