BEIJING, 22 November 2022 /PRNewswire/ -- Sejak menyertai Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 31 tahun yang lalu, China komited terhadap perkongsian serantau dan kerjasama yang saling menguntungkan dan tahun ini pihak Cina mengulangi kepentingan untuk persekitaran perdagangan yang bebas dan terbuka untuk ekonomi-ekonomi APEC.
Tempat tinggal bagi 2.9 bilion orang, 21 ekonomi anggota APEC berkongsi jumlah volum ekonomi sebanyak lebih 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) keseluruhan dunia. Di tengah-tengah keributan yang datangnya daripada pandemik, inflasi yang tinggi, krisis geopolitik dan perubahan iklim, anggota-anggota APEC berbincang di Bangkok, ibu negara Thailand dan mengambil keputusan untuk mempererat lagi kerjasama berbilang hala mereka.
Perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka merupakan tujuan dan prinsip APEC, kata Presiden Cina Xi Jinping di Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-29 pada hari Sabtu, yang mana isu-isu yang berkaitan dengan perdagangan dan pelaburan berterusan dibincangkan.
Itu juga merupakan tonggak bagi merealisasikan Wawasan Putrajaya 2040, tambah Xi.
Mendukung multilateralisme sebenar
Presiden Xi menyeru pendukungan multilateralisme sebenar dan pemeliharaan sistem perdagangan berbilang hala.
Banyak lagi yang harus dilakukan untuk melindungi sistem perdagangan berbilang hala yang berasaskan peraturan, memastikan rantaian perindustrian dan bekalan global terjamin dan stabil, memupuk persekitaran perdagangan dan pelaburan yang terbuka, adil dan tidak bersifat diskriminasi dan berusaha ke arah realisasi awal Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP) komprehensif, standard tinggi, kata beliau.
China, yang merupakan antara yang terawal meratifikasi perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada tahun lalu, juga berusaha untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) serta Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA) untuk integrasi ekonomi serantau yang selanjutnya.
Kedua-dua RCEP dan CPTPP dipercayai menjadi laluan yang berdaya maju ke arah FTAAP yang lebih luas, yang ingin diwujudkan oleh 21 anggota APEC.
Mendukung keterangkuman demi manfaat semua
Menekankan kepentingan pembangunan yang inklusif, Xi menegaskan bahawa usaha diperlukan untuk membina seni bina kerjasama ekonomi serantau yang membawakan perundingan sama rata, penyertaan bersama dan manfaat yang dikongsi bersama serta mendorong pasaran Asia-Pasifik yang besar yang memberikan manfaat buat semua.
Semua ekonomi dapat berkembang bersama-sama melalui pembangunan yang saling berkaitan dan melaksanakan kerjasama yang saling menguntungkan melalui sikap saling melengkapi, kata beliau.
China telah mengemukakan inisiatif-inisiatif bagi menggiatkan semula kawasan luar bandar, menyokong perusahaan bersaiz kecil dan sederhana yang menggunakan teknologi khas dan sofistikated bagi menghasilkan produk baharu dan unik serta memajukan keterangkuman ekonomi melalui perdagangan dan pelaburan, menurut Xi.
Mendukung kerjasama serantau yang terbuka
Presiden Cina tersebut turut menekankan untuk mendukung kerjasama serantau yang terbuka, berkata bahawa ia penting untuk mengambil inisiatif yang lebih besar bagi membuka dan meninggikan tahap kerjasama ekonomi serantau dalam segenap aspek.
China tidak akan goyah dari segi komitmennya terhadap pembukaan pada standard tinggi dan akan tetap membuka pintunya dengan lebih luas, kata beliau.
Ekspo Import Antarabangsa China kelima yang diadakan baru-baru ini merupakan satu pembuktian yang baik terhadap keazaman teguh China untuk menyokong perdagangan yang bebas dan terbuka.
Tawaran tentatif dengan nilai berjumlah $73.5 bilion dicapai semasa acara bertema import itu, bukti kepada pasaran China yang amat besar dan pelbagai peluang perniagaan.
Sementara itu, sebagai lambang yang jelas terhadap penerokaan pembukaan tahap tinggi negara ini, Beijing, ibu kota China telah mempercepatkan pembangunan "dua zon" bandar ini — zon perdagangan bebas perintis dan zon demonstrasi komprehensif nasional untuk meluaskan pembukaan dalam sektor perkhidmatan.
Sepanjang dua tahun yang lalu, ibu negara Cina ini telah memperkenalkan lebih daripada 100 dasar perintis atau terobosan yang berkaitan dengan "dua zon" dan menyerahkan lebih 100 projek mercu tanda dan juga platform yang berfungsi.
Reformasi dan pembukaan telah mendorong pembangunan sosial dan ekonomi China dengan sangat hebat, terutamanya pada dekad yang lalu.
China menyumbang lebih daripada 30 peratus pertumbuhan ekonomi global secara purata antara tahun 2013 dan 2021, menduduki tempat pertama di dunia, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Kebangsaan negara ini.