omniture

Cloudera Memperkasakan Analisis yang Dipertingkatkan untuk PTT Oil and Retail Business bagi Mengubah Pengalaman Pelanggan

Cloudera, Inc.
2022-11-22 23:39 580

Akses dan pengurusan data hibrid yang dipertingkatkan akan mempercepat penciptaan peruncitan bersepadu pertama di Thailand bagi PTT Oil and Retail Business serta menyemarakkan pengalaman pelanggan.

SINGAPURA, 22 November 2022 /PRNewswire/ -- Cloudera, sebuah syarikat data hibrid, hari ini mengumumkan bahawa syarikat perbadanan minyak dan peruncitan Thailand PTT Oil and Retail Business Public and Company Limited (OR) telah memilih Cloudera untuk membentuk peruncitan bersepadu pertama di negara ini dan menyemarakkan pengalaman pelanggan melalui peningkatan keupayaan analisis data mereka. OR sedang mengambil langkah untuk melaksanakan Platform Data Cloudera (CDP) bagi memperkasakan platform data dan analisis baharunya yang memberikan cerapan, menyediakan OR dengan pandangan yang lebih jelas terhadap para pelanggan mereka sambil meningkatkan penglibatan pelanggan dengan menawarkan pengalaman yang bersepadu dan diperibadikan di seluruh 1,900 buah stesen minyak dan 3,000 cawangan peruncitan milik OR. Penggunaan analisis data yang dioptimumkan ini juga akan mendorong transformasi keseluruhan infrastruktur digital OR yang membolehkan syarikat tersebut memanfaatkan teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan dan geoanalisis untuk mempercepat proses operasi.

Penggabungan perniagaan minyak dan peruncitan Petroleum Authority of Thailand Public Company Limited untuk membentuk OR telah merapatkan pengurusan perniagaan yang saling berkaitan, seperti kafe yang terletak di stesen-stesen minyak. Interaksi pelanggan dengan anak syarikat perniagaan OR merentasi pelbagai titik pertemuan telah menjana sejumlah besar data untuk memetakan perjalanan pelanggan serta membangunkan pengalaman saluran omni yang bersepadu dan diperibadikan untuk para pelanggannya yang celik digital. Maklumat pelanggan ini juga akan membentuk strategi pemasaran dan promosi masa depan untuk memperluas kehadiran perniagaan tempatan OR. Untuk memanfaatkan data ini bagi mencapai pertumbuhan perniagaan yang lebih tinggi, OR memerlukan penyelesaian yang fleksibel, cekap dan selamat untuk menguruskan data perusahaannya pada platform analisis baharu yang berfungsi sebagai sumber kebenaran tunggal dan mendemokrasikan akses data kepada para pekerjanya yang merangkumi unit perniagaan yang berbeza untuk dianalisis.

OR sedang bekerjasama dengan Cloudera untuk mereka bentuk dan memindahkan platform data sedia ada miliknya ke penyelesaian data hibrid Cloudera. OR telah memilih CDP sebagai penyelesaian terbaik untuk mengakses dan menguruskan data mereka dengan pantas yang disimpan di pelbagai persekitaran awan dan di premisnya dengan matlamat untuk pelaksanaan penuh menjelang tahun 2024. Cabaran utama yang ingin OR selesaikan termasuk akses yang lancar dan selamat serta penyampaian data berstruktur dan tidak berstruktur yang disimpan dalam pelbagai persekitaran, organisasi dan skala data di seluruh kitaran hayat data serta keselamatan dan tadbir urus bersepadu yang akan membolehkan penggunaan teknologi baharu seperti geoanalisis dan kecerdasan buatan untuk meningkatkan proses operasi. Dengan keupayaan untuk memanfaatkan maklumat masa nyata, OR akan mampu menyampaikan perkhidmatan yang diperibadikan dengan menyepadukan tawaran daripada pelbagai unit perniagaan dan anak syarikatnya. Ini juga akan membantu mengurangkan masa yang dihabiskan untuk proses perniagaan lain seperti pemfrancaisan, oleh kerana teknologi ini boleh mengautomasikan permintaan pajakan lokasi daripada pemilik francais perniagaan makanan dan minuman OR di seluruh Thailand.

"Di OR, kami melihat data sebagai 'emas baharu' dan kami gembira dapat bekerjasama dengan Cloudera untuk melaksanakan teknologi yang penting bagi merealisasikan strategi perniagaan kami. Kami berminat dengan keupayaan CDP untuk bergantung pada data di premis dan berasaskan awan, yang menjadikannya penyelesaian yang ideal untuk seni bina data hibrid kami. Dengan CDP, kami ingin membina platform untuk mendemokrasikan data perusahaan dan meningkatkan analisis kami yang akan membantu memahami para pelanggan dengan lebih baik untuk mewujudkan pengalaman yang peribadi dan dapat memberi impak. Platform ini juga akan menyediakan data berstruktur yang tepat kepada kami untuk menyokong penggunaan teknologi baharu. Kami tidak sabar untuk memanfaatkan potensi penuh data hibrid dengan Cloudera," kata K. Wison Suntharachan, Naib Presiden Eksekutif Kanan Strategi Korporat dan Kelestarian OR.

"Para pelanggan hari ini mencari pengalaman saluran omni yang lebih diperibadikan. Data merupakan sumber yang penting dalam mewujudkan pengalaman ini, iaitu dengan menyediakan bahagian yang diperlukan untuk membentuk pemahaman yang kukuh tentang keperluan dan kehendak para pelanggan. Sejumlah besar data OR yang tersedia melalui perniagaan mereka dapat memberikan peluang yang sempurna dalam mewujudkan pengalaman ini. Cloudera berbesar hati untuk menyediakan platform yang diperlukan untuk OR mengubah data ini menjadi pengalaman yang bermakna kepada para pelanggan," kata Remus Lim, Naib Presiden Asia Pasifik dan Jepun Cloudera.

Tentang Cloudera

Di Cloudera, kami percaya data boleh menjadikan apa yang mustahil pada masa kini menjadi kenyataan pada masa hadapan. Cloudera mengajar dunia tentang betapa besarnya nilai data, mencipta sebuah industri dan ekosistem yang dikuasakan oleh inovasi komuniti sumber terbuka secara berterusan. Kami memperkasakan pelanggan serta pemimpin industri mereka untuk mengubah data yang kompleks menjadi maklumat yang jelas dan boleh dilaksanakan. Melalui platform data hibrid kami, organisasi berupaya membina masa depan dipacu data mereka dengan menyampaikan data, tidak kira di mana ia disimpan, kepada mereka yang memerlukannya. Ketahui lebih lanjut di Cloudera.com.

Cloudera dan tanda yang berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemiliknya masing-masing.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/495570/Cloudera_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cloudera, Inc.
Related Stocks:
NYSE:CLDR
Keywords: Computer Software Oil/Energy New products/services Data Analytics