omniture

Dobot Melancarkan Robot Kolaboratif Nova untuk Automasi Perniagaan Runcit

DOBOT
2022-11-23 01:47 578

SHENZHEN, China , 23 November 2022 /PRNewswire/ -- Kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos di seluruh dunia merupakan dua halangan utama kepada sektor perniagaan runcit dan perkhidmatan, lalu membuka peluang baharu dalam transformasi automasi. Untuk memperoleh permintaan baharu ini dengan lebih baik, Dobot telah memperkenalkan Nova Series iaitu robot kolaboratif yang direka khusus bagi pelanggan runcit dalam mengendalikan tugas seperti membuat kopi, koktel, ais krim, mi, ayam goreng, dan juga terapi fizikal.

Robot Kerjasama Siri DOBOT Nova
Robot Kerjasama Siri DOBOT Nova

Nova 2 dan Nova 5 ialah dua model pertama dalam Nova Series dengan muatan 2 kg dan 5 kg untuk mengendalikan tugas perniagaan runcit dan fisioterapi. Kedua-duanya berupaya menggantikan pekerja untuk membantu mengurangkan perbelanjaan operasi dan mengurangkan hubungan secara langsung dengan manusia semasa wabak.

Untuk memenuhi keperluan jenama perniagaan dengan lebih baik, Nova Series berbeza dengan falsafah reka bentuk robot industri yang kaku dan menawarkan penyesuaian warna agar lebih sesuai di dalam kedai perniagaan runcit untuk pengalaman khidmat pelanggan yang lebih memuaskan. Nova Series juga lebih kompak berbanding kobot industri yang setanding dengannya dan boleh dimuatkan ke dalam ruangan satu meter persegi.

Pelanggan boleh memilih penyesuaian warna Nova semasa pembelian
Pelanggan boleh memilih penyesuaian warna Nova semasa pembelian

Dengan mempertimbangkan kebanyakan perniagaan runcit tidak mempunyai jurutera sepenuh masa sebagai kakitangan, Nova Series direka untuk mudah digunakan. Dengan seretan untuk mengajar dan antara muka pengguna grafik, sesiapa sahaja boleh memprogram Nova dengan mudah tanpa perlu mempunyai ilmu pengetahuan pengekodan. Penyediaan Nova hanya mengambil masa sesingkat 10 minit.

Robot dalam sektor perniagaan runcit boleh kerap berinteraksi dengan orang ramai, dan menjadikan keselamatan sebagai satu keutamaan. Nova Series juga mempunyai pelbagai ciri keselamatan untuk mengesan pergerakan manusia denga pintar, dan menghentikan operasi dalam 0.01 saat selepas perlanggaran dikesan. Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, Nova secara automatiknya akan berhenti beroperasi dan diam dalam kedudukan setempat untuk memastikan keselamatan orang lain.

Nova Dobot telah membuka pintu automasi untuk sektor perniagaan runcit dan perkhidmatan. Penerimaan penggunaan robot akan terus berkembang melangkaui pengeluaran kilang seterusnya ke dalam kehidupan seharian kita. Kerjasama dan interaksi antara manusia dan mesin akan terus meningkat.

 

Source: DOBOT
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Retail Workforce Management/Human Resources