omniture

HONOR Lancar HONOR MagicOS 7.0 di China

HONOR
2022-11-23 14:27 319

Mengupayakan kolaborasi lancar merentas sistem, peranti dan ekosistem, HONOR MagicOS 7.0 serba baharu membawa pengalaman pengguna yang benar-benar diperibadikan dalam kesemua senario

SHENZHEN, China, 23 November 2022 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan pelancaran HONOR MagicOS 7.0 China. Meningkatkan pengalaman pengguna dengan sambungan pintar, perkhidmatan pintar, prestasi lancar dan privasi serta sekuriti yang dinaik taraf, HONOR MagicOS 7.0 yang terkini memperkenalkan pelbagai penyelesaian bertumpukan pengguna yang berfungsi merentas sistem, peranti dan ekosistem, seterusnya menunjukkan komitmen jenama ini untuk mewujudkan dunia pintar yang baharu untuk semua orang.


"Sebagai salah satu inovasi strategik HONOR, HONOR MagicOS menghidupkan ekosistem yang inklusif dengan seni bina perisiannya yang dinaik taraf sepenuhnya demi pengalaman pengguna yang tiada tandingan. Mengupayakan kolaborasi yang lancar merentas peranti dan ekosistem, HONOR MagicOS akan benar-benar mentransformasikan pengalaman berasaskan peranti kepada pengalaman bertumpukan pengguna," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd.

Sambungan Pintar untuk Membuatkan Kehidupan Lebih Mudah

Baru diperkenalkan oleh HONOR MagicOS 7.0, MagicRing mengupayakan perkongsian perkhidmatan merentas sistem dan peranti. Tidak seperti sambungan titik-ke-titik manual dalam penyelesaian tradisional, HONOR MagicRing membolehkan berbilang peranti daripada akaun yang sama berhubung secara automatik dengan satu sama lain dengan penggunaan kuasa yang rendah.

MagicRing bukan sahaja menyambungkan peranti tetapi turut menghubungkan perkhidmatan merentas peranti. Penyelesaian serba baharu ini membolehkan pengguna menggunakan set papan kekunci dan tetikus yang sama untuk berbilang peranti, menerima panggilan dan pemberitahuan pada peranti selain daripada telefon pintar mereka dan mengoperasikan aplikasi yang sama secara berterusan merentas peranti, lalu membantu pengguna mencapai lebih banyak lagi dalam kehidupan. Dengan aliran perkhidmatan dan maklumat yang selamat dan lancar merentas peranti, MagicRing membuatkan operasi berbilang peranti menjadi lebih mudah dan lebih terhubung, lalu membolehkan pengguna menikmati sambungan automatik, pemindahan data yang pantas dan pengalaman operasi yang lancar.

Sebagai salah satu senario tipikal kolaborasi berbilang peranti, ciri HONOR Note menyokong akses maklumat luar talian, anotasi PDF, penyegerakan audio dan teks bagi memenuhi keperluan kerja dan belajar para pengguna. Dikuasakan oleh MagicRing, HONOR Note mengupayakan penyegerakan data dan kolaborasi antara peranti-peranti berbeza, lantas memberikan kemudahan yang lebih besar kepada pengguna.

Perkhidmatan Pintar yang Bertambah Baik dengan Penggunaan

Membawakan pelbagai penaiktarafan kepada Magic Live Engine, HONOR MagicOS 7.0 menyediakan kepada pengguna dengan cadangan pintar untuk senario yang berbeza melalui keupayaan pembelajaran pantasnya, membantu pengguna mengendalikan tugas harian dengan tahap kecekapan yang luar biasa.

HONOR MagicOS 7.0 turut memperkenalkan Magic Text, ciri yang dapat mengecam teks dengan pintar pada imej dan menukarkannya kepada fail, seterusnya meningkatkan produktiviti ke tahap maksimum. Dengan satu ketikan, pengguna boleh mengimbas teks dengan kamera mereka dan menyimpannya sebagai fail PDF pada peranti tersebut.

Prestasi Lancar untuk Pengalaman Pengguna yang Lancar

HONOR MagicOS menggabungkan keupayaan HONOR OS Turbo X, HONOR GPU Turbo X dan HONOR Link Turbo X bagi mengoptimumkan prestasi sistem demi pengalaman pengguna yang terbaik.

Apabila pengguna melancarkan aplikasi, HONOR OS Turbo X yang terkini memanfaatkan teknologi pramuat AI bagi meningkatkan kelajuan, menyediakan pengalaman tanpa-jeda yang lancar. Hasil daripada enjin persembahan imej AInya, HONOR GPU Turbo X menyediakan pengalaman permainan yang lebih baik pada kadar bingkai yang lebih tinggi dan pengurangan penggunaan kuasa. HONOR Link Turbo X yang dibangunkan sendiri oleh HONOR juga telah dinaik taraf dengan HONOR MagicOS 7.0 untuk menjangka dan mengurangkan isu-isu rangkaian, seterusnya memastikan komunikasi yang berkualiti tinggi.

Keselamatan Dipertingkat untuk Perlindungan Tanpa-bimbang

HONOR MagicOS 7.0 dilengkapi dengan MagicGuard, yang merangkumi tiga lapisan perlindungan keselamatan dalam cipset, sistem operasi dan aplikasi. Mempunyai Dwi Sistem Keselamatan TEE yang dibangunkan bersama Qualcomm, HONOR MagicOS 7.0 menawarkan penyulitan tahap perkakasan bagi melindungi data pengguna, lalu menyampaikan privasi dan keselamatan yang dipertingkat.

Teknologi Terbuka untuk Memperkasa Pembangun Global

Dengan HONOR MagicOS 7.0, HONOR memperkasa pengguna, pembangun dan pengeluar perkhidmatan pintar untuk beralih daripada pengalaman berasaskan peranti tunggal kepada pilihan yang lebih menarik yang lebih bertumpukan pengguna, seterusnya mengupayakan sambungan peringkat seterusnya.

Bagi menyokong pengembangan pesat ekosistem aplikasi HONOR, HONOR akan membuka empat teknologi teras dan perkhidmatan sistem HONOR MagicOS 7.0 – MagicRing, MagicLive, Turbo X dan MagicGuard kepada pembangun di seluruh dunia. Dengan membuka 22 kit yang meliputi lima senario utama kerja jarak jauh, kecergasan dan kesihatan; rumah pintar, perjalanan pintar dan hiburan, HONOR membolehkan rakan kongsinya membangunkan secara bersama sub-penyelesaian untuk 32 ciri yang inovatif. Di samping itu, HONOR akan turut menyediakan persekitaran pembangun bersepadu yang komprehensif bagi menyokong pembangun global tatkala ia berusaha untuk mewujudkan dunia yang lebih pintar dan lebih bertumpukan pengguna.

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah penyedia peranti pintar bertaraf global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mewujudkan dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di serata dunia untuk melangkah lebih jauh, memberi kebebasan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan pelbagai telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi agar sesuai dengan setiap belanjawan, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau e-mel newsroom@hihonor.com

https://community.hihonor.com/
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/c/HonorOfficial

Source: HONOR
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Computer Accessories Semiconductors Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services