omniture

BAKAT TIDAK DATANG DARI SATU JANTINA SAHAJA: AKADEMI CEF MUDA S.PELLEGRINO MELANCARKAN SATU SIRI WEBINAR BAHARU UNTUK MEMBINCANGKAN CARA MEWUJUDKAN SEKTOR GASTRONOMI YANG LEBIH ADIL DAN LEBIH DIWAKILI

Sanpellegrino Group
2022-11-23 19:17 351

MILAN, 23 November 2022 /PRNewswire/ -- Nilai bakat yang pelbagai adalah teras kepada Akademi Cef Muda S.Pellegrino, komuniti yang memberi inspirasi yang dicipta oleh S.Pellegrino untuk memupuk para cef berwawasan generasi akan datang. Selaras dengan prinsip ini, jenama air mineral berkarbonat terkemuka ini membentangkan 'Driving gender balance in kitchens (Mendorong keseimbangan jantina di dapur),' sebuah forum digital untuk meningkatkan kesedaran tentang isu keseimbangan jantina dalam sektor kulinari.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia ini, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/9111251-talent-has-no-gender-s-pellegrino-launches-webinar-series/

Di manakah kita hari ini dari segi perwakilan wanita di seluruh industri ini? Apakah punca berlakunya ketaksetarafan jantina? Mengapakah perubahan perlu dilakukan? Bagaimanakah untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif di restoran-restoran? Merentasi empat episod – yang tersedia di laman web Akademi Cef Muda S.Pellegrino – siri webinar ini meneroka aspek yang berbeza dalam isu ketidakseimbangan jantina sambil menggariskan pelan hala tuju perubahan.

Bersama-sama dengan Tom Jenkins, wartawan dan jurucakap SPYCA yang bertindak sebagai pemudah cara, ahli panel yang akan menyertai perbincangan tentang cara mewujudkan sektor yang lebih adil dan lebih diwakili ini ialah: Maria Canabal, wartawan yang memenangi anugerah serta Pengasas dan Presiden Parabere Forum; Vicky Lau, cef penaung kepada Tate Dining Room dan Mora di Hong Kong yang mendapat pengiktirafan dua bintang Michelin; Cristina Bowerman, satu-satunya cef wanita di Rom yang bukan sahaja menerajui restoran satu bintang Michelin di Glass Hostaria, tetapi juga memegang tiga peranan di Gambero Rosso; dan Nicolai Nørregaard, cef dan pemilik bersama restoran Kadeau yang mendapat pengiktirafan satu bintang Michelin di Bornholm dan Copenhagen, Denmark.

MESEJ UTAMA SIRI WEBINAR INI

  • Dapur sebagai kelab untuk lelaki berkumpul

Bermula daripada sejarah masakan moden, Canabal menekankan bagaimana selama bertahun-tahun sistem pekerja dapur gaya ketenteraan yang memihak kepada kaum lelaki serta sikap seksis yang berlaku setiap hari telah mendorong para cef wanita untuk berundur. Golongan cef wanita kebiasaannya kurang diwakili dan tidak diiktiraf.

Dan cef terkenal tersebut mengesahkan perkara ini: "Jika anda melihat senarai wanita yang memenangi anugerah di seluruh dunia, hampir kesemua daripada mereka merupakan pemilik restoran. Bagi kami kaum wanita, bekerja secara bebas adalah satu-satunya cara untuk mengubah sistem ini," kata Lau, "dan walaupun saya tidak mempunyai pengalaman semasa saya bermula seorang diri, saya tidak mahu membentuk semula sistem rejim ketenteraan yang agresif. Saya telah memilih dan akan terus memilih orang dengan emosi yang tenang dan seimbang", ujar beliau.

Nørregaard memutuskan untuk menguruskan dapur beliau dengan cara yang berbeza, tanpa bertoleransi terhadap sifat agresif, jeritan dan ketegangan. "Saya sentiasa menjadi orang yang membuat keputusan akhir, tetapi saya telah belajar daripada seorang cef lelaki untuk bersikap baik dan penuh rasa hormat" tambah Bowerman.

  • Isu perwakilan cef wanita dalam media, sebagai juri dan pada acara kulinari

Apabila melakukan carian dalam talian untuk 'cef terkenal', imej yang muncul kebanyakannya adalah lelaki. Namun cef pertama yang dianugerahkan dengan tiga bintang Michelin sebanyak dua kali ialah seorang wanita, Eugènie Brazier, dan beliau menerimanya pada tahun 1933.

"Ini adalah bukti bahawa golongan wanita dalam bidang kulinari peringkat tinggi bukanlah satu fenomena terkini", tegas Canabal "namun hari ini mereka dibayar 28% kurang daripada rakan sekerja lelaki mereka. Dan jika 93% daripada masakan di rumah ialah prerogatif wanita, jika 48% mahasiswa sarjana muda di sekolah kulinari adalah golongan wanita, terutamanya jika 55% daripada populasi dunia ialah golongan wanita, adakah masih terdapat alasan yang jelas untuk membezakan antara cef lelaki dan cef wanita? Bakat tidak datang dari satu jantina sahaja: adakah kita terlatih untuk mengenal pasti bakat apabila ia muncul dalam bentuk feminin atau kita lebih terlatih untuk mengenal pasti bakat apabila ia muncul dalam bentuk maskulin?" ujar beliau.

"Saya sering merasakan bahawa saya ditemu bual sebagai seorang wanita," kata Lau, "Saya diminta untuk memberi pandangan saya sebagai seorang cef dan pemilik restoran wanita, seolah-olah pandangan saya berbeza dengan cef lelaki dan seolah-olah pekerjaan saya yang khusus serta hala tuju saya tidak penting disebabkan oleh jantina saya." Bowerman turut berkongsi pengalamannya berkaitan soal gaji yang tidak sama rata: "Saya merasakan seperti saya adalah pilihan kedua untuk pelbagai acara. Mereka yang menganjurkan festival, acara dan forum hanya mencari wanita bukan kerana bakatnya atau hala tujunya, tetapi hanyalah sebagai seorang wanita, serta memperlakukan kami seperti sesuatu yang boleh ditukar ganti." Selain itu, Bowerman menyambung, "Wanita ditawarkan kira-kira 20% kurang bayaran daripada lelaki dan jumlah tawaran ini akan berkurangan setiap kali mereka beralih kepada pilihan kedua dalam senarai ini."

Sebagai buktinya, peratusan tetamu wanita yang hadir ke acara-acara ini adalah sangat kecil, kecuali untuk juri dunia Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino di mana 71% daripada para juri adalah wanita.

  • Memperbaiki keseimbangan kehidupan dengan pekerjaan ialah satu objektif bersama

Lau, Bowerman dan Nørregaard bersetuju bahawa stereotaip dalam bidang kulinari mesti dihapuskan.

Bekerja dalam sektor hospitaliti adalah mencabar untuk semua jantina dan semua orang merasakan keperluan untuk mencari penyelesaian yang membolehkan fleksibiliti untuk bidang ini bagi meningkatkan keseimbangan antara kehidupan peribadi dengan pekerjaan.

Tom Jenkins mengulas: "Kami menyedari bahawa gastronomi boleh menjadi sebuah industri yang mencabar untuk para cef wanita yang mana mereka kebiasaannya kurang diwakili dalam bidang ini. Atas sebab ini, kami amat berbangga dengan projek siri webinar ini yang merupakan salah satu aktiviti pendidikan Akademi untuk membawa isu keseimbangan jantina untuk dibahaskan, menyebarkan amalan kesaksamaan yang baik dan memberi inspirasi kepada cef wanita yang masih muda dalam pembangunan profesional mereka".

Tentang S.Pellegrino dan Acqua Panna

S.Pellegrino, Acqua Panna dan Sanpellegrino Italian Sparkling Drinks ialah tanda dagangan antarabangsa Sanpellegrino S.p.A. yang berpangkalan di Milan, Itali. Diedarkan di lebih 150 buah negara melalui cawangan dan pengedar di kesemua lima benua, produk ini mewakili kecemerlangan yang berkualiti berdasarkan asal-usul mereka dan mentafsir gaya Itali dengan sempurna di seluruh dunia sebagai sintesis keseronokan, kesihatan dan kesejahteraan. Ditubuhkan pada tahun 1899, Sanpellegrino S.p.A. merupakan syarikat terkemuka dalam sektor minuman di Itali dengan pelbagai rangkaian air mineral, aperitif tanpa alkohol dan minuman.

Sanpellegrino sentiasa komited untuk meningkatkan barangan utama ini ke seluruh dunia serta berusaha dengan penuh tanggungjawab dan bersemangat untuk memastikan masa depan sumber ini terjamin.

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1940489/S_Pellegrino_Gender_Balance.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1940487/S_Pellegrino_diverse_talent.jpg?p=medium600

 

 

The inclusivity and the valorization of diverse talent are founding values of S.Pellegrino Young Chef Academy
The inclusivity and the valorization of diverse talent are founding values of S.Pellegrino Young Chef Academy

 

 

Source: Sanpellegrino Group
Keywords: Beverages Food/Beverages Restaurants Retail Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility Women-related news