omniture

Webinar Dorongan Menuju Premium TECNO Perkenal PHANTOM X2 Series Unggulan Baharu Dikuasakan oleh Cip 5G Dimensity 9000 MediaTek

TECNO
2022-11-23 21:12 515

LONDON, 23 November 2022 /PRNewswire/ -- TECNO, jenama teknologi global dan inovatif yang mempunyai operasi dalam lebih 70 pasaran di seluruh dunia, hari ini mengumumkan siri telefon pintar premiumnya yang terkini - PHANTOM X2 Series akan dilengkapi dengan cip 5G Dimensity 9000 MediaTek termaju dan inovasi kamera perintis semasa Webinar The Push Towards Premium: Changing Smartphone Preferences and the Technology Behind Them (Dorongan Menuju Premium: Mengubah Keutamaan Telefon Pintar dan Teknologi Di Sebaliknya) diadakan pada 22 November 2022.

Webinar tersebut menyediakan platform untuk pemimpin-pemimpin industri yang berpengaruh membincangkan pemacu dan daya yang mempengaruhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap teknologi telefon pintar yang lebih premium. Semasa webinar tersebut, TECNO turut mengumumkan bahawa sub-jenamanya yang canggih, PHANTOM, akan melancarkan siri telefon pintar perintis, generasi seterusnya, PHANTOM X2 Series dalam bulan Disember.

Cip premium merupakan faktor penting dalam prestasi keseluruhan telefon pintar yang canggih. PHANTOM X2 Series akan dikuasakan oleh cip 5G Dimensity 9000 unggulan daripada MediaTek, SoC mudah alih 5G 4nm TSMC yang pertama di dunia. Dengan ketukangan 4nm yang termaju, ia menyediakan prestasi paling mantap, kecekapan kuasa yang paling canggih dan pengalaman pengguna yang luar biasa lancar dengan skor Penanda Aras AnTuTu melebihi 1,000,000+.

Dari segi prestasi pengimejan yang dinaik taraf, telefon pintar dilengkapi dengan cip 5G Dimensity 9000 MediaTek yang mencipta pengalaman kreatif yang lancar dengan mod rakaman HDR berbilang pendedahan dan kompleks, menangkap dengan mudah tahap cahaya dan teduhan yang lebih tinggi dalam foto dan video, walaupun dalam keadaan tertutup atau cahaya malap. Cip ini juga menyediakan kesan syot kilat dinamik yang hebat bagi meningkatkan pengalaman video. Ia memberi peluang pertama untuk merakam video HDR pada tiga kamera secara serentak dan menampilkan Imagiq 790 ISP generasi ke-7 dengan kapasiti untuk memproses sehingga 9-bilion-piksel sesaat, lalu meningkatkan keupayaan telefon pintar demi prestasi videografi dan fotografi yang luar biasa.

PHANTOM X2 Series baharu akan dikuasakan oleh Cip 5G Dimensity 9000 MediaTek
PHANTOM X2 Series baharu akan dikuasakan oleh Cip 5G Dimensity 9000 MediaTek

"MediaTek meningkatkan pengkomputeran mudah alih dengan melancarkan cipset unggulan yang terkini dan paling canggih. Ini membawakan 5G Dimensity 9000 MediaTek, SoC mudah alih 5G 4nm TSMC pertama di dunia yang menjanjikan prestasi yang dipertingkat dan kecekapan kuasa," kata Anku Jain, Pengarah Urusan MediaTek India. 

Jack Guo, Pengurus Besar TECNO berkongsi: "Dengan kuasa luar biasa cip 5G unggulan Dimensity 9000 MediaTek, kami akan membawakan pengalaman telefon pintar yang belum pernah terjadi sebelum ini kepada khalayak global kami. Ini melambangkan satu lagi kejayaan penting dalam perjalanan kami, mengukuhkan lagi kemunculan kami sebagai pesaing utama dalam pasaran telefon pintar premium yang kompetitif."

Kerjasama yang menarik antara TECNO dan MediaTek dibina berdasarkan komitmen bersama untuk mengejar inovasi teknologi kreatif yang membawa pengalaman baharu kepada pengguna di serata dunia. Cip 5G Dimensity 9000 yang luar biasa daripada MediaTek menyampaikan prestasi premium dan luar biasa yang akan meningkatkan semua aspek pengalaman PHANTOM X2 Series, bermula daripada paparan, permainan, ketersambungan hinggalah kepada pengimejan, terutamanya fotografi malam dan pengimejan potret.

PHANXOM X2 Series yang baru direka bentuk, menyeluruh dan unggul ini akan dilancarkan secara rasmi di Dubai pada 7 Disember. Siri ini akan menyediakan kepada pengguna global dengan yang terbaik daripada inovasi perintis PHANTOM berserta pengalaman pengguna telefon pintar premium yang hebat.

Latar Belakang PHANTOM 

PHANTOM ialah sub-jenama teknologi premium TECNO. Terhasil sebagai respons kepada permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk pintar yang canggih, PHANTOM mencipta peranti yang berciri premium, bergaya dan berani yang berdiri di barisan hadapan inovasi. Sebagai jenama teknologi bertaraf antarabangsa perintis, PHANTOM memperkasa pengguna untuk menjadi pencipta, meningkatkan perniagaan dan hiburan serta menggalakkan cara berfikir yang baharu dan bertindak dengan semangat keindividuan moden. Diinspirasikan dengan semangat berkobar-kobar unggulan jenama ini, produk-produk PHANTOM merupakan sumber ilham untuk khalayaknya agar menjadi pemimpin yang membawa perubahan, untuk mencari sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan harian mereka dan untuk meningkatkan setiap pengalaman menjadi detik yang tidak dapat dilupakan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PHANTOM, sila kunjungi www.mobile-phantom.com

Source: TECNO
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Semiconductors Telecommunications New products/services