omniture

Denave Memperluas Jejak Global dengan Pusat Penghantaran Baharu di Malaysia

Denave
2022-11-24 14:43 239

Kemudahan ini akan menampung pertumbuhan berterusan dan keperluan pelanggan syarikat

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 November 2022 /PRNewswire/ -- Denave, sebuah syarikat pendayaan jualan yang dikuasakan oleh teknologi global, hari ini mengumumkan pembukaan pusat penghantaran baharunya di Malaysia. Pembukaan pusat penghantaran ini merupakan satu pencapaian penting dan terus menyokong strategi Denave yang agresif untuk menyepadu dan memperkukuh perniagaannya di rantau ini dengan objektif pertumbuhan yang pesat.

Sejak lebih 23 tahun yang lalu, Denave telah bekerjasama dengan perusahaan terkemuka dalam pelbagai industri untuk mempengaruhi dan mendayakan jualan melalui pusat penghantaran domestik dan global yang dimiliki sepenuhnya serta dikendalikan oleh syarikat ini. Pusat baharu ini akan menyokong pelanggan syarikat yang sedia ada & baharu serta merealisasikan matlamat strategiknya untuk menyediakan keupayaan tempatan dan serantau kepada para pelanggan.

Mengulas tentang pertumbuhan Denave di Malaysia, Sunil Munshi, Ketua Pegawai Pendapatan Denave, berkata, "Penubuhan pusat penghantaran ini sejajar dengan rancangan pengembangan kami yang agresif serta didorong oleh permintaan pelanggan yang mantap dan berterusan yang akan membantu merangsang pertumbuhan pesat dengan menyampaikan penyelesaian jualan yang inovatif, fokus berserta nilai yang dipertingkat untuk para pelanggan kami. Selain meningkatkan keupayaan untuk pelanggan sedia ada, pusat penghantaran terbaharu Denave ini turut menawarkan manfaat tambahan dengan pasukan berkemahiran tinggi serta sokongan pelbagai bahasa yang penting bagi pelanggan di rantau ini serta pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan lain di seluruh lokasi geografi kami."

"Pusat penghantaran baharu ini membolehkan kami menawarkan portfolio penyelesaian pendayaan jualan hujung ke hujung yang komprehensif, menghasilkan mutu perkhidmatan yang tepat pada masanya dan terjamin dengan kepakaran tempatan yang mendalam serta kecemerlangan pelaksanaan yang tiada tandingan yang dapat memenuhi keperluan unik para pelanggan kami," kata Dharma Gunaseelan, Pengarah Negara, Denave Malaysia.

"Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian jualan yang kami saksikan di seluruh dunia, ruang kerja yang dinamik dan berpusatkan pekerja kami ini bakal menampung pangkalan pelanggan syarikat ini yang semakin berkembang serta menarik bakat terkemuka di rantau ini," kata Boba Sharma, Pengarah Akaun Utama Global & Ketua Perniagaan – APAC, Denave.

Ruang kerja berasaskan aktiviti yang baharu ini menggalakkan persekitaran yang menarik dan merangsang kerjasama yang aktif agar selaras dengan dinamik pekerjaan yang sentiasa berkembang, serta mampu memenuhi keperluan perniagaan dan bakat.

Tentang Denave

Denave ialah sebuah syarikat yang mendayakan penjualan global dengan memberi tumpuan terhadap rangsangan pertumbuhan pendapatan para pelanggannya melalui pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan. Syarikat ini memanfaatkan trend teknologi dan pendekatan baharu yang terkini untuk mewujudkan pemacu jualan yang berkesan. Denave telah membina kepakarannya dalam pelbagai industri melalui kerjasama dengan perniagaan global dan mengambil pendekatan yang mementingkan penyelesaian untuk menerapkan amalan terbaik dalam bidang jualan dengan memanfaatkan pekerja, proses, teknologi dan inovasi untuk memacu pendapatan. Denave mempunyai jangkauan di 5 benua, lebih 50 buah negara dan lebih 500 buah bandar di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.denave.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Karan Bhutani,
Pengurus Besar - Pemasaran & Komunikasi
E-mel: karan.bhutani@denave.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1954155/Denave_Logo.jpg?p=medium600

Source: Denave
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion