omniture

Jenama TV LCD 2 Terbaik Global TCL Bersorak untuk Pasukan Bola Sepak Kegemaran Anda dengan Pengalaman Tontonan Imersif

TCL Electronics
2022-11-24 19:39 887

HONG KONG, 24 November 2022 /PRNewswire/ -- Acara sukan global yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini bermula pada 20 November dan para peminat sukan bola sepak di seluruh dunia riuh-rendah dengan keterujaan. Sebagai salah satu pengusaha yang utama dalam industri TV global, TCL mengulangi penguasaannya sebagai jenama TV LCD 2 Terbaik seluruh dunia, menurut laporan Set TV Global OMDIA separuh pertama 2022. Dengan begitu banyak TV TCL di rumah orang ramai, jenama ini bersedia untuk membawa pengalaman tontonan para peminat bola sepak ke tahap seterusnya.

Pengalaman Tepi-Padang Terbaik di Rumah dengan TV Pemenang Anugerah

Selepas bertahun-tahun berdedikasi untuk membangunkan teknologi Mini LED, TCL berbesar hati atas kemenangan dua Anugerah Inovasi 2023 CES® untuk TV 4K Mini LED TCL 75C935 dan TV 4K Mini LED TCL 75C835 (tersedia di Amerika Utara sebagai 6-Series 75R655). Direka bentuk dengan sempurna untuk menonton perlawanan bola sepak, TV 4K Mini LED TCL 75C835 dilengkapi dengan teknologi Quantum Dot, mempunyai palet warna yang terang dan tahap kejelasan imej luar biasa hasil daripada kecerahan yang lebih tinggi antara warna-warna yang beraneka. TV 4K Mini LED TCL 75C935 juga menampilkan Mini LED dengan ribuan zon kawalan kontras dan memastikan agar peminat sukan tidak pernah terlepas walau satu perincian dalam adegan yang bergerak pantas.

Skrin Besar untuk Pengalaman Imersif yang Unggul

TCL membawakan TV QLED 98-inci 98C735, model yang terbesar dalam XL Collection pemenang anugerahnya kepada pengguna di serata dunia di IFA pada tahun ini. Dengan skrin 98-inci yang lebih besar, TCL merupakan pawagam rumah yang unggul bagi menjemput rakan-rakan untuk menikmati permainan bola sepak, memberikan rasa euforia yang anda akan alami dengan tempat duduk barisan hadapan hasil daripada pengalaman imersif yang paling canggih ini.

Sebagai penyokong sukan sekian lama, TCL percaya bahawa kedua-dua sukan dan teknologi berkongsi matlamat yang sama – memperkasa orang ramai untuk mengejar kehebatan melalui inovasi teknologi yang berterusan. TCL komited untuk menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman tontonan kelas pertama bagi meraikan setiap detik stadium yang mengujakan.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Awards