Kerjasama ini akan menawarkan peningkatan pengiklanan programatik kepada jenama tempatan dan antarabangsa di seluruh China
SHANGHAI, CHINA dan MONTREAL, 24 November 2022 /PRNewswire/ -- Hivestack, syarikat teknologi pengiklanan digital luar rumah (DOOH) programatik bebas yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Focus Media, penyedia penyelesaian pengiklanan luar talian yang tersohor di China. Inventori DOOH Focus Media di lif-lif bangunan pejabat akan disepadukan secara beransur-ansur ke dalam Platform Sisi Bekalan (SSP) Hivestack bagi membolehkan para pengiklan mengaktifkan kempen DOOH programatik berskala besar melalui urus niaga Pasaran Swasta (PMP) di China.
Focus Media meliputi 2.6 juta terminal lif di seluruh China dengan pelbagai pilihan skrin digital interaktif, termasuk rangkaian media skrin lif dan teater filem di mana para pengiklan boleh menjangkau dan menarik perhatian 300 juta penduduk bandar di China di lebih 230 buah bandar setiap hari. Penyepaduan inventori Focus Media ke dalam SSP global Hivestack akan memberi akses yang tiada tandingan ke lokasi media OOH utama di seluruh China dan akan membolehkan para pengiklan dari pasaran dalam dan luar China merancang dengan lancar, mengaktifkan dan menilai keberkesanan kempen DOOH programatik serta memacu hasil perniagaan.
Aileen Ku, Pengurus Besar Hivestack di China berkata: "Kami teruja dapat bekerjasama dengan Focus Media, salah sebuah syarikat pengiklanan luar rumah (OOH) yang terkemuka di dunia. Ini adalah tambahan yang penting kepada platform sisi bekalan kami yang menawarkan pelbagai peluang tanpa had untuk mengembang dan meningkatkan inventori semasa kami, membolehkan jenama China dan global lebih mudah diakses di pasaran bagi menjangkau khalayak yang disasarkan dengan lebih tepat."
Andreas Soupliotis, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hivestack mengulas: "Kerjasama kami dengan Focus Media merupakan satu pencapaian penting bagi perniagaan kami di China. Kami memulakan perjalanan ini dua tahun lalu dengan mereplika rangkaian teknologi kami di sebalik tembok api China untuk memperkasakan peluang jenama China ke luar negara serta membawa masuk transaksi ke China, sekali gus menjana pendapatan luar negara untuk para pemilik media DOOH China. Kami kini bersedia untuk fasa Hivestack yang seterusnya di China - untuk memperkasakan transaksi domestik. Melalui kerjasama kami dengan Focus Media, kami kini memiliki skala yang luar biasa di China - cukup untuk meyakinkan para pemasar China menambah belanjawan saluran omni mereka bagi merangkum DOOH programatik. China merupakan suatu pelaburan dan komitmen yang besar bagi kami - kami amat teruja untuk melihat wawasan kami membuahkan hasil."
Cindy Chen, Ketua Pegawai Strategi Focus Media menambah: "Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama strategik ini dengan Hivestack sambil terus meningkatkan tawaran digital luar rumah (DOOH) programatik kami di seluruh China. Cara Hivestack membangunkan teknologi mereka di China adalah amat berharga buat perniagaan kami kerana Focus Media menawarkan iklan premium "bersasaran" untuk menjangkau segmen khalayak tertentu. Ia kini dapat diperkasakan lagi dengan penggunaan teknologi dan data canggih daripada Hivestack."
Jason Jiang, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Focus Media berkata: "Dengan kelebihan sumber media terpusat Focus Media dan pendedahan jenama kami yang mantap di pasaran, kerjasama kami dengan Hivestack akan membantu para pengiklan di China dan di seluruh dunia mencapai pertumbuhan perniagaan yang pesat."
Dengan memanfaatkan teknologi dan data, DOOH programatik memperkasakan jenama untuk berhubung dan berinteraksi dengan khalayak di luar rumah dengan kaedah yang lebih padat dan ringkas serta boleh diukur. Pemilik Media semakin cenderung untuk menjana pendapatan DOOH melalui pengiklanan programatik. Melalui kerjasama baharu ini, Focus Media dan Hivestack telah mencipta peluang yang luar biasa untuk para pengiklan berinteraksi dengan 300 juta kumpulan pengguna arus perdana di China yang membawa industri OOH ke tahap yang lebih tinggi dengan inovasi dan perkembangan perniagaan baharu di China.
Hivestack ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran global terbesar yang bebas dan serba lengkap yang memperkasa sisi jual beli pengiklanan digital luar rumah (DOOH) programatik. Hivestack telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan ibu pejabat di Montreal, Kanada dan beroperasi di 25 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari hivestack.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook @hivestack.
Focus Media Information Technology Co., Ltd. (002027.SZ) mengendalikan rangkaian media digital interaktif terbesar di China dengan sasaran terhadap gaya hidup. Syarikat ini menawarkan salah satu platform media digital interaktif bersasaran yang paling komprehensif dan ditujukan kepada para pengguna China di pelbagai lokasi bandar. Gaya hidup para pengguna di bandar-bandar China yang semakin berpecah-belah dan berpindah-randah telah mewujudkan keperluan terhadap media yang lebih cekap yang dapat menarik perhatian para pengguna. Misi Focus Media adalah untuk membina rangkaian media bandar interaktif yang lebih komprehensif serta boleh diukur, yang mampu menjangkau para pengguna di pelbagai lokasi luar rumah.
Hubungan Media:
Ginny Bourne
Pengarah Komunikasi & Pemasaran Global
ginny@hivestack.co