WINNIPEG, Manitoba, 24 November 2022 /PRNewswire/ -- Setiap kali musim luruh, para petani bekerja sepanjang masa untuk menuai tanaman gandum mereka. Kemudian, terpulang kepada kakitangan teknikal Cereals Canada dan Canadian Grain Commission (CGC) untuk menilai kualiti tanaman dan maklumat ini diberikan kepada pelanggan global bijirin Kanada melalui Laporan Tanaman Baharu yang dikeluarkan bersama.
"Laporan Tanaman Gandum Baharu ini menyediakan data teknikal kepada pelanggan kami tentang apa yang boleh mereka jangkakan daripada tanaman tahun ini," kata Dean Dias, Ketua Pegawai Eksekutif Cereals Canada. "Laporan tahun 2022 ini telah dikeluarkan hari ini dan kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa Kanada mempunyai kualiti gandum yang sangat baik untuk semua jenis kelas gandum."
Sebahagian besar tanaman gandum 2022 telah digredkan kepada dua gred terbaik, dengan kandungan protein yang tinggi bagi semua kelas gandum Kanada.
Berikutan kemarau yang mengurangkan pengeluaran gandum Kanada pada tahun 2021, pengeluaran pada tahun 2022 telah kembali mencapai volum melebihi tahap purata. Pada tahun ini, tanaman gandum Kanada telah meningkat kepada 34.7 juta tan, peningkatan sebanyak 55% berbanding tahun lepas.
"Pertanian Kanada membekalkan bijirin yang konsisten dan lestari serta berkualiti tinggi untuk membantu menyokong jaminan makanan di dalam dan luar negara," kata Dias.
Laporan Tanaman Baharu ini disediakan dan dibentangkan melalui kerjasama dengan CGC, ahli rantaian nilai dan suruhanjaya penanam wilayah. Pada musim luruh ini, Cereals Canada menerima sampel penilaian hasil tuaian daripada sembilan pengeksport bijirin. CGC menyemak sampel yang diberikan oleh penanam di Kanada Barat, manakala gandum Ontario disemak oleh Grain Farmers of Ontario.
Dalam beberapa minggu lagi, Laporan Tanaman Gandum Baharu 2022 akan dikongsi secara bersemuka apabila delegasi yang mewakili rantaian nilai bijirin mengembara ke lebih 15 buah negara di Asia, Amerika Latin, Eropah, Afrika dan Timur Tengah.
"Adalah penting untuk memaklumkan kepada para pelanggan kami di seluruh dunia tentang kualiti yang dapat mereka jangkakan apabila mereka membuat keputusan pembelian mereka," tambah Dias. "Gandum Kanada terus mengekalkan kualiti yang tinggi."
Sila layari Cereals Canada – Laporan Tanaman Baharu 2022 untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tanaman Gandum Baharu 2022 Kanada dan memuat turun Ringkasan Tanaman 2022.
Cereals Canada ialah persatuan industri nasional bukan berasaskan keuntungan yang mewakili rantaian nilai bijian bijirin Kanada. Kami menghargai hubungan dan bekerjasama dengan pihak kerajaan dan pihak berkepentingan untuk memberikan maklumat teknikal yang tepat pada masanya serta memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik. Kami berdedikasi untuk menyokong rantaian nilai bijirin Kanada termasuk petani, pengeksport, pembangun, pemproses dan pelanggan kami di seluruh dunia dengan fokus terhadap perdagangan, sains dan kelestarian.
Ellen Pruden, Pengarah Komunikasi, E-mel: epruden@cerealscanada.ca, C: 204-479-0166