omniture

Xinhua Silk Road: Pusat Perkapalan Antarabangsa Shanghai memasuki tahap pembangunan komprehensif baharu

Xinhua Silk Road
2022-11-25 08:52 447

BEIJING, 25 November 2022 /PRNewswire/ -- Pusat Perkapalan Antarabangsa Shanghai telah memasuki tahap pembangunan komprehensif baharu yang membawakan transformasi hijau, kecerdasan digital dan kebingkasan yang kukuh, menurut peserta-peserta North Bund Forum 2022.

Foto menunjukkan majlis perasmian dan forum utama North Bund Forum 2022 pada 22 November
Foto menunjukkan majlis perasmian dan forum utama North Bund Forum 2022 pada 22 November

Diadakan di Shanghai mulai 22 hingga 24 November, forum berkenaan menarik minat wakil-wakil daripada perusahaan perkapalan dan penerbangan serta organisasi antarabangsa selain pakar-pakar terkenal, bagi membincangkan tentang pembangunan mampan untuk industri perkapalan antarabangsa.

Pelabuhan Shanghai, menduduki tempat pertama di seluruh dunia bagi truput kontena selama 12 tahun berturut-turut, sedang melaksanakan transformasi hijau dan menjadi pelabuhan hab moden yang semakin bersih, menjimatkan tenaga dan cekap.

Statistik menunjukkan bahawa di Pelabuhan Shanghai, nisbah pemunggahan kontena air-ke-air telah mencecah lebih daripada 50 peratus, perkhidmatan pengisian bahan api LNG segerak kapal-ke-kapal telah mencapai operasi normal dan kira-kira 97.95 peratus daripada kapal-kapal yang beroperasi telah diubah suai dengan kemudahan penerima kuasa pantai.

Zhang Wei, naib datuk bandar Shanghai berkata bahawa Shanghai telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memainkan peranannya sebagai perintis dan peneraju demonstrasi dalam menggalakkan pembangunan perkapalan hijau.

Sementara itu, pendigitalan membentuk semula mod pengeluaran, model perniagaan, bentuk organisasi dan operasi dan arahan operasi Pusat Perkapalan Antarabangsa Shanghai dan meluaskan skop sinaran pusat berkenaan.

Pada 3 September tahun ini, sebuah pusat pemindahan kontena kosong di Pelabuhan Shanghai baru sahaja dilancarkan yang membolehkan kontena kosong diangkut ke wilayah Delta Sungai Yangtze dan pelabuhan sepanjang Sungai Yangtze melalui perairan, lebuh raya dan kereta api, seterusnya meningkatkan lagi kapasiti peruntukan sumber Pelabuhan Shanghai sebagai sebuah hab perkapalan antarabangsa.

Yu Fulin, pengarah Suruhanjaya Pengangkutan Perbandara Shanghai berkata bahawa bagi meningkatkan kebingkasan rantaian bekalan dan rantaian perindustrian, Shanghai bergabung tenaga dengan Delta Sungai Yangtze untuk mempercepatkan pembinaan hab perkapalan global, meningkatkan sistem pengumpulan dan pengagihan perkapalan yang lancar dan bingkas serta mempromosikan perkhidmatan perkapalan dan pengaruh jenama secara komprehensif.

Dalam tiga suku pertama tahun ini, truput kontena bagi Pelabuhan Shanghai mencecah 34.89 juta TEU, mencapai pertumbuhan yang positif berbanding tahun sebelumnya dan menunjukkan kebingkasan pertumbuhan yang mantap.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/331297.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation