omniture

Memenangi Perjuangan Mencegah Neuropati dalam kalangan Pesakit Diabetes

P&G
2022-11-25 11:12 368

P&G Health dan pakar-pakar perubatan berkongsi panduan klinikal dalam diagnosis dan rawatan kerosakan saraf dalam kalangan pesakit diabetes

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 November 2022 /PRNewswire/ -- Menjelang Hari Diabetes Sedunia 2022, P&G Health menghimpunkan pakar-pakar perubatan berbilang disiplin yang terkenal di seluruh dunia dengan Ahli Profesional Penjagaan Kesihatan dari seluruh Asia-Pasifik dan Timur Tengah, di forum 'Memenangi Perjuangan Mencegah Neuropati dalam kalangan Pesakit Diabetes' ('Winning the Fight Against Neuropathy in Diabetic Patients') untuk berkongsi panduan klinikal yang terkini dalam mendiagnosis dan merawat kerosakan saraf diabetik. Dianjurkan di Manila dan disiarkan secara serentak ke lebih daripada 10 negara dan 3400 peserta, acara unggulan ini menyaksikan pelancaran panduan ringkas klinikal untuk prosedur diagnostik neuropati periferi dan perkongsian pengalaman klinikal oleh pakar-pakar perubatan.


Diabetes Melitus merupakan penyebab utama[1] neuropati periferi (PN). Prevalens PN yang semakin meningkat amat berkait rapat dengan kenaikan bilangan pesakit diabetes. Neuropati Periferi Diabetes (DPN) adalah akibat daripada kerosakan pada saraf Kondisi ini menjejaskan kualiti hidup pesakit kerana mereka tidak dapat menjalani kehidupan harian dengan selesa. Rasa pedih dan sakit mencucuk-cucuk pada kaki dan tangan boleh memberi impak yang ketara ke atas aktiviti dalam kehidupan harian termasuk berjalan, menaiki tangga dan tidur. Neuropati periferi seringkali salah didiagnosis atau kurang didiagnosis kerana kekurangan kesedaran dalam kalangan pesakit dan juga pakar perubatan[2]. Selain daripada diabetes melitus, kekurangan vitamin B dan penuaan merupakan faktor-faktor risiko tinggi lain yang membawa kepada kerosakan saraf periferi.

Dr Ashley Barlow, Pengarah Kanan, Hal Ehwal Perubatan & Teknikal, P&G Health (Asia Pasifik, India, Timur Tengah dan Afrika) berkongsi, "Sebagai rakan kerjasama International Diabetes Federation (IDF), P&G Health komited terhadap usaha yang berterusan untuk meningkatkan kesedaran terhadap Diabetes dan komplikasinya yang termasuk Neuropati Periferi dan Kerosakan Saraf. Forum 'Memenangi Perjuangan Mencegah Neuropati dalam kalangan Pesakit Diabetes' ialah yang pertama daripada beberapa forum saintifik yang dilancarkan oleh P&G Health sebagai sebahagian daripada usaha kesedaran pada Hari Diabetes Sedunia di seluruh rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, bagi mengetengahkan perkaitan antara Neuropati Periferi dan Diabetes serta kepentingan pengenalpastian awal dan rawatan yang tepat pada masanya."


Berucap di forum tersebut, Dr. Rayaz A. Malik (Profesor Perubatan di Weill Cornell Medicine, Pakar Perubatan Perunding di Central Manchester University Teaching Hospital) berkongsi, "Neuropati periferi sangat kurang didiagnosis di Asia Tenggara dan Timur Tengah kerana kekurangan panduan konsensus saringan rutin dan laluan diagnostik. Ini memberi impak yang besar ke atas kualiti hidup akibat daripada simptom-simptom neuropati yang meliputi sakit, ulser kaki dan amputasi dengan kadar kematian 5-tahun masing-masing pada kadar 40% dan 80%. Kesedaran dan keperluan kepada tindakan segera dalam kalangan pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan diperlukan dan pegawai perubatan rawatan asas memerlukan alat yang ringkas dan panduan untuk membantu mereka mendiagnosis neuropati periferi."

Forum 'Memenangi Perjuangan Mencegah Neuropati dalam kalangan Pesakit Diabetes' P&G Health memberikan pandangan yang amat bermanfaat, data dan garis panduan amalan klinikal daripada pakar-pakar kesihatan dari seluruh dunia dan wilayah ini tentang peranan penting diagnosis, rawatan dan pengurusan neuropati dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit diabetes," tambah Dr. Ashley Barlow.

"Meskipun mengenal pasti pesakit yang mula menghidap PN awal kedengaran mencabar, ia sebenarnya tidaklah begitu dan ia tidak memerlukan alat diagnostik yang rumit untuk mendiagnosis neuropati periferi. Alat-alat yang ringkas seperti borang soal selidik dan ujian sensori boleh digunakan sebagai satu permulaan. Dengan bertanya soalan-soalan yang betul dan mendengar jawapan pesakit, kita dapat membantu pesakit mengelakkan komplikasi yang teruk dan menambah baik kualiti hidup mereka. Pegawai perubatan rawatan asas mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam hal ini," tambah Dr. Rayaz A Malik.

Untuk maklumat lanjut tentang forum 'Memenangi Perjuangan Mencegah Neuropati dalam kalangan Pesakit Diabetes', klik di sini untuk mendaftar dan belajar daripada webinar sebagai ahli profesional penjagaan kesihatan: WDDglobalwebinar 

FAKTA RINGKAS

  • Pada tahun 2021, terdapat 393 juta orang pesakit diabetes di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika yang diunjurkan meningkat kepada 603 juta menjelang tahun 2045[3].
  • 1 dalam 2 orang pesakit yang menghidap diabetes mengalami Neuropati Periferi[4] semasa hayat mereka. Dengan prevalens diabetes yang semakin meningkat, akan adanya peningkatan yang tinggi dari segi bilangan pesakit yang mengalami PN di rantau ini.
  • Terdapat juga bilangan individu yang setara yang mengalami pradiabetes dengan pesakit yang mengalami diabetes dan sekurang-kurangnya 10% menderita akibat PN[5].
  • Satu kajian dari Filipina pada tahun 2000 daripada projek Diabcare-Asia yang menilai 2,708 orang pesakit di pusat-pusat diabetes melaporkan 42% prevalens untuk neuropati diabetes, berdasarkan kepada rekod perubatan[6].
  • < 1/3 pegawai perubatan mengenali tanda-tanda DPN. Kes-kes yang tidak didiagnosis banyak menyumbang kepada kadar morbiditi dan kematian akibat diabetes[3] yang tinggi. Sehingga 50 % daripada pesakit adalah asimptomatik dan justeru itu, seringkali tidak didiagnosis dan mengalami risiko kecederaan akibat tiada sensasi rasa[7].
  • Sekiranya tidak didiagnosis dan dirawat di peringkat awal, DPN boleh berkembang menjadi kesakitan neuropatik yang memberi impak yang sangat besar ke atas kualiti hidup.

Latar Belakang P&G Health: P&G Health, bahagian penjagaan kesihatan syarikat P&G, mendorong inovasi bertumpu pengguna untuk memperkasakan pengguna kami untuk hidup dengan lebih sihat dan menjalani kehidupan yang lebih bersemangat. Portfolio P&G Health termasuk jenama-jenama terkemuka bagi Respiratori menerusi Vicks® dan Nasivin®, Kehamilan dengan Femibion® dan Clearblue®, Penjagaan Oral dengan Crest® dan Oral-B®, Makanan Tambahan Vitamin dan Mineral dengan Bion3®, Seven Seas®, Evion® dan Sangobion®, Kesihatan pencernaan dengan Metamucil®, Prilosec OTC®, Pepto Bismol® dan Align®, Penjagaan Saraf dengan Neurobion® dan Kelegaan Kesakitan dengan Dolo-Neurobion®.

Latar Belakang Procter & Gamble: P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di serata dunia menerusi salah satu portfolio paling mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berciri kepimpinan, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G melibatkan operasi kira-kira di 70 negara seluruh dunia.

Rujukan:

1.Landmann G. Ars Medici. 2013;1: 18-21
2.Malik, Rayaz et. al. Journal of Diabetes Investigation. 11. 10.1111/jdi.13269.
3.International Diabetes Federation. IDF Diabetes Atlas. 10th edition; 2021.
4.Kumar S, et al. Laser Therapy 2016;25: 141–144
5.Kirthi V et. al. BMJ Open Diabetes Res Care. 2021 May;9(1):e002040
6.Lantion-Ang LC. Diabetes Res Clin Pract 2000; 50 (Suppl 2): S29–S34.
7.Miranda-Massari JR, et al. Curr Clin Pharmacol. 2011;6: 260–273.

Source: P&G
Related Stocks:
NYSE:PG
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries