omniture

Pembukaan landasan kereta api Zuunbayan-Khangi dijangka memacu peningkatan eksport dan ekonomi Mongolia

The Government of Mongolia
2022-11-26 22:52 2161

ULAANBAATAR, Mongolia, 26 November 2022 /PRNewswire/ -- Perdana Menteri Mongolia, L. Oyun-Erdene, hari ini telah membuka sebuah laluan kereta api baharu utama yang akan memberikan rangsangan yang signifikan kepada tahap daya saing eksport negara ini serta menjana kemajuan ekonominya sebagai sebahagian daripada 'Dasar Pemulihan Baharu' Kerajaan.

The new Zuunbayan-Khangi railway in Mongolia has now opened
The new Zuunbayan-Khangi railway in Mongolia has now opened

Landasan Kereta Api Zuunbayan-Khangi yang merentas sejauh 226.9 km di timur selatan Mongolia ini menyediakan hubungan darat yang penting antara landasan kereta api Tavantolgoi-Zuunbayan dengan lintasan Khangi-Mandal yang terletak di sempadan Mongolia dan China.

Melalui perhubungan landasan kereta api baharu yang dilanjutkan dan masih dalam pembinaan di sempadan negara China ini, jarak untuk mengangkut muatan di seluruh koridor ekonomi yang penting ini akan dikurangkan kepada hampir separuh, sekali gus meningkatkan perdagangan mineral seperti bijih besi secara signifikan.

Dengan pembinaan laluan kereta api Zuunbayan-Khangi yang baru sahaja bermula pada bulan Mac 2022, projek yang bakal disiapkan ini dijangka akan mendorong peningkatan jumlah muatan eksport Mongolia yang pesat sebanyak 30%, dengan jumlah muatan tahunan yang dijangka stabil pada paras kira-kira dua kali ganda berbanding paras semasa iaitu 10.4 juta tan mulai tahun 2025, sekali gus meningkatkan pendapatan belanjawan negara dan peluang pekerjaan tempatan dengan ketara.

Susulan majlis pembukaan tersebut, Perdana Menteri Mongolia, L. Oyun-Erdene, berkata:  

"Landasan kereta api Zuunbayan-Khangi yang baharu ini dibina dalam masa hanya lapan bulan melalui model pelaburan perkongsian antara syarikat awam dan swasta serta merupakan laluan baharu Mongolia untuk mengangkut produk eksport perlombongan yang berdaya saing ke pasaran global.

" Pembukaan hari ini menandakan satu pencapaian penting dalam 'Dasar Pemulihan Baharu' Kerajaan Mongolia yang memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi negara selepas berlakunya pandemik serta menjadikan Mongolia sebagai sebuah negara terkemuka di Asia menjelang tahun 2050."

Mongolia tidak mempunyai akses ke laut dan bergantung kepada 42 pintu keluar masuk sempadan jalan raya di darat untuk aktiviti perdagangannya, namun pada bulan Mac tahun ini hanya tiga daripadanya sahaja yang dihubungkan dengan laluan kereta api. Penyempurnaan projek ini menghasilkan lintasan landasan kereta api baharu kedua di selatan negara ini, dan hasrat Dasar Pemulihan Baharu ini adalah untuk memastikan bahawa semua pintu keluar masuk sempadan dapat dihubungkan dengan jalan raya, landasan kereta api dan lebuh raya secara berperingkat.

180 buah syarikat dan lebih 3,500 orang pekerja telah terlibat dalam pembinaan landasan kereta api ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1955662/The_Government_of_Mongolia_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1955663/The_Government_of_Mongolia_2.jpg?p=medium600

The Prime Minister of Mongolia L. Oyun-Erdene speaking at the opening of the Zuunbayan-Khangi railway on 25 November.
The Prime Minister of Mongolia L. Oyun-Erdene speaking at the opening of the Zuunbayan-Khangi railway on 25 November.
Source: The Government of Mongolia
Keywords: Construction/Building Railroads and Intermodal Transportation Transportation New products/services