omniture

Global Cloud Xchange (GCX), sebuah syarikat perkhidmatan rangkaian terkemuka, bekerjasama dengan Sonata Software sebagai rakan kongsi teknologi dan transformasi perniagaannya, dalam perjanjian bernilai jutaan dolar bagi tempoh berbilang tahun

Sonata Software
2022-11-28 12:19 244

Sonata akan menyokong landskap teknologi yang serba lengkap dan akan membantu GCX berpindah daripada teknologi dan platform warisan serta mendayakan transformasi perniagaan strategik 

BANGALORE, India, 28 November 2022 /PRNewswire/ -- Sonata Software, sebuah syarikat penyelesaian perkhidmatan dan teknologi IT global, telah mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan Global Cloud Xchange (GCX) yang beribu pejabat di Bermuda, sebuah syarikat perkhidmatan rangkaian terkemuka yang memperkasakan kesalinghubungan global untuk para penyedia media, syarikat telekomunikasi dan perusahaan baharu. Sonata Software yang dipilih oleh GCX sebagai rakan kongsi teknologi dan transformasi perniagaannya, akan menyokong dan mengekalkan landskap aplikasi yang serba lengkap serta membantu GCX memindahkan teknologi dan platform legasi untuk mendayakan transformasi perniagaan strategik dalam perjanjian berbilang tahun ini.

GCX menyediakan kesalinghubungan tinggi dalam perkhidmatan jalur lebar dan rangkaian terurus global termasuk ICT terurus, keselamatan siber dan penyelesaian UCaaS kepada pelbagai pelanggan bersaiz besar termasuk syarikat IT gergasi, pengendali telekomunikasi, penyedia dan perusahaan media baharu di seluruh dunia. Kabel syarikat sepanjang 66,000km menjangkau 46 buah negara dari Amerika Utara hingga ke Asia, dengan kedudukan yang sangat kukuh di laluan Eropah-Asia dan Intra-Asia.

"Kami berharap dapat bekerjasama dengan Sonata untuk membantu mengubah perniagaan kami dan terus berada di hadapan dalam trend pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Kami percaya bahawa kerjasama kami dapat membantu memanfaatkan teknologi yang sesuai untuk memperbaharui cara kami menyampaikan kesalinghubungan perkhidmatan lebar jalur yang tinggi dan rangkaian terurus global kepada para pelanggan kami," kata Carl Grivner, Ketua Pegawai Eksekutif GCX.

"Kami gembira dapat menjadi rakan kongsi pilihan GCX untuk inisiatif transformasi perniagaan dan teknologi strategik mereka. Tumpuan utama kami dalam usaha ini adalah untuk menyampaikan kecemerlangan operasi bagi membantu GCX mencapai objektif strategiknya. Memastikan kejayaan pelanggan adalah penting bagi kami di Sonata," kata Samir Dhir, Ketua Pegawai Eksekutif Sonata Software.

Pada bulan September 2022, GCX mengumumkan bahawa pengawal selia telah meluluskan penyempurnaan pengambilalihan 100% pegangan 3i Infrastructure Plc. dalam GCX. Sepanjang tempoh ini, pertumbuhan permintaan trafik data global terus melebihi 25 peratus setahun. Pada masa yang sama, permintaan yang semakin meningkat terhadap transformasi digital mendorong permintaan untuk perkhidmatan rangkaian terurus global, dengan anggaran pertumbuhan menghampiri 10 peratus setahun. Pada awal bulan Julai tahun ini, GCX telah mengumumkan aliran tunai yang kukuh dan pertumbuhan linear yang stabil, menyokong peningkatan keperluan untuk kesalinghubungan gentian optik pada hab yang sedia kukuh dan pasaran baru muncul di seluruh rangkaian dasar laut milik persendirian syarikat yang terkemuka di dunia.

Pengumuman hari ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam hala tuju tersebut untuk membolehkan GCX mengubah landskap teknologi mereka dan membolehkan pasukan dalaman menyampaikan pengalaman yang terkemuka di pasaran kepada para pelanggan mereka.

"Kerjasama kami dengan Sonata merupakan sebahagian besar daripada visi teknologi kami untuk masa depan. Ia akan membantu mengubah landskap aplikasi kami, menjadikan GCX bersedia untuk masa depan dan memberi tumpuan kepada penyampaian serta menyediakan transformasi perniagaan dan teknologi yang strategik," kata T S Narayanan, Ketua Pegawai Maklumat GCX.

"Kerjasama strategik kami dengan GCX memberi peluang yang menarik kepada kedua-dua syarikat untuk memanfaatkan gabungan kekuatan dalam kejuruteraan dan inovasi digital bagi membantu GCX memenuhi objektif transformasi digitalnya yang membolehkan mereka memberikan pengalaman berkualiti tinggi kepada para pelanggan mereka," kata Roshan Shetty, Ketua Pegawai Pendapatan Sonata Software.

Tentang Sonata Software 

Untuk maklumat lanjut pihak akhbar sahaja:

Nandita Venkatesh,
Sonata Software Limited
CIN- L72200MH1994PLC082110
A.P.S. Trust Building,
Bull Temple Road, N.R. Colony
Bangalore 560004, India
Tel:+91806778199
Nandita.v@sonata-software.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/689012/Sonata_Software_Logo.jpg?p=medium600

Source: Sonata Software
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements