omniture

IGT Solutions Memenangi Pingat Emas untuk teknologi digitalnya di Tokopedia Care

IGT Solutions
2022-11-28 14:05 189

IGT menerima 3 anugerah emas dan satu perak di 'Anugerah Pencapaian Terbaik Global Tahunan Kali Ke-17 Rantau APAC'

JAKARTA, Indonesia, 28 November 2022 /PRNewswire/ -- IGT Solutions (IGT) memenangi beberapa anugerah pada majlis penyampaian 'Anugerah Pencapaian Terbaik Global Tahunan ke-17 Rantau APAC' baru-baru ini yang dianjurkan oleh ContactCenterWorld—persatuan pusat hubungan terbesar di dunia. IGT mewakili Tokopedia sebagai rakan kongsi CX (Pengalaman Pelanggan) untuk 'Tokopedia Care' dan menerima penghormatan tertinggi atas pendekatannya yang inovatif terhadap CX digital. 

IGT Solutions Wins Gold For Tokopedia Care
IGT Solutions Wins Gold For Tokopedia Care

Setiap tahun, lebih 2,000 pakar CX dari lebih 80 buah negara bersaing dalam lebih 50 kategori anugerah individu, pasukan dan syarikat untuk merebut peluang memenangi anugerah global ContactCenterWorld yang berprestij. IGT menyatakan bahawa kemenangan ini adalah berdasarkan prinsip panduan Tokopedia yang diikutinya iaitu 'Fokus terhadap Pengguna dan laksanakan FIRST (Mesra, Proaktif, Mudah, Dipercayai)'. Dengan menggabungkan kepintaran manusia dan teknologi digital, IGT telah menyampaikan perkhidmatan CX digital yang luar biasa di Tokopedia Care merentasi pelbagai saluran interaksi seperti e-mel, media sosial dan platform sembang. 

Sebagai penyedia pengalaman pelanggan saluran omni generasi seterusnya yang lancar selama lebih 20 tahun, IGT menjadi rakan kongsi pilihan untuk syarikat-syarikat pelancongan dan teknologi tinggi yang terkemuka di dunia. Kejayaan syarikat ini yang cemerlang di anugerah global ContactCenterWorld bagi tahun 2022 termasuk:

Pingat Emas: 

  1. Anugerah Individu—Pengurus Perkhidmatan Pelanggan Terbaik (sumber luar sahaja)
  2. Anugerah Pasukan—Pasukan Pengurusan Pelanggan/Akaun Terbaik
  3. Anugerah Pasukan—Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Terbaik

Pingat Perak (Tempat Kedua): 

  • Anugerah Individu—Jurulatih Pusat Hubungan Terbaik

Vipul Doshi, Ketua Pegawai Eksekutif IGT Solutions  berkata, "Anugerah ini merupakan bukti hubungan yang kukuh antara IGT dengan Tokopedia. Kedua-dua organisasi ini sedang berusaha ke arah mencapai visi bersama mereka dalam meningkatkan dan menambah baik pengalaman pelanggan dengan menyatukan kepintaran manusia dan teknologi digital." 

Rudy A. Dalimunthe,  Naib Presiden Kanan Operasi & Produk Jualan Tokopedia berkata, "Kami berpegang kepada tiga nilai teras yang dikenali sebagai '3DNA,' yang mana 'Fokus terhadap Pengguna' adalah salah satu daripadanya. Salah satu cara kami menjelaskan perkara ini adalah melalui Tokopedia Care yang tersedia sepanjang masa untuk membantu menangani persoalan dan kebimbangan pengguna, sekali gus meletakkan pengguna kami sebagai sebahagian daripada rakan kongsi kami yang paling penting. Oleh itu, anugerah ini menjadi bukti kerjasama yang kukuh antara Tokopedia Care dengan IGT Solutions dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik kepada rakyat Indonesia. Kami juga berharap agar anugerah ini dapat memajukan tahap kerjasama serta inovasi Tokopedia dan IGT Solutions untuk membangunkan Tokopedia Care menjadi perkhidmatan pelanggan utama di Indonesia."

Tentang IGT Solutions 

IGT Solutions ialah sebuah syarikat pengalaman pelanggan generasi seterusnya yang mentakrif dan menghasilkan pengalaman yang transformatif untuk jenama global. Ia melakukan perkara ini dengan menggunakan teknologi digital yang inovatif serta menggabungkan teknologi digital dan kepintaran manusia. IGT ialah rakan kongsi pilihan untuk urusan perjalanan CX serba lengkap di seluruh industri pelancongan dan teknologi pertumbuhan tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1998, IGT mempunyai lebih 85 pelanggan tersohor global dan lebih 25,000 orang pakar CX yang berkhidmat untuk proses pelanggan dari 30 buah pusat penghantaran global. Tawaran perkhidmatan IGT termasuk pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi, ujian aplikasi dan analisis prestasi, Operasi Pembangunan perusahaan, strategi mobiliti dan Perundingan, Automasi Proses Robotik (RPA) dan analisis serta spektrum sokongan BPM yang lengkap. www.igtsolutions.com

Tentang Tokopedia

Tokopedia, sebuah syarikat teknologi Indonesia, mempunyai misi untuk mencapai kesaksamaan ekonomi digital. Visi Tokopedia adalah untuk membina sebuah Ekosistem Super di mana sesiapa sahaja boleh memulakan serta menemui apa-apa sahaja. Hari ini, Tokopedia memperkasakan berjuta-juta penjual dan pengguna melalui pasaran dan produk digital, teknologi kewangan dan pembayaran, logistik dan pemenuhan serta Rakan Kongsi Tokopedia. Tokopedia merupakan sebahagian daripada kumpulan GoTo, iaitu ekosistem digital terbesar di Indonesia yang merangkumi Gojek, Tokopedia dan GoTo Financial. www.tokopedia.com

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1951097/IGT_Solutions_Tokopedia_Care.jpg

Source: IGT Solutions
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Awards