omniture

J&T Express umum Lionel Messi sebagai Duta Jenama Global

J&T Express
2022-11-29 06:43 284

SHANGHAI, 29 November 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, penyedia perkhidmatan logistik global J&T Express mengumumkan bintang bola sepak dan ikon sukan global Lionel Messi sebagai duta jenama global pertamanya. Terkenal atas usaha beliau yang tidak henti-henti dalam mengejar kecemerlangan dan ketahanan, pemenang Ballon d'Or (Bola Emas) tujuh kali ini memahami komitmen yang berterusan terhadap penambahbaikan yang menjadi teras J&T Express.

J&T Express umum Lionel Messi sebagai Duta Jenama Global
J&T Express umum Lionel Messi sebagai Duta Jenama Global

Sama seperti J&T Express yang komited untuk terus memberi manfaat kepada komuniti setempat di tempat ia beroperasi, Messi ialah seorang yang benar-benar percaya dengan prinsip menyumbang kembali kepada masyarakat seperti yang dibuktikan oleh sumbangan penyerang ini sebagai penjaring terbanyak. Messi menyifatkan prestasi beliau, baik di padang mahupun di luar padang, sebahagian besarnya kepada usaha kolaboratif pasukan beliau. Hal ini selari dengan usaha J&T Express untuk membawa penyelesaian didayakan teknologi yang terbaik kepada pelanggan dalam semua pasaran globalnya melalui kolaborasi dengan rakan-rakan jaringan tempatan.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian beliau bersama J&T Express, Messi akan mempromosikan kesedaran yang lebih tinggi terhadap J&T Express, bukan sahaja sebagai penyedia logistik unggul, tetapi juga sebagai pakar e-dagang sehenti merentas setiap titik sentuh dalam rantaian bekalan, serta jaguh sejati dan pengamal semangat "bersama lebih baik".

Mengulas tentang pengumuman ini, Rachel Liu, Pengarah Penjenamaan Global J&T Express berkata, "Kami berbesar hati dan teruja untuk bekerjasama dengan Lionel Messi sebagai duta global kami. Beliau ialah seorang atlet generasional yang mana etika, nilai kemanusiaan dan dedikasi beliau selari dengan nilai-nilai yang kami terapkan di J&T Express. Melalui kegigihan dan pencapaian beliau, Messi menjadi sumber inspirasi buat ramai orang. Hal ini benar-benar selari dengan nilai-nilai kami untuk membina sebuah perniagaan yang prihatin, bertanggungjawab dan mampan."

"J&T Express telah melakar pencapaian yang luar biasa sejak pelancarannya. Kami berkongsi banyak persamaan dari segi minat dan tekad kami agar tidak pernah berhenti bertambah baik. Sama seperti sukan bola sepak yang menyatukan berjuta-juta orang di serata dunia, J&T Express berusaha untuk membangunkan penyelesaian logistik bagi menghubungkan pelanggannya kepada dunia. Saya tidak sabar-sabar untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini," kata Messi.

J&T Express dan Messi akan bersama-sama meningkatkan populariti jenama ini dan mempromosikan kesedaran yang lebih tinggi terhadap penawaran oleh J&T tatkala ia berusaha untuk menyumbang kepada transformasi rantaian nilai perkhidmatan logistik.

Penambahan Messi ke J&T Express melancarkan beberapa kempen media sosial dan pemasaran di bawah tema #JTBetterTogether, antara pengaktifan lain yang dirancang oleh penyedia perkhidmatan logistik ini bersempena musim perayaan dan tahun baharu yang akan datang.

Latar Belakang J&T Express

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan yang lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

 

Source: J&T Express
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Sports Transportation New products/services