omniture

Xinhua Silk Road: Sidang kemuncak IoT dunia 2022 bermula di bandar timur Cina, Wuxi

Xinhua Silk Road
2022-11-29 15:54 417

BEIJING, 29 November 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Wuxi Internet Pelbagai Benda (IoT) Dunia 2022 bermula pada 26 November di Wuxi, Wilayah Jiangsu, timur China.

The 2022 World IoT Wuxi Summit opens in Wuxi, east China's Jiangsu Province, November 26, 2022.
The 2022 World IoT Wuxi Summit opens in Wuxi, east China's Jiangsu Province, November 26, 2022.

Sebagai bahagian utama dalam Eksposisi IoT Dunia 2022 yang turut diadakan di bandar berkenaan, sidang kemuncak tersebut menarik minat golongan elit di seluruh dunia untuk membincangkan secara bersama pembangunan masa depan, hasil saintifik dan teknologi yang terkini serta kes aplikasi yang cemerlang dalam industri IoT.

Sebagai perintis dalam pembangunan IoT, Wuxi merupakan satu-satunya zon demonstrasi inovasi rangkaian sensor nasional di China. Bandar tersebut terus menerokai industri ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2021, skala industri IoT bandar berkenaan mencecah lebih 350 bilion yuan, menyumbang sebanyak 50 peratus daripadanya di Jiangsu dan hampir 25 peratus daripada jumlah keseluruhan negara. Angka ini mengekalkan kadar pertumbuhan 14 peratus dari Januari hingga September tahun ini.

Dipacu oleh industri ini, ekonomi digital bandar tersebut telah mencapai kemajuan yang besar, dengan skala industri-industri teras melangkaui 600 bilion yuan dalam tahun 2021, seterusnya menduduki tempat pertama di Jiangsu berhubung indeks pembangunan.

Di sidang kemuncak berkenaan, seramai 11 orang ahli akademik daripada Chinese Academy of Engineering dan Chinese Academy of Sciences memulakan secara bersama Inisiatif Wuxi untuk mempercepatkan pembangunan IoT, mencadangkan untuk membangunkan industri ini daripada infrastruktur digital baharu, teknologi digital baharu, aplikasi digital baharu dan pembinaan kluster IoT bertaraf dunia yang bersifat terbuka dan kolaboratif.

Keputusan anugerah emas 2022 bagi teknologi baharu, produk baharu dan aplikasi baharu dalam industri IoT dan juga indeks pembangunan inovasi IoT juga dikeluarkan di sidang kemuncak tersebut.

Wuxi menandatangani perjanjian kerjasama di sidang kemuncak berkenaan bersama China Unicom, China Center for Information Industry Development bersama Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat serta Chinasoft International Limited, dengan tujuan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi digital baharu di bandar tersebut.

Dengan mengambil kecerdasan buatan berserta integrasi dan inovasi IoT sebagai barisan utama, Wuxi akan memfokuskan untuk membangunkan sensor pintar, internet kenderaan dan internet perindustrian dengan meningkatkan pembinaan platform inovasi, menambah baik peraturan yang berkaitan dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik untuk perusahaan-perusahaan yang berkaitan.

Difahamkan bahawa Eksposisi IoT Dunia telah menarik minat para peserta dari lebih 50 negara dan wilayah serta lebih daripada 1.1 juta hadirin sejak ia mula-mula diadakan pada tahun 2010 dengan hampir 800 projek utama dilancarkan, memacu jumlah pelaburan sebanyak lebih daripada 200 bilion yuan dalam bidang IoT.

https://en.imsilkroad.com/p/331357.html 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Trade show news