omniture

UCL Computer Science Akan Meneroka Pemprosesan Bahasa Semula Jadi Pada Komputer Kuantum Untuk Penemuan Kandungan dan Dapatan Semula Arkib

Quantinuum
2022-11-29 23:14 592

Satu konsortium baharu yang dibiayai oleh Royal Academy of Engineering akan dibina dalam bidang mekanistik kuantum dan linguistik yang dijalankan selama lebih 15 tahun oleh para penyelidik di University College London dan Quantinuum 

CAMBRIDGE, England, 29 November 2022 /PRNewswire/ -- Quantinuum, sebuah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu yang terkemuka di dunia, telah menyertai sebuah konsortium dengan University College London (UCL) dan British Broadcasting Corporation (BBC) untuk meneroka perkaitan industri dalam pemprosesan bahasa semula jadi kuantum (QNLP) dan pemprosesan bahasa semula jadi yang diilhamkan kuantum.

Konsortium tersebut yang dibiayai oleh Royal Academy of Engineering untuk Felow Penyelidikan Kanan UCL ini akan dibina berdasarkan penerokaan mekanik dan linguistik jangka panjang oleh Ketua Saintis Quantinuum, Bob Coecke, Ketua Kecerdasan Buatan, Profesor Stephen Clark dan Profesor Mehrnoosh Sadrzadeh dari UCL Computer Science.

BBC berharap dapat mencari cara baharu untuk mewakili kandungan dalam bentuk yang boleh dibaca oleh komputer, untuk menyokong tugas seperti penemuan kandungan dan dapatan semula bahan arkib . Ini dibina berdasarkan usaha terdahulu Syarikat tersebut dengan Sadrzadeh dalam Meningkatkan Cadangan yang Diperibadikan dengan penggunaan Maklumat Berbilang Mod.

Ilyas Khan, Pengasas Cambridge Quantum Computing merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Quantinuum berkata: "Membangunkan pengkomputeran kuantum agar populasi yang paling luas dan paling pelbagai boleh mendapat manfaat, bermakna melihat spektrum masa pada aplikasi yang boleh dijadikan sebagai langkah produktif dalam jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada usaha jangka panjang kami, kami menjangkakan bahawa pemprosesan bahasa sebenar akan menjadi penting dengan pemproses kuantum toleransi kerosakan dan hasil kerja kami dengan BBC dan UCL merupakan langkah yang sangat penting untuk disediakan bagi memanfaatkan komputer kuantum apabila ia tersedia pada skala besar. Quantinuum merupakan sebuah syarikat peneraju dalam bidang di mana ia beroperasi dan kepemimpinan ini dibina berdasarkan kerjasama yang sangat bermakna seperti ini."

Dalam kerjasama mereka selama 15 tahun, para penyelidik telah menghasilkan model gabungan bagi makna statistik dan komposisi untuk bahasa semula jadi , dalam kertas kerja seminar bertajuk Mathematical Foundations of a Compositional Distributional Model of Meaning.  Kerja asas ini telah dibimbing oleh formalisme mekanik kuantum kategori Profesor Coecke. Bukti eksperimen adalah selaras dengan karya Profesor Sadrzadeh berjudul Concrete Models and Experimental Evaluations for the Categorical Compositional Distributional Model of Meaning. Kemajuan teknik ini melangkaui penyelidikan akademik hingga mencapai satu tahap perindustrian berskala, yang akan mengambil keupayaan daripada tahap ayat semata-mata kepada teks umum, menggunakan kaedah yang dimulakan dalam kertas kerja bertajuk The Mathematics of Text Structure dan Evaluating Composition Models for Verb Phrase Elliptical Sentence Embeddings.

Arkib penyiar menggambarkan satu abad berita global dan kehidupan budaya di seluruh UK dan negara-negara lain. Ia merupakan salah satu arkib penyiaran terbesar di dunia, dengan lebih 15 juta item, termasuk audio, filem dan dokumen teks serta mainan, permainan, barang dagangan, artifak dan peralatan bersejarah.

Tentang Quantinuum 

Quantinuum ialah syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terbesar di dunia yang ditubuhkan melalui gabungan perkakasan Honeywell Quantum Solutions yang terkemuka di dunia dan aplikasi dan perisian tengah Cambridge Quantum yang menjadi peneraju dalam kategorinya. Quantinuum yang diterajui sains dan dipacu perusahaan, mempercepatkan pengkomputeran kuantum dan pembangunan aplikasi di seluruh bidang kimia, keselamatan siber, kewangan dan pengoptimuman. Tumpuan Quantinuum adalah untuk mewujudkan penyelesaian kuantum komersial dan boleh dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah paling mendesak di dunia dalam bidang seperti tenaga, logistik, perubahan iklim dan kesihatan. Quantinuum mempunyai lebih 480 orang pekerja termasuk 350 orang saintis di sembilan buah lokasi di AS, Eropah dan Jepun. 

www.quantinuum.com 

Source: Quantinuum
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Joint ventures STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)