omniture

IZIon24 - Aplikasi insurans poket pertama di Vietnam bertekad lindungi berjuta-juta orang

Ideal Life Consultancy Joint Stock Company
2022-11-30 08:32 268

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Ideal Life Consultancy Joint Stock Company mengadakan satu sidang akhbar bagi mengumumkan pelancaran produk teknologi insurans (insurtech) IZIon24 - aplikasi insurans poket yang pertama seumpamanya di Vietnam.

Izlon24 – Aplikasi insurans poket pertama di Vietnam bertekad untuk melindungi berjuta-juta orang
Izlon24 – Aplikasi insurans poket pertama di Vietnam bertekad untuk melindungi berjuta-juta orang

Acara berkenaan dihadiri oleh En. Kalidas Ghose – Ketua Pegawai Eksekutif Vietnam Prosperity Banking Finance Company Limited SMBC - dikenali sebagai FE Credit - rakan kongsi strategik Ideal Life dan En. Hugh Terry - seorang pakar insurans dengan pengalaman selama lebih 25 tahun. Kedua-duanya merupakan ahli-ahli profesional ternama yang memiliki pengalaman yang luas dalam industri masing-masing.

Sebagai syarikat pemula teknologi yang dibangunkan oleh warga Vietnam, Ideal Life menawarkan penyelesaian yang pintar dan mudah sebagai usaha untuk meningkatkan taraf hidup dalam era digital yang maju ini. Sehubungan itu, IZIon24 merupakan aplikasi insurans poket kepunyaan Ideal Life, yang diterapkan dengan teknologi termaju.

Melalui penyelesaian sehenti, aplikasi IZIon24 membolehkan pengguna memenuhi semua permintaan mereka bermula daripada pemilihan produk, menyediakan maklumat, membuat bayaran, mengurus kontrak dan menuntut pampasan.

Hasil daripada bahasa aplikasi yang ringkas dan mudah difahami, pengguna boleh mencari maklumat dengan mudah dan memahami tujuan serta faedah setiap produk insurans. Memantau sepenuhnya polisi aktif tidak lagi menjadi satu kebimbangan kerana pengguna boleh membawa "secara literal" polisi mereka ke mana-mana, bila-bila masa dan sebaik sahaja polisi mereka tamat tempoh, ia hanya memerlukan satu sentuhan untuk memperbaharui pelan…

Aplikasi IZIon24 juga membolehkan pengguna membandingkan pakej produk dengan antara muka intuitif, seterusnya mencari produk insurans yang tepat dengan mudah untuk keperluan mereka dan insan tersayang tanpa perlu merujuk pelbagai sumber.

Di acara tersebut, En. Nguyen Thanh Duy – Ketua Pegawai Eksekutif Ideal Life Consultancy JSC. berkata: "IZIon24 dicipta dengan niat untuk berfungsi sebagai penghubung bagi membawa produk insurans yang sesuai lebih dekat dengan pelanggan dan memanfaatkan penyelesaian teknologi canggih bagi memenuhi keperluan mereka. Dalam erti kata berkenaan, kami juga ingin mengubah persepsi warga Vietnam tentang insurans dengan menyediakan pengalaman yang mudah dengan nilai tambahan melalui IZIon24."

Pada masa akan datang, Ideal Life akan terus meningkatkan dan menambah baik aplikasi IZIon24 serta meluaskan portfolio produk. Sebagai contoh, aplikasi insurans poket IZIon24 berjanji untuk menawarkan produk insurans yang disesuaikan dengan keperluan setiap pelanggan.

Menerusi penyelesaian sehenti, aplikasi IZlon24 membolehkan pengguna untuk memenuhi semua tuntutan mereka
Menerusi penyelesaian sehenti, aplikasi IZlon24 membolehkan pengguna untuk memenuhi semua tuntutan mereka

 

Source: Ideal Life Consultancy Joint Stock Company
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Health Insurance Insurance New products/services Financial Technology