omniture

Yeloworld Tampil Julung Kali di CIIE untuk Kongsi Cara Pembangunan Ekonomi Hijau

Yeloworld
2022-11-30 09:22 249

SHANGHAI, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- Tanggal 10 November 2022, Ekspo Import Antarabangsa China ("CIIE") kali kelima melabuhkan tirai dengan jayanya. Ini merupakan pameran sulung Yeloworld dalam CIIE, juga merupakan penampilan awam pertama Yelolife, pembungkusan dijana semula, jenama subsidiari Yeloworld. Diterajui oleh konsep "karbon sifar menuju kehidupan baharu," Yeloworld meneroka dengan aktif cara pembangunan ekonomi hijau dan berusaha unutk memenuhi pembangunan yang mampan untuk ekonomi dan ekologi semula jadi.

Beri Peluang Baharu kepada Plastik Sisa dengan Penjanaan Semula

Pembungkusan dijana semula Yelolife dipamerkan di CIIE, yang bukan sahaja menyampaikan konsep perlindungan terhadap alam sekitar, pengurangan karbon dan kelestarian untuk pasaran, tetapi turut memberi idea-idea baharu pembungkusan hijau dalam rantaian industri. Pembungkusan dijana semula Yelolife menawarkan penyesuaian saiz, dan seperti yang diuji, ia memiliki prestasi yang sama seperti pembungkusan plastik asli dari segi kapasiti, pekali anti-gelincir dan kekerasan.

Yelolife menawarkan penyelesaian yang dijana semula untuk seluruh kitaran hayat pembungkusan plastik. Dengan bergantung kepada platform kitar semula yang dibangunkan sendiri, Yelolife melaksanakan pengurusan data kebolehkesanan berhubung proses pengitaran semula dan penjanaan semula plastik sisa. Semua pembungkusan yang dijana semula dilengkapi dengan cip RFID dan ID unik diaplikasikan untuk pengurusan kebolehkesanan, yang melaluinya pengguna boleh mencari butiran tentang bahan mentah dan sumber. Dalam masa yang sama, Yelolife merumuskan piawaian klasifikasi pembungkusan plastik, pengitaran semula, rawatan dan pengurusan, bagi merealisasikan penjanaan semula plastik, untuk membentuk ekosistem pembungkusan baharu yang meliputi proses material, pengeluaran dan kitar semula dan untuk mewujudkan kitar tertutup ekonomi kitaran plastik.


Mempromosikan Pembangunan Hijau Karbon-Rendah untuk Rantaian Industri melalui Pembungkusan Kitar Semula

Mod pembungkusan dikitar semula memenuhi permintaan perusahaan-perusahaan terhadap pembangunan karbon rendah dan perlindungan terhadap alam sekitar. Dalam mod ini, Yeloworld menyediakan kepada perusahaan dengan perkhidmatan peredaran pembungkusan, pengitaran semula, penyelenggaraan, pembersihan dan pengedaran. Platform pengurusan Yeloflex menyediakan akaun khas untuk perusahaan huluan dan hiliran serta menyediakan perkhidmatan profesional dan sokongan teknikal yang sistematik. Kesemua perusahaan boleh memulakan pemajakan dan pengitaran semula pembungkusan melalui platform pengurusan Yeloflex dan merealisasikan kolaborasi data dalam talian, justeru itu, ia dapat merangsang potensi pengangkutan palet dalam seluruh rantaian industri ke tahap tertinggi, lalu meningkatkan dengan ketara kecekapan operasi dan menggalakkan pembangunan hijau.

Sebagai sebuah perusahaan perkhidmatan IoT industri yang terkemuka, kini Yeloworld telah menjadi sebuah syarikat yang komprehensif bagi pembungkusan kitar semula, logistik, gudang, kitar semula plastik sisa dan perkhidmatan rantaian bekalan. Jenama-jenamanya termasuk platform pengurusan Yeloflex¸ Yelopack, Yelotour, Yelospace dan Yelolife. Menerusi pelaburan yang berterusan dalam penyelidikan dan inovasi saintifik, Yeloworld telah menyelesaikan masalah yang sukar diatasi dalam industri pembungkusan.

Yeloworld telah menyokong nilai-nilai pengitaran semula dan juga penjanaan semula, karbon rendah dan perlindungan terhadap alam sekitar dalam strategi pembangunannya serta menggalas tanggungjawab sosial dan juga misi. Pada masa akan datang, Yeloworld akan bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi sealiran untuk terus memperkayakan bekalan hijau dan meninjau lebih banyak nilai komersial, bagi memenuhi permintaan terhadap pembungkusan karbon rendah dan untuk merealisasikan pembangunan yang komprehensif, harmoni dan mampan untuk sumber, alam sekitar, ekonomi dan masyarakat.

Source: Yeloworld
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Paper/Forest Products/Containers Transportation Conservation/Recycling New products/services Trade show news