omniture

FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Menyanjung 47 Pemenang Yang Dibanggakan bagi Innovation Print Awards 2022

FUJIFILM Business Innovation
2022-11-30 09:28 287

Pengiktirafan kepada pengguna teknologi Revoria Presses dan Fujifilm di rantau Asia Pasifik atas kreativiti dan inovasi mereka yang mengagumkan

SINGAPURA, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific mengumumkan pada hari ini pemenang-pemenang bagi Innovation Print Awards (IPA) 2022. Dalam tahun ke-15nya, IPA mengucapkan tahniah kepada 47 pemenang dari 10 negara di seluruh rantau Asia Pasifik kerana memenangi anugerah yang berprestij ini. Pertandingan tahunan ini dibuka kepada semua pengguna penyelesaian komunikasi grafik FUJIFILM Business Innovation di seluruh rantau ini.

Terdapat sejumlah 193 penyerahan (tunggal) untuk 25 kategori -- dengan kategori-kategori yang paling kompetitif melibatkan Brosur, Katalog & Risalah dan Pembungkusan & Label -- lebih 40 penyertaan diterima untuk setiap kategori.

Penyertaan di bawah kategori Brosur, Katalog & Risalah dan Pembungkusan & Label meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun lalu dan ia menunjukkan trend dan permintaan yang akan muncul untuk pembungkusan dan label jangka pendek. Jenama-jenama bukan sahaja mencari daya tarikan yang lebih berkesan ke atas pembungkusan mereka untuk menarik minat pelanggan, tetapi juga untuk mendekati mereka dengan pantas. Pembungkusan cetak digital ketika ini membolehkan tempoh pembuatan yang lebih singkat, penyerahan yang tepat pada masanya dan keperluan kuantiti pesanan minimum (MOQ) yang dikurangkan memandangkan kitar hayat produk menjadi lebih pendek.

"Apa yang kita lihat, yang sedang menjadi ikutan dan apa yang kita perhatikan pada tahun ini -- pembungkusan digital dalam persaingan ini sudah rancak dan merupakan salah satu kategori yang paling signifikan yang kami hakimi," kata Paul Callaghan*1, ketua juri untuk IPA 2022. "Bahkan, kami terpaksa membahagikannya kepada dua sub-kategori, Pembungkusan Tegar dan Pembungkusan Karton. Jika anda berpendapat pembungkusan digital ketinggalan dalam apa jua cara, saya boleh memberi jaminan kepada anda, ia sudah pun ada dan telah pun matang."

Innovation Print Awards 2022 – Pemenang "Anugerah Inovasi Terbaik": "The Voyage of Life" menggunakan kaedah pencetakan digital Fujifilm oleh Winson Enterprise (H.K.) Limited, Hong Kong
Innovation Print Awards 2022 – Pemenang "Anugerah Inovasi Terbaik": "The Voyage of Life" menggunakan kaedah pencetakan digital Fujifilm oleh Winson Enterprise (H.K.) Limited, Hong Kong

Daripada 47 penyertaan yang berjaya, 34 daripadanya dicetak menggunakan Iridesse™ Production Press atau Revoria Press™ PC1120, termasuk pemenang bagi "Anugerah Inovasi Terbaik", Winson Enterprise (H.K.) Limited dari Hong Kong. Bertajuk "The Voyage of Life", penyerahan tersebut mendapat inspirasi daripada siri empat lukisan oleh Thomas Cole*2 yang melambangkan alegori empat peringkat kehidupan manusia. Winson Enterprise menggunakan idea yang sama dan menceritakan kisah hidup pasangan. Setiap halaman memaparkan jenis kertas dan kesan yang berbeza, menggambarkan dengan teliti perubahan dalam kehidupan, mencetuskan pelbagai perasaan dan pengalaman untuk pembaca.

"Teknologi dan kelajuan yang besar dalam pencetakan digital membolehkan jenama-jenama menjadi lebih eksploratif dalam reka bentuk mereka dan benar-benar berfikir di luar kotak, terutamanya dengan ketersediaan warna-warna khusus yang berbeza," kata Scott Mackie, Pengurus Besar, Kumpulan Perniagaan Komunikasi Grafik di FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific. "Kami teruja dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan penetap trend ini bersama pelanggan kami untuk menyampaikan kisah jenama mereka kepada pelanggan mereka melalui teknologi cetak kami. Melalui IPA, gembira rasanya dapat melihat penerimaan teknologi pencetakan digital yang pantas dan kukuh tatkala perniagaan menerima transformasi digital."

Penyertaan yang berjaya akan dipaparkan di bilik pameran Komunikasi Grafik FUJIFILM Business Innovation di Tokyo, Jepun dan di acara-acara industri Komunikasi Grafik serantau

Bagi memprofilkan selanjutnya bakat-bakat ini, FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific Pte. Ltd. akan menghantar kesemua penyertaan*3 kepada Asia Print Awards, sebuah pertandingan untuk pencetak-pencetak di rantau ini.

Pemenang-pemenang Innovation Print Awards 2022

Kategori

Anugerah

Nama Syarikat

Lokasi 

Anugerah Inovasi

Terbaik

Pemenang

Winson Enterprise (H.K.) Limited

Hong Kong

Buku

Pemenang

Image Quality Lab Co., Ltd.

Thailand

Pemenang Kedua

Shandong Daoke Graphic Express Co.

China


Pemenang

Toppan Security Systems Pte. Ltd.

Singapura

Laporan Tahunan

Pemenang Kedua

Enviro Print Group

Australia

Pendidikan

Pemenang

TVG Thai Co., Ltd.

Thailand

Pemenang Kedua

LittleLand (Ideastore Limited)

Hong Kong

Buku Foto

Pemenang

Shanghai Jiaqi Printing Technology Co.

China

Pemenang Kedua

Ningbo Xerox Business Co.

China

Katalog

Pemenang

Digital Print Australia

Australia

Pemenang Kedua

The Print Department

Australia

Risalah

Pemenang

Fingerprint Ltd

Hong Kong

Kempen

Berbilang-Kepingan

Pemenang

Marga Kirana Printing

Indonesia

Pemenang Kedua

GMW Creative Prints

Malaysia

Karton Lipat

Pemenang

NK Printing Solutions

Vietnam

Pemenang Kedua

Artech Printing & Graphix Pte Ltd

Singapura

Pembungkusan Tegar

Pemenang

Hebei Xionganshengcai Culture Media Co.

China

Pemenang Kedua

Kunming Gejie Packaging Service Co.

China

Label

Pemenang

Sumeka Co., Ltd.

Thailand

Pemenang Kedua

NK Printing Solutions

Vietnam

Kalendar

   Pemenang

Tzuen Yu Enterprise Co., LTD.

Taiwan

Pemenang Kedua

Image Quality Lab Co., Ltd.

Thailand

Menu Makanan/Minuman

Pemenang

Artech Printing & Graphix Pte Ltd

Singapura

Pemenang Kedua

Sincere Service Centre Sdn Bhd

Malaysia

Penghasilan Seni

Pemenang

Shoei Printing Co., Ltd.

Japan

Pemenang Kedua

Shanghai Jiaqi Printing Technology Co.

China

Pemenang Kedua

Image Quality Lab Co., Ltd.

Thailand

Promosi Sendiri

Syarikat

Pemenang

Winson Enterprise (H.K.) Limited

Hong Kong

Pemenang Kedua

Nanjing Yihao Printing Digital Graphic Imaging Co.

China

Pemenang Kedua

K-print Company Limited

Vietnam

Mel Terus

Pemenang

TAKEDA PRINTING CO., LTD.

Jepun

Pemenang Kedua

Pen's House Wedding Invitation Production

Vietnam

Produk Pejabat

Pemenang

Fingerprint Ltd

Hong Kong

Pemenang Kedua

KepMedia International Pte Ltd

Singapura

POS

Pemenang

Enviro Print Group

Australia

Poster

Pemenang

Suzhou Industrial Park Times Advertising &
Decoration Design Co.

China

Pemenang Kedua

Enviro Print Group

Australia

Reka Bentuk

Pemenang

PLUS Collaboratives

Singapura

Pemenang Kedua

Guangzhou Snail Printing Ltd.

China

Warna Khusus

Pemenang

Artech Printing & Graphix Pte Ltd

Singapura

Pemenang Kedua

Image Quality Lab Co., Ltd.

Thailand

Kemampanan

Pemenang

Banway Marketing Sdn Bhd

Malaysia

Pemenang Kedua

TVG Thai Co., Ltd.

Thailand

Keberkesanan
Perniagaan -
Mock Up

Pemenang

SJ Print and Pack Co., Ltd.

Thailand

Teknologi -
Penghiasan +
Warna Khusus

Pemenang

Guangzhou Zibai Printing Co.

China

Teknologi - NFT
+ Cap Jari

Digital

Pemenang

Hung Hing Offset Printing Co. Ltd

Hong Kong

Format Luas (UV)

Pemenang

Image Quality Lab Co., Ltd.

Thailand

*1: Juri-juri yang menjalankan tugas sebagai panel termasuk Paul Callaghan yang merupakan pengerusi jawatankuasa Persidangan Pempakejan Rantau Asia dan Asia Print Awards serta penerbit bagi majalah Print Innovation Asia, satu-satunya majalah industri cetak rantau ini. 

*2: Thomas Cole (1801-1848) ialah seorang artis dan pencinta alam sekitar peringkat awal Amerika. https://thomascole.org/ 

*3: Penyertaan Innovation Print Awards 2022 dari Australia dan New Zealand tidak layak untuk Asia Print Awards kerana mereka mempunyai anugerah tempatan mereka sendiri.

Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation

FUJIFILM Business Innovation ialah peneraju global yang komited untuk terus menawarkan inovasi kepada perniagaan pelanggan di seluruh dunia, bagi mewujudkan tempat kerja yang inovatif dan memberikan kepuasan dengan menggunakan maklumat dan pengetahuan secara berkesan melalui transformasi digital (DX). Kami telah mempelopori pelbagai teknologi dan mengumpul pengalaman sejak penubuhan kami pada tahun 1962, untuk membina sebuah persekitaran yang menggalakkan penggunaan daya kreativiti seseorang dalam memaksimumkan kekuatan organisasi. Portfolio kami termasuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan penyelesaian aliran kerja yang bertaraf dunia, perkhidmatan IT dan peralatan pencetakan seperti pencetak digital berbilang fungsi (MFP). Kami juga menawarkan perkhidmatan penyumberan luar proses perniagaan (BPO) serta sokongan pemasaran dan pelaksanaan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP).

Pada 1 April 2021, kami menukar nama syarikat daripada Fuji Xerox menjadi FUJIFILM Business Innovation. Lebih daripada sekadar pertukaran nama, ia merangkumkan komitmen kami untuk meneruskan langkah sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mengejar inovasi perniagaan. FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific merupakan ibu pejabat serantau syarikat global FUJIFILM Business Innovation, memberi sokongan korporat dan perkhidmatan yang dikongsi bersama untuk rantau Asia Pasifik. https://fujifilm.com/fbglobal

Source: FUJIFILM Business Innovation
Keywords: Computer/Electronics