omniture

Xinhua Silk Road: Festival diadakan di Ningde Fujian untuk raikan dewi laut, galakkan kepaduan budaya rentas Selat

Xinhua Silk Road
2022-11-30 15:21 54

BEIJING, 30 November 2022 /PRNewswire/ -- Festival kebudayaan Chen Jinggu, sebuah festival besar-besaran selama 3 hari yang meraikan dewi laut Chen Jinggu, bermula pada hari Ahad bertempat di Linshui Palace Ancestor Temple di Daerah Gutian, Bandar Ningde, Wilayah Fujian, timur China.

Foto menunjukkan suasana festival kebudayaan Chen Jinggu pada hari Ahad di Linshui Palace Ancestor Temple, Daerah Gutian, Bandar Ningde, Wilayah Fujian, timur China.
Foto menunjukkan suasana festival kebudayaan Chen Jinggu pada hari Ahad di Linshui Palace Ancestor Temple, Daerah Gutian, Bandar Ningde, Wilayah Fujian, timur China.

Dalam usaha untuk menggalakkan hubungan rentas Selat dan kepercayaan cerita rakyat tentang dewi, festival berkenaan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti upacara pemujaan, pameran hasil pertanian, rawatan perubatan percuma dan merakam cerita budaya pada platform video pendek Cina, Douyin.

Chen Jinggu, wanita Linshui, telah disembah sebagai penjaga wanita hamil dan kanak-kanak serta menarik minat ramai penganut di kedua-dua belah Selat Taiwan untuk menghadiri acara berkenaan secara dalam talian dan luar talian.

Selepas mewarisi selama kira-kira seribu tahun lamanya, budaya berkaitan dewi laut yang berasal daripada Linshui Palace Temple di Gutian, telah menjadi bahagian budaya yang penting di kedua-dua belah Selat Taiwan, malah dalam banyak masyarakat Cina di serata dunia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Daerah Gutian telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembangkan kepercayaan cerita rakyat Chen Jinggu sebagai ikatan budaya yang menyatukan rakyat di kedua-dua belah Selat Taiwan dengan meningkatkan kepaduan budaya serta pelancongan dan mendorong semangat belas ihsan dan kebaikan hati dalam kepercayaan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/331391.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Publishing/Information Service Travel