omniture

Casio bakal Lancar G-SHOCK dengan Bezel Boleh Tanggal menerusi Reka Bentuk Unik Lagi Santai

CASIO COMPUTER CO. LTD
2022-12-01 09:00 145

Menghidupkan Semula dan Mengemas Kini Bentuk Lunak DW-001

TOKYO, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran penambahan terbaru kepada rangkaian jam tangan G-SHOCK kalis hentakannya. Jam tangan G-B001 baharu ini mengambil bentuk DW-001 yang dilancarkan pada tahun 1994, kini menambah sentuhan yang santai dengan bezel boleh tanggal.

G-B001
G-B001

Dengan reka bentuk Capsule Tough yang meliputi bekas jam sepenuhnya dengan resin bagi menyediakan struktur kalis hentakan yang unik, DW-001 asal memperkenalkan kepekaan baharu dengan meninggalkan reka bentuk berceranggah dan keras yang konvensional. Kuasa dan kekuatan G-SHOCK yang disampaikan dalam bentuk melengkung, lunak baharu ini terbukti popular.

Jam tangan G-B001 baharu membawa konsep reka bentuk DW-001 dengan lebih jauh, menggabungkan idea membaluti jam tangan ini dengan keterujaan membuka kapsul mainan daripada mesin layan diri. Bezel boleh tanggal pada jam tangan kalis hentakan ini membolehkan pengguna menyuai padan komponen bagi memilih rupa yang digemari yang paling sesuai dengan gaya mereka pada hari itu,

Mengekalkan bentuk lunak DW-001, jam tangan baharu ini membawakan reka bentuk bezel berganda yang membolehkan pengguna menanggalkan bezel resin bagi mendedahkan bezel logam di bawahnya, hampir sama dengan reka bentuk kapsul mainan. Bezel resin tetap setia dengan reka bentuk DW-001 menerusi skema warna dua tona, sementara kemasan garis halus dan cermin pada komponen-komponen individu bezel logam menawarkan rupa dan rasa yang lebih sofistikated. Reka bentuk ini menonjolkan karakter bezel resin dan bezel logam yang berbeza, seterusnya membawakan jam tangan yang menonjol dan dalam masa yang sama sofistikated.

G-B001MVE turut merangkumkan bezel resin dan tali jam boleh ditukar ganti, seterusnya menawarkan lebih banyak kombinasi reka bentuk kepada pengguna untuk menyuai padan mengikut citarasa mereka.

G-B001MVE*1/Tali jam boleh ditukar ganti *1 Dua reka bentuk dengan bezel resin/satu dengan bezel logam
G-B001MVE*1/Tali jam boleh ditukar ganti *1 Dua reka bentuk dengan bezel resin/satu dengan bezel logam

 

G-B001MVB*2/G-B001MVA*2 *2 Dengan bezel resin/dengan bezel logam
G-B001MVB*2/G-B001MVA*2 *2 Dengan bezel resin/dengan bezel logam

Maklumat lanjut:https://www.casio.com/intl/news/2022/1201-G-B001/

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services