omniture

Projek No. 1 Unit Palung Terma Solar Shanghai Electric di Dunia Bersambung ke Grid

Shanghai Electric
2022-12-01 09:11 93

Ia merupakan projek terma solar terbesar di dunia dari segi kapasiti terpasang, saiz pelaburan dan haba simpanan garam lebur

SHANGHAI, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 29 November (Waktu Dubai), kemudahan No. 1 Unit Palung loji janakuasa terma solar 700MW dan solar fotovolta 250MW Shanghai Electric di Dubai berjaya mencapai penjanaan elektrik bersambung-grid, melambangkan satu pencapaian penting sepanjang jalan penembusan firma ini ke dalam sektor tenaga boleh baharu. Kemudahan ini telahpun menyampaikan parameter teknikal unggul dan operasi andal bagi kedua-dua peralatan utama dan tambahan, membekalkan tenaga terma solar yang mesra alam kepada komuniti setempat buat julung kalinya.

No. 1 Unit Palung Terma Solar
No. 1 Unit Palung Terma Solar

 

No. 1 Unit Palung Terma Solar di Dubai Bersambung ke Grid
No. 1 Unit Palung Terma Solar di Dubai Bersambung ke Grid

Projek ini, yang mana Shanghai Electric Group merupakan kontraktornya, ialah fasa keempat bagi loji janakuasa terma solar dan PV yang dibangunkan oleh Dubai Electricity and Water Authority di Taman Solar Mohammed bin Rashid Al Maktoum (MBR). Sambungan kemudahan ini ke grid melambangkan pencapaian matlamat yang penting dalam hala tuju globalisasi Shanghai Electric. Dibina di atas menara yang terkemuka di dunia dan memanfaatkan teknologi penjanaan kuasa terma solar palung, projek ini dapat menangani batasan bahawa stesen janakuasa PV konvensional tidak dapat menjana kuasa elektrik pada sebelah malam, lalu menjadikannya model demonstrasi untuk inisiatif Jalur dan Jalan kerajaan Cina dan usaha untuk mencapai keneutralan karbon global.

Modul-modul PV 250MW tersebar di lokasi-lokasi yang tidak digunakan untuk memaksimumkan penggunaan tapak, manakala kemudahan terma solar 700MW terdiri daripada tiga unit palung 200MW dan satu unit menara 100MW. Ia merupakan projek PV solar mandiri terbesar di dunia, dengan kawasan seluas 44 kilometer persegi (kira-kira 17 batu persegi), bersamaan dengan tidak kurang daripada 6,000 padang bola sepak standard atau 100 Tiananmen Squares. Projek ini menggunakan kira-kira 560,000 tan garam lebur dan 70,000 heliostat yang setiap satunya berukuran kira-kira 25 meter persegi. Kerja tanah yang diperlukan untuk meratakan tapak di padang pasir ini berjumlah kira-kira 40 juta meter padu yang bersamaan dengan isipadu 41 'Water Cubes' (pusat akuatik yang terkenal di Olympic Green di Beijing) atau jumlah pasir dan kerikil yang digunakan untuk membina dua buah pulau buatan yang menyokong Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau. Kemudahan ini, yang meningkat kepada ketinggian 262 meter (kira-kira 860 kaki) ialah projek terma solar menara tertinggi di dunia. Di samping itu, ia menyediakan teknologi pembukaan slot yang beroperasi secara komersial yang terbesar di dunia dengan jarak bukaan 8.2 meter. Operasi kemudahan ini menggantikan pembakaran 2 juta tan arang batu standard setiap tahun. Kesemua faktor ini bergabung untuk menjadikannya projek terma solar yang terbesar di dunia dari segi kapasiti terpasang, saiz pelaburan dan haba simpanan garam lebur.

Lokasinya di tengah-tengah padang pasir, di mana suhu waktu siang boleh melambung hampir mencecah 50°C (122°F), digabungkan dengan impak pandemik, antara faktor-faktor lain, mengakibatkan projek ini mengalami beberapa kesukaran semasa proses pembinaan, termasuk kos yang semakin meningkat secara menyeluruh (yang mana kos untuk bahan-bahan mentah menyaksikan peningkatan paling ketara), kelewatan penghantaran, cabaran rantaian bekalan hinggalah pasang siap peralatan dan kekurangan kakitangan yang teruk. Dengan menerima pakai penyelesaian yang kreatif dan teliti dalam persediaan awal, jabatan projek ini dapat menangani beberapa isu teknikal bagi mencapai kejayaan ini.

Tenaga yang tersimpan dalam unit palung dan unit menara, sebaik sahaja semua beroperasi, dapat menjana kuasa secara berterusan selama maksimum 13.5 jam pada waktu malam dan 15 jam sepanjang tempoh cuaca buruk. Apabila seluruh projek siap, ia akan membawa Dubai lebih hampir secara signifikan untuk mencapai matlamat Tenaga Bersih 2050 bagi membekalkan kuasa bersih kepada 320,000 buah keluarga tempatan dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 1.6 juta tan setiap tahun.

 

 

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services