omniture

BIPO Diiktiraf sebagai Pesaing Utama bagi Penyelesaian Senarai Gaji Berbilang-negara (MCP) Everest Group PEAK Matrix® Assessment 2022

BIPO Service
2022-12-01 09:46 213

SINGAPURA, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian senarai gaji dan kakitangan global yang terkemuka, BIPO diiktiraf sebagai pesaing utama bagi Penyelesaian Senarai Gaji Berbilang-negara (MCP) Everest Group PEAK Matrix® Assessment 2022 untuk Asia Pasifik.

Everest Group menilai 20 penyedia perkhidmatan MCP pada tahun ini berdasarkan kepada impak pasaran dan kejayaan mereka, visi dan strategi, teknologi serta keupayaan perkhidmatan. Sebagai sebuah firma penyelidikan global bebas dengan standard yang ketat, PEAK Matrix® Assessments daripada Everest Group menyediakan analisis dan pandangan kepada perusahaan untuk membuat keputusan pemilihan yang kritikal tentang penyedia perkhidmatan global, lokasi serta produk dan penyelesaian yang terbaik dalam kelas.

BIPO Diiktiraf sebagai Pesaing Utama bagi Penyelesaian Senarai Gaji Berbilang-negara (MCP) Everest Group PEAK Matrix® Assessment 2022
BIPO Diiktiraf sebagai Pesaing Utama bagi Penyelesaian Senarai Gaji Berbilang-negara (MCP) Everest Group PEAK Matrix® Assessment 2022

Laporan berkenaan menonjolkan kekuatan BIPO dalam menawarkan perkhidmatan kepada 18 pasaran di rantau APAC melalui enjin senarai gaji berbilang mata wang proprietarinya, menghasilkan pematuhan dalam-negara yang mantap, termasuk penyediaan ePayslips berbilang bahasa dan pelaporan berkanun tempatan di seluruh Asia Pasifik.

Ia turut menekankan keupayaan pengurusan HR hujung-ke-hujung BIPO yang lebih luas melalui rangkaian penyelesaian Pengurusan Modal Insan (HCM). Bermula daripada suai tugas hinggalah pengunduran (offboarding), termasuk pengurusan kehadiran, cuti, tuntutan, pampasan, latihan dan penilaian, Sistem Pengurusan HR pemenang anugerah BIPO juga menawarkan integrasi dengan penyedia HCM global bagi menyampaikan pengalaman senarai gaji dan pekerja yang terbaik dalam kelas.

"BIPO mencipta proposisi nilai yang unik untuk pelanggannya dengan menawarkan teknologi dan perkhidmatan pengurusan HR hujung-ke-hujung termasuk pampasan, latihan dan pengurusan tenaga kerja di rantau APAC. Keupayaannya untuk menyediakan pengurusan HR dan senarai gaji bersepadu, khidmat nasihat HR dan sokongan pematuhan serta hala tuju yang mantap untuk pengembangan geografi membolehkannya untuk meraih pengiktirafannya sebagai Pesaing Utama bagi penyelesaian Senarai Gaji Berbilang-negara (MCP) APAC Everest Group, PEAK Matrix® Assessment," kata Priyanka Mitra, Pengarah Praktis, Everest Group.


"Mengiktiraf BIPO sebagai Pesaing Utama bagi penyelesaian Senarai Gaji Berbilang-negara (MCP) APAC tahun ini PEAK Matrix® Assessment mengesahkan keserbabolehan penyelesaian kami dalam memenuhi keperluan perniagaan yang dinamik pada hari ini," kata Michael Chen, Ketua Pegawai Eksetif BIPO. "Penyelesaian kami mencerminkan kefleksibelan dan kebolehskalaan yang dituntut oleh pelanggan kami ketika mereka mencari penyelesaian tangkas untuk mengambil bekerja, mengurus dan membayar tenaga kerja antarabangsa mereka dengan lancar. Kami akan terus meningkatkan teknologi kami dan memperkukuh sokongan setempat kami bagi membawa pengalaman terbaik-dalam-kelas untuk pelanggan kami."

Pengiktirafan daripada Everest Group menandakan senarai panjang anugerah industri untuk BIPO, termasuk Sistem Pengurusan HR - Perusahaan & PKS Terbaik di HR Vendors of the Year 2022, Malaysia baru-baru ini. Di samping itu, ibu pejabatnya di Singapura turut diperakui sebagai Great Place to Work® dalam tahun 2021/22 dan 2022/23.

Ketahui lebih lanjut di www.biposervice.com atau ikuti BIPO di LinkedIn.

Latar Belakang BIPO

Ditubuhkan pada tahun 2010 dan beribu pejabat di Singapura, BIPO ialah penyedia bagi senarai gaji dan kakitangan global. Penyelesaian Pengurusan Modal Insan yang sedia untuk perusahaan daripada BIPO ini mengautomasikan proses sumber manusia (HR), mempermudah aliran kerja dan menyampaikan pandangan yang boleh diambil tindakan. Penyumberluaran senarai gaji global kami dan perkhidmatan Employer of Record (EOR) menyokong perniagaan untuk mengurus keperluan tenaga kerja global hari ini melalui jaringan lebih 40 pejabat, empat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan rakan-rakan niaga merentas lebih 100 negara.

Hubungi:

George Ho
Ketua Akaun & Perikatan Global
Emel: george.ho@biposervice.com

Sofia Lee
Pengarah Akaun Strategik & Perikatan
Emel: sofia.lee@biposervice.com

Source: BIPO Service
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources