omniture

Squishmallows membuat kemunculan sulung di Malaysia secara eksklusif di Toys"R"Us

Toys"R"Us Asia
2022-12-01 14:31 16

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Squishmallows, patung mainan lembut yang amat popular, yang telah terjual sebanyak lebih daripada 200 juta unit di seluruh dunia, telah pun tiba di Malaysia dan kini boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Toys"R"Us dan secara dalam talian!

21 gaya Squishmallows baharu dilancarkan di Malaysia, secara eksklusif di Toys"R"Us
21 gaya Squishmallows baharu dilancarkan di Malaysia, secara eksklusif di Toys"R"Us

Sejak penampilan sulungnya pada tahun 2017, jenama Squishmallows yang ikonik, dikeluarkan oleh Jazwares, LLC, telah membawakan patung mainan lembut unik dengan personaliti yang mudah disayangi dan reka bentuk unik serta amat lembut apabila disentuh. Lebih 1,500 Squishmallows yang saiznya bermula daripada 2 hingga 24 inci telah menawan hati peminat daripada semua peringkat usia, dalam talian dan secara peribadi, di lebih daripada 55 buah negara. Baru-baru ini, jenama ini turut memenangi lima anugerah Mainan Terbaik Tahunan, pengiktirafan terulung dalam industri mainan, disampaikan oleh Toy Association.

Baru-baru ini, Squishmallows telah memenangi lima anugerah Mainan Terbaik Tahunan oleh Toy Association
Baru-baru ini, Squishmallows telah memenangi lima anugerah Mainan Terbaik Tahunan oleh Toy Association

"Kami teruja untuk membawa mainan yang popular ini kepada pelanggan kami di Malaysia. Squishmallows bukan sekadar jenama patung mainan lembut, tetapi ia juga telah menjadi mainan boleh kumpul yang popular dan amat dicari-cari di seluruh dunia," kata Carol Chua, Pengurus Besar Toys"R"Us Malaysia. "Squishmallows ini bukan sahaja akan menjadi teman baik anda, tetapi akan turut menggalakkan aktiviti bermain yang imaginatif dan mendorong daya kreativiti!"

Dilancarkan di Toys"R"Us Malaysia ialah 21 gaya Squishmallows baharu termasuk skuad haiwan dan hidupan laut yang baharu seperti burung kakak tua, harimau bintang dan obor-obor. Boleh didapati dalam 3 saiz (19cm, 30cm dan 41cm), Squishmallows menyeronokkan untuk semua orang kerana ia boleh dikumpul dan bermain dengannya malah ia boleh dijadikan hiasan bilik atau hadiah yang menarik. Reka bentuk yang comel dan rasa yang amat lembut akan menarik minat kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Latar Belakang Jazwares

Jazwares, LLC, subsidiari Alleghany Capital Corporation, ialah sebuah syarikat mainan global terkemuka, baru-baru ini berkembang ke dalam kategori-kategori kostum dan haiwan peliharaan. Portfolio Jazwares melibatkan pelbagai jenama berlesen yang dinamik dan milik penuh. Jazwares meraikan 25 tahun permainan yang inovatif dengan kepakaran dalam reka bentuk, pembangunan dan pembuatan. Sebuah syarikat pemenang anugerah dengan tumpuan yang progresif untuk mengenal pasti trend baharu, Jazwares kemudiannya mentransformasikannya menjadi produk yang berkualiti tinggi untuk pengguna daripada semua peringkat umur.

Beribu pejabat di Sunrise, Florida, Jazwares mempunyai pejabat di serata dunia dan menjual produknya di lebih daripada 100 buah negara. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Jazwares terus berkembang melalui pembangunan produk baharu dan pemerolehan strategik syarikat-syarikat. Untuk maklumat lanjut tentang Jazwares, sila kunjungi www.jazwares.com.

Latar Belakang Toys"R"Us Asia

Selama hampir 40 tahun, Toys"R"Us telah menjadi rakan kongsi yang dipercayai kepada keluarga sebagai destinasi utama untuk mainan, permainan, peralatan sukan dan kelengkapan pembelajaran yang terbaik untuk kanak-kanak dan bayi, serta segala keperluan yang diperlukan oleh ibu bapa baharu untuk menjaga dan menyokong bayi mereka.

Beribu pejabat di Hong Kong, syarikat ini mengendalikan lebih 450 buah kedai bersama lebih daripada 10,000 ahli pasukan di seluruh Asia termasuk Brunei, tanah besar China, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand – serta melesenkan lebih daripada 90 buah kedai di Filipina dan Macau. Toys"R"Us dan Babies"R"Us menawarkan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa berkualiti yang dipilih dengan teliti, produk yang inovatif dan eksklusif, program kesetiaan yang menarik serta pengalaman dalam-kedai interaktif yang mendorong imaginasi kanak-kanak dan menginspirasikan pembelajaran pada setiap peringkat perkembangan kanak-kanak.

Source: Toys"R"Us Asia
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Toys New products/services