omniture

Rockwell Automation Memperkenalkan Penyelesaian Pengurusan Pinggir Pintar FactoryTalk Edge

Rockwell Automation
2022-12-01 15:44 148

FactoryTalk ® Edge™ membantu pelanggan mempergunakan transformasi digital industri di pinggir dan membuka kunci kepada penggunaan pinggir bernilai lebih tinggi pada skala perusahaan

SINGAPURA, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang berdedikasi untuk automasi industri dan transformasi digital, mengumumkan bahawa ia memperkenalkan platform pengurusan dan orkestrasi pintar dengan ekosistem aplikasi pinggir – berdasarkan sekuriti amanah sifar "zero trust security" dan piawaian industri terbuka – mempercepatkan transformasi digital untuk pelanggan industri.

Tatkala pengilang industri mengejar transformasi digital, mereka mencari-cari cara untuk menskalakan inisiatif transformasi digital melalui inovasi dalam AI, analitik, sistem MES dan lain-lain, dan mempergunakan kecerdasan masa sebenar yang lebih dekat dengan sumber data industri. Hal ini telah mewujudkan cabaran berkaitan latensi aplikasi, pengurusan peranti dan isu keselamatan - menekankan keperluan yang seimbang untuk pelaksanaan pinggiran(edge) ke awan(cloud). Pemimpin Transformasi Perindustrian (IX) memerlukan penyelesaian pengurusan pinggiran yang pintar dan menyeluruh untuk melaksanakan strategi pengkomputeran pinggir yang mantap yang boleh memaksimumkan kejayaan penggunaan keseluruhan, mengawal peranti dari mana-mana sahaja dan mengurus penggunaan aplikasi pada peranti – sambil meningkatkan postur keselamatan.

Memperkayakan lagi tawaran pinggiran semasa Rockwell – FactoryTalk ® Edge Gateway™ dan komputer perindustrian ASEM™ FactoryTalk ® Edge™ ialah penyelesaian SaaS untuk pengurusan dan orkestrasi pinggir yang pintar dan terpusat. Boleh diakses dari mana-mana sahaja, FactoryTalk Edge ialah lapisan infrastruktur penting untuk merealisasikan produktiviti dan kecekapan yang lebih tinggi sambil mengurus peranti pinggir dan penggunaan aplikasi daripada satu paparan sahaja. Dengan postur keselamatan unggul yang dibina di atas model sifar amanah (zero-trust), ia memberikan fleksibiliti untuk kes penggunaan masa hadapan yang kompleks dan memenuhi keperluan mana-mana pembekal perkakasan atau awan. Aplikasi pinggiran FactoryTalk Edge Gateway disertakan dan memperkasakan pelanggan untuk mengkontekstualisasikan dan mempakej data industri pada kelajuan tinggi ke dalam model maklumat yang fleksibel. FactoryTalk Edge boleh digunakan pada nod pengiraan pinggir ASEM VersaView ® 6300B yang telah dipraperakui, mempercepatkan kepantasan penggunaan.

"Memandangkan pelanggan kami membina ke arah Sistem Pengeluaran Perusahaan Terhubung, mereka mendapati sukar untuk mengeluarkan data daripada silo, mengurus permukaan pengiraan teragih dan menggunakan perisian dengan cepat," kata Brian Shepherd, naib presiden kanan, Perisian & Kawalan di Rockwell Automation. Beliau menyambung, "Dengan menggabungkan perkakasan kami dengan keupayaan orkestrasi pinggir dan memudahkan untuk menggunakan aplikasi ke pinggiran, kami mengharapkan pelanggan kami meningkatkan inisiatif transformasi digital mereka dengan lebih pantas dan memperoleh nilai yang lebih besar daripada aplikasi pinggiran mereka."

Chantal Polsonetti, Naib Presiden Khidmat Nasihat, daripada ARC Advisory Group berkata, "Memandangkan organisasi perindustrian menggunakan pelbagai teknologi untuk menyelesaikan kes dan skala penggunaan pinggir, satu aspek akan menonjol: keperluan untuk infrastruktur pinggir yang selamat dan menjimatkan yang mampu mengurus peningkatan bilangan peranti teragih pada skala. Memandangkan dunia kes penggunaan industri terus berkembang, OEM, penyedia penyelesaian dan pelanggan akhir pantas menyedari keperluan untuk jenis penyelesaian infrastruktur asas ini demi membolehkan pelaksanaan dan pengurusan pinggir di tapak kilang yang berbeza. FactoryTalk Edge memberi mereka satu penyelesaian untuk mengendalikan dan menskalakan inisiatif DX mereka di pinggiran supaya masa mereka boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah besar seterusnya."

FactoryTalk ialah tanda dagangan Rockwell Automation Inc.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 26,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi https://www.rockwellautomation.com/en-id.html.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications