omniture

Trina Solar kongsi visi karbon-rendahnya di COP27

Trina Solar Co., Ltd
2022-12-01 21:08 106

SHARM EL SHEIK, Mesir, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar bertaraf global, Trina Solar merupakan antara mereka yang suaranya didengari di persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini, COP27, apabila syarikat ini mengemukakan pandangan dan wawasannya terhadap amalan rendah-karbon dalam rantaian bekalan.

Topik-topik yang berkaitan dengan emisi rendah karbon merupakan tumpuan utama persidangan tersebut, yang diadakan di Sharm El Sheik, Mesir mulai 6 hingga 18 November yang mana terdapat 35,000 hadirin, termasuk lebih daripada 100 ketua negara dan kerajaan. Kira-kira 2,000 penceramah mengetuai perbincangan yang mendalam tentang perubahan iklim.

Zeng Yi, penolong naib presiden strategi dan pemasaran Trina Solar menyampaikan ucapan video yang bertajuk "Mencapai sinergi antara pencemaran dan pengurangan karbon serta penambahbaikan eko-persekitaran: mengimbangi hasil alam sekitar, iklim dan ekonomi". Zeng memetik apa yang digelar oleh Trina Solar sebagai strategi Qinghai dalam ucapan tersebut. Strategi berkenaan termasuk untuk mengesan rantaian nilai keseluruhan dalam industri PV solar di Qinghai, wilayah dengan proposisi kuasa elektrik mesra alam tertinggi di China dan membangunkan stesen PV solar skala-utiliti di tanah keringnya yang luas. Strategi ini mengupayakan penyahkarbonan yang mendalam dalam rantaian bekalan huluan Trina Solar, seterusnya mencegah emisi karbon sebanyak hampir 95%. Ia juga mewujudkan faedah-faedah tambahan untuk mencegah penggurunan dan merangsang pertumbuhan untuk ekonomi tempatan yang kurang maju.

Memberikan petanda di persidangan tersebut, Trina Solar menghadiri Sidang Kemuncak Iklim Antarabangsa Misi Karbon-Sifar di Beijing pada awal bulan November dan diberi penghormatan dengan Climate Solver Award, satu-satunya syarikat PV antara pemenang-pemenangnya.

Climate Solver Award bertujuan untuk menggalakkan penerimaan teknologi inovatif secara meluas dengan memilih teknologi karbon-rendah yang inovatif dengan potensi revolusioner dalam mengurangkan gas rumah hijau. Potensi sesebuah syarikat untuk mencapai pengurangan emisi dengan teknologi merupakan salah satu kriteria penting anugerah ini.

Inovasi yang berterusan dalam teknologi karbon-rendah merupakan daya penggerak utama bagi respons global terhadap perubahan iklim. Trina Solar komited untuk menerajui jalan dalam penyelesaian tenaga solar pintar demi masa depan sifar-bersih. Modul 600W+ yang berkuasa tinggi dapat mengurangkan LCOE dengan efektif untuk stesen janakuasa PV menerusi kuasa yang tinggi, kecekapan tinggi, hasil tenaga yang tinggi dan keandalan tinggi.

Dalam bulan Mei 2022, Trina Solar menerima sijil LCA untuk modul Vertex 210mm daripada lembaga pengujian dan pensijilan bebas TÜV Rheinland, seraya menjadi syarikat solar pertama yang menerima pensijilan LCA untuk modul 210mm. TÜV Rheinland mengeluarkan Sijil Jejak Karbon untuk modul Vertex Trina Solar dalam bulan Oktober. Produk-produk ini meliputi rangkaian penuh modul solar jenis-p 210mm bermula daripada Vertex S 410W hingga Vertex 670W, dengan keupayaan yang utama dalam industri untuk mengurangkan emisi karbon.

Trina Solar menyertai inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (Science Based Targets initiative, SBTi) dalam bulan Julai tahun lalu, menyumbang kepada matlamat bersama untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 C. Ia juga memulakan kempen Tenaga Bersih untuk Bumi (Clean Energy for Earth) bersama WWF China yang menggalakkan usaha untuk mencipta masa depan neutral-karbon.

Trina Solar telah berjanji bahawa ia akan berusaha untuk mencapai 100% penggunaan tenaga boleh baharu dalam pembuatan dan operasinya menjelang tahun 2030, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan 7 PBB.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities