omniture

Menerajui Pasaran Kenderaan Elektrik, GWM Bawakan Pelbagai NEV di Thailand

GWM
2022-12-01 22:36 83

BAODING, China, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- GWM, sebagai "Syarikat Teknologi Pintar Global", membawakan sekumpulan kenderaan elektrik canggih ke Ekspo Motor Antarabangsa Thailand ke-39 2022.

Menerajui Pasaran Kenderaan Elektrik, GWM Bawakan Pelbagai NEV di Thailand
Menerajui Pasaran Kenderaan Elektrik, GWM Bawakan Pelbagai NEV di Thailand

Syarikat ini memaparkan ORA Grand Cat yang lebih bergaya, HAVAL H6 Hybrid SUV Baharu, TANK500 HEV luar jalan dan beberapa model popular Thailand yang lain.

Pameran pertama ORA Grand Cat di Thailand

Ini merupakan pameran ORA Grand Cat yang pertama seumpamanya di Thailand, coupe elektrik sepenuhnya premium pertama daripada jenama ORA. Reka bentuk luarnya menonjol dengan ciri kemewahan dan kemodenan, menampilkan bumbung kaca, geriji salur masuk udara aktif, spoiler belakang elektrik dan bunyi sintetik ekzos untuk pengalaman pemanduan yang bergaya.

ORA Grand Cat turut didatangkan dengan sistem navigasi pintar ORA Autopilot 3.0 untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih pintar. Ruang dalam menampilkan skrin sentuh multimedia 12.3-inci, paparan maklumat pemanduan 10.25-inci, 11 pembesar suara infiniti dengan penguat bebas serta tempat duduk pemandu dan penumpang elektrik dengan sistem urut dan sistem penyejukan, lalu menyediakan keselesaan dan kesenangan terbaik.

Alami tahap bergaya seterusnya bagi HAVAL H6 Hybrid SUV Baharu

GWM mengukuhkan pencapaian legenda HAVAL H6, yang telah merampas kedudukan kepimpinan bagi segmen SUV kompak tempatan selama sepuluh bulan berturut-turut (Januari-Oktober 2022), memperkenalkan versi yang dipertingkat dengan reka bentuk yang lebih bergaya serta keselesaan dan kemudahan peringkat seterusnya.

HAVAL H6 Hybrid SUV Baharu adalah luar biasa, dengan geriji depan matriks bintang dan padat dengan teknologi canggih yang terbaik dalam kelasnya. Kenderaan ini dibina pada Platform L.E.M.O.N GWM modular pintar yang boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis enjin. Ia dikuasakan oleh enjin turbo 1.5-liter digabungkan dengan motor elektrik dan sistem hibrid elektrik DHT berbilang mod.

TANK500 HEV bawakan versatiliti dan keseronokan "hidup tanpa had"

Memaparkan kombinasinya antara keanggunan dan kekuatan untuk pemanduan empat roda, TANK500 HEV membawakan ciri keserbabolehan dan keseronokan "hidup tanpa had". Model ini dilengkapi dengan kombinasi kuasa hibrid 2.0T+9HAT (2.0 Liter Turbo+9-kelajuan Transmisi Automatik Hidraulik).

Model ini dikuasakan oleh pacuan empat roda pintar yang terkini dan sistem bantuan pemanduan pintar seperti TANK Turn yang dapat membelok di selekoh pada tempat sempit dengan mudah. Elektrik depan dan belakang mengawal kunci pembeza yang dapat membantu memindahkan daya roda untuk mengelakkan gelinciran roda, berserta pelbagai mod pemanduan luar jalan yang dilaraskan secara automatik apabila permukaan pemanduan berubah.

Elliot Zhang, Presiden GWM ASEAN, berkata: "Sejak pelancaran rasmi kami di Thailand pada bulan Februari lalu, GWM, selaku peneraju xEV, berpegang kepada strategi pembezaan kami untuk mencipta produk dan perkhidmatan berkualiti, pengalaman baharu dan teknologi canggih untuk pengguna Thai."

Ketika ini, GWM mempercepatkan transformasi tenaga baharunya dan akan memperkenalkan lebih banyak model tenaga baharu ke lebih banyak pasaran, bagi membawa pengalaman mobiliti yang bersih dan pintar kepada pengguna.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities New products/services Trade show news