omniture

Vantage perkenal Dagangan Sosial untuk menjadikan dagangan lebih interaktif

Vantage
2022-12-01 23:16 86

Vantage App turut tersedia pada lebih banyak model telefon

PORT VILA, Vanuatu, 1 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Vantage (atau "Vantage Markets"), broker berbilang aset, melancarkan dagangan sosial pada Vantage App, menjadikannya aplikasi dagangan semua-dalam-satu yang menyokong baik dagangan biasa mahupun dagangan sosial.

Lian Jie, Assistant App Marketing Director, Vantage
Lian Jie, Assistant App Marketing Director, Vantage

Dagangan sosial ialah ciri inovatif yang menukar dagangan menjadi acara sosial: Pedagang berpengalaman boleh berkongsi strategi dagangan mereka sebagai penyedia isyarat. Pedagang pemula akan berupaya mengikuti pelbagai penyedia isyarat, memperoleh pandangan daripada pelabur yang berpengalaman dan memperdagangkan strategi mereka dengan mencerminkan dagangan pihak-pihak lain.

Vantage App menawarkan akses kepada lebih 1000 instrumen dagangan termasuk CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Tenaga, Saham, ETF dan Bon.

Ia mempunyai navigasi dalam-aplikasi yang intuitif dan menyediakan rangkaian carta, alat teknikal, jenis pesanan, laporan dan pemakluman dagangan diperibadikan yang komprehensif. Disediakan dalam 14 bahasa, Vantage App turut menawarkan analisis pasaran dan berita pasaran yang dikuasakan oleh Trading Central dan FX Street.

Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap dagangan mudah alih dalam pasaran bertumpu mudah alih, kini Vantage App disokong pada peranti OPPO, VIVO, Huawei, Xiaomi dan Samsung selain daripada peranti iOS dan Android.

Lian Jie, Penolong Pengarah Pemasaran Aplikasi di Vantage menjelaskan bagaimana ciri baharu ini merevolusikan industri CFD tradisional. "Memandangkan profil pelabur aktif kami menjadi lebih muda, pelanggan kami lebih bersedia untuk meneroka dan menerima pakai kaedah-kaedah dagangan yang inovatif seperti dagangan sosial, melangkaui kaedah-kaedah dagangan tradisional. Di Vantage, kami memahami bagaimana teknologi dan inovasi dapat melangkaui sempadan, maka kami telah memanfaatkan kuasa teknologi dalam Vantage App kami untuk memenuhi keperluan generasi akan datang dan menyediakan pengalaman yang lancar dan mudah untuk semua pelanggan kami."

Latar Belakang Vantage 

Vantage (Vantage Global Limited (VFSC 700271) ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan. Muat turun Vantage App di App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

Vantage introduces Social Trading to make trading more interactive
Vantage introduces Social Trading to make trading more interactive

 

 

 

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Hispanic-oriented news New products/services Financial Technology