omniture

CGTN: Bagaimana China, Laos menggalakkan pembinaan komuniti insan dengan masa depan dikongsi bersama?

CGTN
2022-12-02 07:58 71

BEIJING, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Sejak pelancarannya dalam bulan Disember 2021, China-Laos Railway, sebuah projek mercu tanda yang menghubungkan Kunming di Wilayah Yunnan, barat daya China dengan ibu kota Lao, Vientiane, telah menunjukkan kelebihannya dan kesan yang menggalakkan dalam pengangkutan penumpang dan barang.

Menurut Laos-China Railway Co., Ltd. (LCRC), satu usaha sama yang berpangkalan di Vientiane dan bertanggungjawab untuk operasi bahagian Lao kereta api tersebut, setakat ini, bahagian Lao untuk China-Laos Railway telah menghantar sejumlah kira-kira 2 juta tan barang, kebanyakannya merupakan barang-barang rentas sempadan dan membawa 1.26 juta penumpang.

Pertemuan dengan Thongloun Sisoulith yang melawat, iaitu setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusioner Rakyat Lao dan presiden Lao, Presiden Cina Xi Jinping berkata pada hari Rabu bahawa melalui usaha sama, kedua-dua pihak telah menjadikan China-Laos Railway sebagai jalan pembangunan, kebahagiaan dan persahabatan untuk rakyat daripada kedua-dua negara tersebut.

Xi berkata ini bukan sahaja membawa banyak faedah kepada rakyat daripada kedua-dua negara tersebut, tetapi turut menyediakan model untuk membangunkan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) serta menggalakkan pembinaan komuniti insan dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Meratapi kematian Komrad Jiang Zemin

Xi bermula dengan memberitahu Thongloun bahawa Komrad Jiang Zemin telah meninggal dunia pada awal hari itu di Shanghai selepas semua rawatan perubatan gagal.

Komrad Jiang ialah seorang pemimpin luar biasa yang menikmati martabat tinggi yang diiktiraf oleh seluruh Parti, seluruh tentera dan rakyat Cina daripada semua kumpulan etnik, seorang penganut fahaman Marxisme yang hebat, seorang revolusioner proletariat yang hebat, negarawan, ahli strategi ketenteraan dan diplomat, seorang pejuang komunis yang telah lama diuji serta seorang pemimpin cemerlang bagi perjuangan besar sosialisme dengan ciri-ciri Cina. Beliau merupakan individu penting daripada generasi ketiga kepimpinan kolektif pusat CPC dan pengasas utama Theory of Three Represents, tegas Xi.

Thongloun merakamkan ucapan takziah yang mendalam atas kematian Komrad Jiang, berkata bahawa ini merupakan satu kehilangan yang besar untuk CPC dan juga rakyat Cina dan Parti beliau dan juga rakyat Lao turut merasakan hal yang sama.

Menggelar Jiang sebagai teman rapat pihak Lao, Thongloun berkata lawatan Jiang ke Laos dalam tahun 2000 memainkan peranan peneraju yang penting dalam pembangunan hubungan Lao-Cina, memandangkan Jiang mencadangkan prinsip kestabilan jangka panjang, kejiranan yang baik, kepercayaan bersama dan kerjasama yang komprehensif.

Pada hari Rabu, Xi dan Thongloun mengulangi bahawa kedua-dua pihak berpegang teguh kepada prinsip ini dan berikrar untuk menjunjung semangat menjadi jiran, rakan, komrad dan rakan kongsi yang baik.

Kerjasama saling menguntungkan

Dalam bulan April 2019, China dan Laos menandatangani satu pelan tindakan untuk bersama-sama membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama. Sejak itu, kerjasama yang membuahkan hasil telah dapat dicapai dan China-Laos Railway merupakan satu contoh jelas.

Xi memberitahu presiden Lao bahawa China akan menggalakkan lebih banyak perusahaan Cina untuk melabur di Laos, mengalu-alukan lebih banyak produk berkualiti tinggi daripada pihak Lao untuk menembusi pasaran Cina dan terus memberi bantuan kepada pihak Lao untuk meringankan kesulitan yang dihadapi olehnya ketika ini.

Beliau menambah bahawa kedua-dua pihak harus terus meluaskan pertukaran dan kerjasamaa dalam bidang sains dan teknologi, pendidikan, budaya, pelancongan, kesihatan, belia dan bidang-bidang lain serta menggalakkan hubungan rakyat-dengan-rakyat.

Pada masa kini, China telah menjadi rakan dagangan kedua terbesar dan negara dengan pelaburan langsung asing yang terbesar di Laos.

Menurut Kementerian Luar China, setakat Februari 2022, China melabur sejumlah $13.27 bilion dalam pelbagai jenis pelaburan di Laos. Dalam kapasitinya, China memberi bantuan kepada Laos dalam bentuk bantuan tidak boleh bayar balik, pinjaman tanpa faedah atau pinjaman keutamaan dalam bidang bahan, bantuan projek lengkap, latihan kakitangan dan sokongan teknikal.

China menjadi tumpuan utama

China bersedia untuk mempererat koordinasi dan kerjasama dengan pihak Lao dalam rangka kerja Kerjasama Lancang-Mekong dan kerjasama China-ASEAN, menggalakkan nilai-nilai kemanusiaan bersama dan bersama-sama mengekalkan keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran dunia, ujar Xi.

Thongloun berkata bahawa di bawah perubahan yang merumitkan yang sedang dialami oleh dunia, China menjadi tumpuan utama untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia serta komited untuk menggalakkan pembangunan bersama dan membina komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-30/Xi-holds-talks-with-Lao-president-1fnZjFTRH1K/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation