Bertujuan untuk meningkatkan daya saing dan kemampanan jangka panjang industri logistik melalui automasi, robotik dan pendigitalan.
SINGAPURA, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- OMRON, peneraju global dalam automasi kilang termasuk penyelesaian Industri 4.0, telah mengumumkan pembukaan Pusat Automasi Pertamanya secara eksklusif untuk Industri Logistik di Singapura, Asia Tenggara dan Oceania. Ini ialah Pusat Automasi kedua OMRON di Singapura, keenam APAC dan ke-38 di seluruh dunia.
Penyelesaian robot pemilihan palet OMRON dipamerkan di AUTOMATION CENTER SINGAPORE untuk Logistik OMRON yang baru dilancarkan
Dinamakan sebagai OMRON AUTOMATION CENTER SINGAPORE untuk Logistik, ia merupakan salah satu pusat pembangunan penyelesaian pertama yang menyokong penggunaan Rangka Kerja Perisian Perantara Robotik (RMF) dalam sektor logistik. Ia akan membolehkan dan mempamerkan kesalingoperasian antara sistem multi-robot (MRS) yang kompleks dan heterogen. Ini merupakan langkah penting ke arah membolehkan kerjasama mesin-manusia yang lebih kukuh dan lancar, di mana robot mudah alih yang menggunakan infrastruktur semula jadi atau sedia ada dalam gudang melakukan pergerakan autonomi barangan (mengendalikan, memindahkan dan menyimpan aset gudang) semasa mereka bekerja bersama tenaga kerja manusia di ruang perniagaan.
Menzahirkan semangat dan keterujaannya semasa merasmikan pusat itu, Encik Junta Tsujinaga, Presiden Syarikat, Industrial Automation Company OMRON Corporation berkata, "Langkah itu menunjukkan lonjakan besar bagi OMRON ke arah merealisasikan visi kami "Memperkaya Masa Depan untuk Orang Ramai, Industri dan Dunia dengan Automasi inovatif" melalui peluasan kehadiran & capaian OMRON AUTOMATION CENTER dalam industri khusus yang berkembang. Visi jangka panjang kami— Membentuk Masa Depan 2030 (SF 2030)—mengambil kira dunia pembuatan yang dinamik, pelbagai dan kompleks yang diterajui oleh Industri 4.0 dan pendigitalan. Dengan pengetahuan dan tahap kematangan yang pelbagai di rantau ini dalam automasi, kami percaya bahawa keupayaan unik kami berdasarkan keharmonian manusia-mesin dan kerjasama dengan organisasi yang berfikrah sealiran akan membolehkan evolusi teknologi merealisasikan transformasi industri Logistik kepada Logistik 4.0 dan lebih banyak gudang diautomasikan."
Pusat ini menyasarkan untuk bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dalam ekosistem robotik dan automasi untuk memangkinkan penggunaan Logistik 4.0 di Asia Pasifik dengan menangani beberapa isu terbesarnya—seperti kekurangan buruh, ruang terhad, gangguan rantaian bekalan dan keadaan mendesak untuk memanfaatkan teknologi yang mampan untuk kekal berdaya tahan sambil memaksimumkan daya saing. Ia akan membantu menangani keperluan yang semakin meningkat di rantau ini untuk automasi gudang, yang dijangka meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun melebihi 14% dalam tempoh 5 tahun akan datang, dengan peningkatan yang lebih tinggi di kedua-dua negara maju dan sedang pesat membangun di Asia Pasifik.(1)
"Acara hari ini menandakan peristiwa penting dalam mengukuhkan komitmen OMRON untuk menjawab isu sosial dan keperluan sektor tumpuannya dengan penyelesaian Automasi yang inovatif. Industri logistik di seluruh Singapura dan banyak lagi negara Asia Pasifik terus mengalami pertumbuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini walaupun menghadapi banyak cabaran. Saya percaya bahawa rantaian bekalan yang dinamik dan berdaya tahan merupakan salah satu keperluan terpenting bagi rantau ini untuk kekal berdaya saing di peringkat global dan bersedia untuk masa hadapan," kata Encik Don Teng, Pengarah Urusan, OMRON Asia Pacific. "OMRON AUTOMATION CENTER Singapore untuk Logistik akan membolehkan penggiat industri di Asia Pasifik menguji, membangun dan menggunakan penyelesaian automasi yang inovatif untuk merevolusikan aliran kerja dan menyelaraskan operasi, yang akan bertindak sebagai pendorong besar kepada pertumbuhan masa depan mereka."
Pusat ini adalah kemudahan unik yang menempatkan banyak penyelesaian untuk intralogistik seperti demonstrasi operasi pusat pemenuhan hujung ke hujung menggunakan robot kolaboratif dan penyelesaian robot mudah alih tersuai menggunakan navigasi ciri semula jadi untuk melaksanakan pergerakan bahan secara autonomi, pilihan berpandukan penglihatan 3D, dan penyelesaian palet, saling operasi robot mudah alih menggunakan RMF, sel latihan logistik serta pelbagai teknologi yang membolehkan operasi mampan.
Encik Swami V Ramamurthy, Ketua Bahagian Perniagaan Robotik, OMRON Asia Pacific, berkata, "Penyelesaian intralogistik terhubung OMRON dan keupayaan analitik masa sebebnar, termasuk robotik berpandu penglihatan 3D dan penyelesaian robot mudah alih tersuai, akan membuatkan pelanggan kami memanfaatkan kuasa data untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih pantas dan lebih bijak, sekali gus memberikan mereka kelebihan daya saing dalam memacu penambahbaikan berterusan di sepanjang perjalanan. Tambahan pula, pusat ini akan menjadi transformatif untuk industri dengan membantu organisasi mencapai neutraliti karbon dengan peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti yang dipertingkat menandakan peralihan kepada Logistik 4.0."
OMRON merancang untuk bekerja secara aktif dengan syarikat teknologi, penyepadu sistem dan syarikat pemula dengan penawaran teknologi yang berkaitan dengan industri logistik untuk merintis penyelesaian automasi gudang yang memenuhi keperluan khusus pusat pemenuhan 3PL dan 4PL, penyedia e-dagang dan pengguna akhir pengurusan gudang yang lain.
Sempena pelancaran itu, OMRON juga memulakan perkongsian dengan ROS-I Consortium Asia Pacific, yang diuruskan oleh A*STAR's ARTC( 2) untuk memudahkan inkubasi dan pembangunan keupayaan dan aplikasi yang memanfaatkan Rangka Kerja Perisian Perantara Robotik (RMF) untuk industri logistik. Perkongsian itu juga bertujuan untuk membangunkan piawaian biasa untuk robotik dan automasi yang boleh digunakan secara global dengan memanfaatkan penyelesaian robot mudah alih tersuai OMRON dan menggunakan pusat itu sebagai kemudahan peralatan tempat ujian untuk memodelkan RMF dalam logistik.
"Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan OMRON dalam menerajui penggunaan rangka kerja dalam industri logistik, sambil menggalakkan pelaksanaan secara berskala untuk industri dan aplikasi merentas sektor yang lain," kata Dr Wong Chow Cher, Penolong Ketua Eksekutif, ARTC, A*STAR.
(2) A*STAR : Agency for Science, Technology and Research ; ARTC : Advanced Remanufacturing and Technology Centre |