omniture

WARHAMMER 40,000: DARKTIDE KINI TERSEDIA

Fatshark
2022-12-02 11:02 40

Hari ini, Si Terbuang Bangkit pada PC Berhampiran Anda 

STOCKHOLM, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, pembangun bebas Fatshark dengan bangganya melancarkan permainan kooperatif 4 Pemain Warhammer 40,000: Darktide pada komputer peribadi (PC) melalui Steam, Microsoft Store, dan juga melalui PC Game Pass dan GeForce Now.

Penantian telah Berakhir. Selamat Datang ke Tertium

Darktide ialah surat cinta daripada Fatshark untuk dunia Warhammer 40,000 dan kesemua pemain yang ingin bermain di dalamnya. Masuk ke bandar sarang Tertium yang terbentang luas dan bongkar misterinya secara perlahan-lahan bersama tiga ahli pasukan anda. Tidak akan ada pasukan bantuan. Tiada bantuan - anda merupakan barisan pertahanan terakhir. Menderita bersama atau mati sendirian apabila mereka yang terbuang bangkit.

Karakter Anda. Gaya Permainan Anda
Pilih kelas anda dan cipta karakter unik anda dengan semua benda bermula daripada rambut, pakaian dan tatu hinggalah sikap dan suara. Pilih senjata pilihan anda untuk dipadankan dengan gaya permainan anda dan cipta pasukan sempurna anda.

Masa Depan Cerah dalam Dunia Gelap yang Suram
Pelancaran hanyalah permulaan. Permainan ini akan maju dan berkembang pada bertahun-tahun mendatang, dengan kemas kini kualiti hidup yang lebih kerap dan model perkhidmatan bermusim suku tahunan yang dirancang.

Beli di Steam
https://store.steampowered.com/app/1361210/Warhammer_40000_Darktide/

Beli di Microsoft Store
https://www.microsoft.com/en-gb/p/warhammer-40-000-darktide/9pcts77msz3f 

Terus dapatkan perkembangan terkini mengenai semua perkara
www.playdarktide.com 

Sertai Discord 
https://www.playdarktide.com/discord 

Warhammer 40,000: Darktide

Susulan francais Vermintide Fatshark paling laris terjual dan memenangi anugerah, Warhammer 40,000: Darktide yang amat dinanti-nantikan ini merupakan permainan aksi kooperatif 4-pemain yang sengit, bertempat di bandar sarang Tertium. Berjuang bersama rakan-rakan anda menentang gerombolan musuh dalam pengalaman Warhammer 40,000 yang baharu ini. Sejak Warhammer 40,000: Darktide diumumkan, ia menjadi permainan kekal pada Steam Top 10 untuk permainan yang paling diingini. Tarikh pelancaran untuk Xbox Series X|S akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kesemua pemilik Vermintide atau Vermintide 2 yang membeli Darktide akan menerima Devoted Rejects Pack secara percuma pada 1 Disember. Pek ini mengandungi lima kosmetik penyesuaian wajah dan tatu unik yang diinspirasikan oleh wira-wira Vermintide.

Latar Belakang Fatshark®

Fatshark beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan ditubuhkan pada tahun 2007. Lebih daripada 100 pembangun permainan yang berpengalaman menjadi sebahagian daripada pembangun bebas dan kami berusaha untuk mencipta pengalaman interaktif yang menarik. Selain daripada Warhammer 40,000: Darktide, sebelum ini pasukan ini telah membangunkan judul-judul termasuk Warhammer: Vermintide 2, Warhammer: End Times - Vermintide, Lead and Gold, Krater dan War of the Roses. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.fatsharkgames.com

 

Source: Fatshark
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services