omniture

Tencent Tonjolkan Wawasan Global dan Strateginya untuk Menerajui Gelombang Awan Seterusnya di Sidang Kemuncak Unggulan

Tencent
2022-12-02 15:29 83

Sidang kemuncak unggulan tahunan berserta sidang kemuncak antarabangsa pertama seumpamanya bagi memaparkan bagaimana internet perindustrian dan kepakaran awan Tencent dapat membantu perniagaan berjaya secara global dalam transformasi digital

SINGAPURA, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Tencent memperkenalkan Sidang Kemuncak Ekosistem Digital Global yang pertama seumpamanya di Sidang Kemuncak Ekosistem Digital tahunannya yang diadakan pada 30 November dan 1 Disember di Shenzhen, dalam usaha untuk mempererat hubungan syarikat dengan khalayak antarabangsa.

Tencent memperkenalkan Sidang Kemuncak Ekosistem Digital Global yang terulungnya di Sidang Kemuncak Ekosistem Digital yang diadakan pada 30 November dan 1 Disember di Shenzhen.
Tencent memperkenalkan Sidang Kemuncak Ekosistem Digital Global yang terulungnya di Sidang Kemuncak Ekosistem Digital yang diadakan pada 30 November dan 1 Disember di Shenzhen.

Tencent Cloud dan pemimpin-pemimpin dan pakar-pakar Smart Industries Group (CSIG) serta rakan-rakan niaga strategik, berhimpun untuk berkongsi wawasan mereka untuk masa depan awan, penumpuan imersif, Web 3.0 dan strategi terperinci yang lain untuk mempercepatkan pertumbuhan antarabangsa, di samping memaparkan portfolio kisah kejayaan perniagaan yang pelbagai berhubung penyepaduan penyelesaian awan ke dalam permainan, teknologi kewangan, komunikasi sosial, hiburan, e-dagang dan vertikal-vertikal lain.

Internet Perindustrian: Mendorong Kejayaan Kolektif dalam Pelbagai Industri

Ketika Tencent berusaha untuk mewujudkan selanjutnya pertumbuhan yang mampan, Dowson Tong, Naib Presiden Eksekutif Kanan Tencent dan Presiden CSIG menekankan 'Immersive Convergence' sebagai strategi penting dan hala tuju untuk rancangan masa depan syarikat, "Penumpuan antara dunia fizikal dan maya kita sedang mengubah cara kita menjalani kehidupan. Memanfaatkan teknologi dan penyelesaian ketersambungan kami, kami akan terus memacu inovasi untuk perusahaan bagi merangsang daya saing digital mereka."

Tencent telahpun menerajui evolusi Internet Perindustrian, mencipta penyelesaian perusahaan yang inovatif bagi meningkatkan prestasi dan membawa nilai perniagaan. Hari ini, platform komunikasi perusahaan Tencent, WeCom menghubungkan lebih 10 juta organisasi dengan 500 juta pengguna aktif Weixin/WeChat. Alat sidang awan Tencent, Tencent Meeting/VooV Meeting menyokong lebih daripada 300 juta pengguna di seluruh dunia, manakala perkhidmatan e-tandatangan berkuasa blok rantainya menyokong berjuta-juta pengguna unutk menyiapkan penandatanganan kontrak hanya dalam 15 saat. Lebih daripada tiga juta pembangun juga telahpun menggunakan Tencent CloudBase untuk mencipta program mini, menggunakan aplikasi web dan membangunkan aplikasi mudah alih.

Ekosistem Rakan Kongsi Global: Mencipta bersama Nilai Perniagaan

Menjelang tahun ketujuh beroperasi dalam pasaran antarabangsa, Tencent Cloud telahpun mencapai kemajuan penting dalam menyokong pertumbuhan perusahaan secara global serta pengembangan mereka ke China - termasuk syarikat-syarikat Fortune Global 500 seperti BMW Group, Sanofi dan Novartis.

Tahun ini, Tencent Cloud turut melancarkan program rakan kongsi global pertamanya, bertujuan untuk memupuk ekosistem rakan kongsi yang lebih kukuh dan lebih pelbagai di serata dunia – termasuk lebih banyak rakan saluran, rakan teknologi, penyedia perkhidmatan dan rakan perunding – untuk menyokong transformasi digital global. Setakat ini, Tencent telah membina lebih daripada 400 penyelesaian tersuai untuk lebih 10,000 rakan kongsi – menawarkan perkhidmatan secara bersama kepada 2 juta pelanggan dalam perjalanan transformasi digital mereka. Ekosistem rakan kongsi Tencent Cloud menjana sehingga satu pertiga daripada hasil keseluruhannya.

Tencent Cloud terus menyaksikan trajektori pertumbuhan menaik dan ia kini beralih untuk melanjutkan pengembangan ke Amerika Latin dan Timur Tengah. Baru-baru ini, Tencent Cloud beroperasi di lima wilayah dan pasaran penting – Hong Kong & Macau, Asia Tenggara, Asia Timur Laut, Eropah dan benua Amerika.

Tong menambah "Menuju ke hadapan, kami akan terus melabur dalam pasaran global untuk perniagaan awan dan perisian kami dengan meluaskan liputan infrastruktur luar negara kami, membangunkan jaringan integrasi tempatan dan perkongsian perkhidmatan kami, serta memperkayakan tawaran produk kami berkisarkan awan, video, AI, pangkalan data dan keselamatan rangkaian untuk pasaran antarabangsa. Kesemua ini dengan matlamat untuk membina portfolio produk yang kompetitif dan perniagaan teknologi yang mampan menawarkan perkhidmatan dan berkembang bersama pelanggan dan rakan kongsi global kami tatkala dunia menerima transformasi digital."

Tahun lalu, Tencent Cloud membuka enam pusat data baharu di Bangkok, Frankfurt, Hong Kong, Jakarta, Tokyo dan Sao Paulo, menjadikan jumlahnya kepada 26 kawasan geografi di lima benua dan 70 zon ketersediaan serta kapasiti storan tahap eksabait. Jaringan penghantaran kandungannya menggunakan 2,800 nod pecutan di seluruh dunia.

Gelombang Awan Seterusnya: Memperkasa Rakan Kongsi dalam Era Web 3.0

Terkenal dengan kepakarannya dalam awan dan pengalaman selama bertahun-tahun dalam bidang permainan, penyelesaian audio dan video, Tencent Cloud menyediakan asas yang kukuh dan andal untuk perniagaan beradaptasi dan berkembang menuju Web 3.0.

Poshu Yeung, Naib Presiden Kanan, Tencent Cloud International menyatakan bahawa semakin ramai rakan kongsi global yang ingin mengintegrasikan operasi dan perkhidmatan mereka untuk beradaptasi dan berkembang menuju Web 3.0.
Poshu Yeung, Naib Presiden Kanan, Tencent Cloud International menyatakan bahawa semakin ramai rakan kongsi global yang ingin mengintegrasikan operasi dan perkhidmatan mereka untuk beradaptasi dan berkembang menuju Web 3.0.

Poshu Yeung, Naib Presiden Kanan, Tencent Cloud International menyatakan selanjutnya bahawa semakin banyak rakan kongsi global yang ingin mengintegrasikan operasi dan perkhidmatan mereka untuk beradaptasi dan berkembang menuju Web 3.0. Beliau menambah, "Bermula dengan menyediakan infrastruktur hiperskala terbaik untuk mencipta kedai sehenti untuk penyelesaian awan, kami menyasarkan untuk menyokong komuniti Web 3.0 bagi menerima pakai teknologi yang kritikal seperti Internet Pelbagai Benda, Komunikasi Waktu-Sebenar Tencent (TRTC), realiti lanjutan, interaksi jarak jauh dan berbilang deria, bagi memacu hubungan yang lebih mendalam antara dunia maya dan dunia sebenar."

Transformasi Digital di Asia Tenggara

Semasa berlangsungnya sidang kemuncak tersebut, Tencent Cloud berkongsi lebih lanjut tentang bagaimana ia memberi sokongan kepada rakan kongsi dan pelanggan merentas pelbagai industri dalam perjalanan transformasi digital mereka di seluruh Asia Tenggara, iaitu Bank Neo Commerce (BNC), STTelemedia Global Data Centres, Millennium Technology Services (MTS), Helios Informatika Nusantara (Helios), KinderWorld dan banyak lagi.

Naib Presiden Tencent Cloud, Krittee Manoleehagul Asia Tenggara turut bersetuju dengan keupayaan Tencent Cloud sebagai pengupaya digital bagi "menyediakan teknologi awan yang selamat, andal dan pintar bagi menyokong perusahaan untuk meningkatkan ketangkasan perniagaan mereka." Manoleehagul turut menambah, "Web 3.0 ialah industri tumpuan baharu dan merupakan lanjutan yang dijangkakan daripada perkhidmatan internet Tencent."

Sebagai contoh, sejak penerimaan Tencent Cloud Distributed Database (TDSQL), Bank Neo Commerce (BNC), sebuah bank digital yang beribu pejabat di Indonesia, kini dapat memproses 2 juta transaksi dan 150,000 pelepasan pinjaman sehari. Ini dapat memberi sokongan yang andal dan berkuasa kepada lebih daripada 50% pertumbuhan pengguna aktif bulanan BNC dan 20 juta penggunanya serta 35 juta akaun yang diperoleh setiap tahun.

Dalam satu lagi contoh, STTelemedia Global Data Centres (STT GDC) telah berkolaborasi dengan Tencent Cloud untuk menyediakan penyelesaian bangunan pintar untuk STT Bangkok 1, sebuah pusat data neutral-pembawa di STT Bangkok Data Centre Campus yang terletak di Hua Mak, salah satu kawasan perniagaan utama Bangkok. Dengan penerimaan Tencent Cloud Weiling, STT Bangkok 1 telah menjadi bangunan pintar pertama Thailand dengan Instavue dan pelaksanaan perkhidmatan sekuriti pangkalan data (DBSS) serta pengurusan visual 3D Raydata dan kini berupaya untuk menyampaikan sehingga 20 MW dan meningkat kepada 40 MW daripada jumlah kapasiti muatan IT, bagi menyokong kehendak pengembangan perniagaan pelanggan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.tencentcloud.com

Latar Belakang Sidang Kemuncak Ekosistem Digital Tencent 2022

Sidang Kemuncak Ekosistem Digital Tencent ialah sebuah acara tahunan Tencent Group yang menghadapi Internet perindustrian dengan spesifikasi tertinggi, skala terbesar dan liputan paling luas. Sidang Kemuncak Ekosistem Digital Tencent 2022 bertujuan untuk mengumpul kebijaksanaan dan pandangan global menjadi peluang baharu untuk pembangunan industri, menggambarkan pelan tindakan pembangunan teknologi-teknologi penting seperti awan, AI, data raya dan sekuriti serta memaparkan keputusan kajian terkini Tencent, perancangan strategik, teknologi canggih, produk dan penyelesaian teras. Persidangan ini menghimpunkan amalan terbaik industri yang dikumpul oleh rakan-rakan kongsi ekologi digital global Tencent dalam proses untuk mempromosikan "pendigitalan perindustrian" dan "industrialisasi digital". Ia dianggap sebagai antara muka panoramik untuk perusahaan, rakan kongsi, pembangun dan orang awam bagi memahami ekologi digital Tencent.

Latar Belakang Tencent Cloud

Tencent Cloud, salah sebuah syarikat awan yang terkemuka di dunia, komited untuk mencipta penyelesaian yang inovatif bagi menyelesaikan isu-isu dunia sebenar dan mengupayakan transformasi digital untuk industri-industri pintar. Melalui infrastruktur global kami yang luas, Tencent Cloud menyediakan kepada perniagaan di seluruh dunia dengan produk serta perkhidmatan awan terkemuka dalam industri yang selamat dan terjamin, memanfaatkan kemajuan teknologi seperti pengkomputeran awan, Analitik Data Raya, AI, IoT dan sekuriti rangkaian. Ia merupakan misi berterusan kami untuk memenuhi keperluan industri-industri secara menyeluruh, termasuk bidang permainan, media dan hiburan, kewangan, penjagaan kesihatan, hartanah, runcit, perjalanan dan pengangkutan.

Latar Belakang Tencent

Tencent menggunakan teknologi untuk memperkayakan kehidupan pengguna Internet. Perkhidmatan komunikasi dan sosial kami, Weixin dan QQ, menghubungkan pengguna dengan satu sama lain dan dengan kandungan serta perkhidmatan digital, baik secara dalam talian mahupun luar talian, menjadikan kehidupan mereka lebih senang. Perkhidmatan pengiklanan bersasar kami membantu pengiklan mendekati ratusan juta pengguna di China. Teknologi kewangan (FinTech) dan perkhidmatan perniagaan kami menyokong pertumbuhan perniagaan rakan kongsi kami dan juga membantu penaiktarafan digital mereka. Tencent melabur dengan amat banyak dalam bakat dan inovasi teknologi, seterusnya menggalakkan pembangunan industri Internet secara aktif. Tencent ditubuhkan pada tahun Shenzhen, China, dalam tahun 1998. Saham Tencent (00700.HK) disenaraikan pada Papan Utama Stock Exchange of Hong Kong.

Source: Tencent
Keywords: Banking/Financial Service Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Trade show news Financial Technology Future Events