NUR-SULTAN, Kazakhstan, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 29 November 2022, mesyuarat Perikatan Pemimpin Global untuk Keselamatan Nuklear dan Dunia Tanpa Senjata Nuklear (GAL) yang menyatukan para pemimpin politik, diplomat, pakar, pemenang hadiah keamanan Nobel dan ketua-ketua NGO antarabangsa dari 45 buah negara, telah diadakan di forum Dialog of Continents di Paris.
Para pesertanya membincangkan tentang cabaran berkenaan peperangan di Ukraine semasa sesi "Bagaimana untuk mengelakkan perang nuklear?".
Dalam ucapan beliau, Angela Kane, bekas Timbalan Setiausaha Agung PBB menekankan bahawa pencetusan krisis nuklear berkemungkinan untuk berlaku dalam krisis geopolitik semasa.
"Pada masa ini terdapat dua risiko. Yang pertama ialah pemusnahan loji kuasa nuklear di Zaporizhzhia yang boleh mengakibatkan bencana nuklear. Senario kedua adalah kemungkinan menggunakan senjata nuklear. Konflik ini mensia-siakan semua kemajuan dalam bidang kawalan senjata yang dikekalkan sejak 60 tahun yang lalu," - tegas pakar tersebut.
Seterusnya, Urban Rusnak, mantan Setiausaha Agung Piagam Tenaga merangkap Duta Kementerian Hal Ehwal Luar Negara bagi Republik Slovak menyatakan bahawa berdasarkan peristiwa antarabangsa yang berlaku baru-baru ini, langkah-langkah yang diambil oleh Kazakhstan bagi menyahnuklear secara sukarela adalah disebabkan nilai tertentu.
"Situasi di Ukraine, seperti yang pernah dilalui oleh Kazakhstan, mempunyai potensi berlakunya krisis nuklear dan melalui proses menyahnuklear yang amat membimbangkan semua pihak. Sehingga baru-baru ini, adalah sukar untuk membayangkan bahawa kemudahan infrastruktur nuklear boleh menjadi sasaran serangan," - tegas penceramah tersebut.
Ariel Cohen, Felo Kanan Atlantic Council merangkap Pengarah Program Tenaga dan Keselamatan (ITIC) menumpukan perhatian khalayak kepada impak insiden yang melibatkan reaktor nuklear dalam zon perang.
"Jika keselamatan reaktor nuklear Zaporizhzhia terjejas, itu akan menimbulkan kesan bencana bukan hanya untuk Ukraine, tetapi juga untuk keselamatan nuklear secara amnya. Mekanisme antarabangsa untuk memastikan keselamatan reaktor kuasa nuklear tidak berfungsi," - jelas pakar tersebut merumuskannya.
Merumuskan sesi tersebut, Kairat Abuseitov, seorang diplomat Kazakhstan yang terkenal dari Nursultan Nazarbayev Foundation menyatakan bahawa Kazakhstan mempunyai contoh penyahnuklear secara sukarela yang unik.
"Negara ini memiliki senjata nuklear keempat terbesar di dunia (pada tahun 1991). Kazakhstan mempunyai hak untuk menjadi negara senjata nuklear. Tetapi ia memilih laluan yang berbeza," - jelas penceramah tersebut menyimpulkannya.
Kesimpulannya, para peserta bersetuju bahawa kekurangan kemahuan politik untuk menyelesaikan isu-isu pengawalan senjata nuklear akan membawa kepada pencetusan krisis selanjutnya, dan kepentingan platform dialog yang dapat memulihkan kepercayaan bersama yang pernah hilang antara negara-negara nuklear menjadi lebih penting berbanding sebelum ini.
Mesyuarat GAL telah diadakan semasa lawatan rasmi Presiden Republik Kazakhstan, Kassym-Zhomart Tokayev ke Perancis. Kazakhstan, yang menghasilkan 42% uranium dunia, membentuk kerjasama secara aktif dengan Perancis dan EU dalam bidang pengawalan senjata nuklear dan atom secara aman.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1960003/Global_Alliance_of_Leaders.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1960038/Astana_Club_Logo.jpg?p=medium600