omniture

"ASTANA CLUB" DIADAKAN DI PARIS SEMASA LAWATAN PRESIDEN KAZAKHSTAN KE PERANCIS

Astana Club
2022-12-02 16:28

NUR-SULTAN, Kazakhstan, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 29 November, Presiden Republik Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev telah melakukan lawatan bersejarah ke Perancis dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Perancis iaitu Emmanuel Macron. Kedua-dua Presiden tersebut membincangkan tentang prospek perkembangan selanjutnya bagi perkongsian strategik dan kerjasama antara dua buah negara.

"ASTANA CLUB" HELD IN PARIS DURING PRESIDENT OF KAZAKHSTAN VISIT TO FRANCE
"ASTANA CLUB" HELD IN PARIS DURING PRESIDENT OF KAZAKHSTAN VISIT TO FRANCE

Pada hari yang sama, perjumpaan Astana Club yang dianjurkan bagi menyokong lawatan Presiden Kazakhstan telah diadakan di Paris. Perjumpaan tersebut dikhususkan untuk membincang topik yang bertajuk "Greater Eurasia: building dialogue in the age of uncertainty".

Platform Astana Club sekali lagi menghimpunkan tokoh antarabangsa yang terkemuka, merangkumi ahli ekonomi terkenal dunia, Nouriel Roubini, bekas Ketua Bank Israel dan Pengerusi Group of Thirty, Jacob Frenkel, Pengerusi Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB), Klaas Knoth, Pemenang Hadiah Keamanan Nobel bagi perubahan iklim, Raekwon Chung dan ramai lagi.

Semasa sesi utamanya, Prof. Roubini menyatakan kepentingan rantau Asia Tengah untuk meneruskan dasar dalam mengimbangi kuasa-kuasa Besar yang ada. "Adalah suatu keperluan untuk mempelbagaikan sekutu yang kita ada. Tidak ada gunanya untuk kita hanya bergantung kepada Rusia, China, EU atau AS."

Dengan mengambil kira geopolitik semasa, bekas timbalan pembantu Presiden AS untuk keselamatan negara, Lisa Curtis menyatakan: "Sehingga ke hari ini, hanya segelintir sahaja yang mempersoalkan pengaruh Rusia di Asia Tengah. Walau bagaimanapun, peralihan tektonik pasti akan menimbulkan persoalan sama ada negara-negara Asia Tengah akan membiarkan negara mereka untuk terus bergantung kepada Rusia sahaja."

Cik Curtis percaya bahawa suatu peluang kini terbuka kepada dunia untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan rantau ini.  

Peter Frankopan, seorang sejarawan terkenal dari Universiti Oxford menyatakan bahawa proses penyahglobalisasian akan memerlukan satu penyesuaian baharu.

Frankopan menekankan: "Negara-negara Asia Tengah berada dalam kawasan kejiranan yang rumit. Keperluan untuk menangani antara Moscow dan Beijing memaksa negara-negara ini menggunakan pendekatan khas apabila melaksanakan dasar-dasar luar negara".

Sesi ini dikendalikan oleh Yerzhan Saltybaev, Pengarah Institut Ekonomi dan Politik Dunia dari Kazakhstan yang menyatakan bahawa "Kita sedang menyaksikan kemunculan Eurasia sebagai satu ruang ekonomi tunggal di mana Asia Tengah dan Kazakhstan mempunyai potensi yang besar untuk menjadi titik perhimpunan bagi benua ini".

Para pakar menekankan bahawa faktor utama bagi kestabilan di Eurasia adalah penyelesaian segera terhadap konflik di Ukraine. Semua peserta persidangan ini menyatakan secara khusus tentang kepentingan dan ketepatan masa lawatan Presiden Kazakhstan ke Perancis ketika menghadapi situasi politik seperti ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1960004/Astana_Club_Paris.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1960017/Astana_Club_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Astana Club
Keywords: Economic news, trends, analysis Trade show news