omniture

Bersama Lebih Baik pada Hari Pembangun Huawei (APAC) 2022: Penyelesaian industri HMS Core untuk memberi manfaat kepada lebih banyak industri vertikal

Huawei
2022-12-02 20:50 37

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Disember 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI Mobile Services (HMS), bahagian yang penting daripada Huawei Consumer Business Group, menganjurkan Hari Pembangun Huawei (Huawei Developer Day, APAC) 2022 pada pertengahan November di Kuala Lumpur, Malaysia, menghimpunkan lebih 300 rakan kongsi Huawei, penyedia kandungan, jenama dan wakil media dari seluruh rantau Asia Pasifik untuk meninjau peluang pertumbuhan dalam industri aplikasi mudah alih. Acara berkenaan memfokuskan kepada faedah-faedah yang disediakan oleh ekosistem HMS untuk industri-industri vertikal, menerusi pelancaran penyelesaian industri HMS Core baharu dan menunjukkan amalan terbaik dalam industri-industri penting.

Huawei turut memperkenalkan telefon HUAWEI Mate 50 Series unggulannya yang terkini, hanya kira-kira 10 tahun selepas HUAWEI Mate series pertamanya memasuki pasaran. Siri unggulan yang baharu ini didatangkan dengan ciri-ciri perintis, mencakupi apertur boleh laras dengan 10 saiz, kaca Kunlun tahan lama, OS EMUI 13 terkini dan kemas kini terkini untuk ekosistem HMS.

Penyelesaian industri yang merangsang perniagaan

HMS Core ialah set alat yang membantu pembangun mencipta aplikasi yang berkualiti dan telah menginovasikan teknologi bagi merangsang pertumbuhan perniagaan untuk pelbagai jenis industri. Acara berkenaan mengumumkan penyelesaian industri untuk pelbagai jenis industri, setiap satunya membantu pembangun menangani cabaran yang unik dalam bidang pilihan mereka.

Introduction of HMS Core Industry Solutions
Introduction of HMS Core Industry Solutions

Xu Zhiwu, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih, HUAWEI Hong Kong (China), menyatakan bahawa penyelesaian ini ialah hasil daripada teknologi HMS Core dan amalan rakan kongsi.

The speaker of HDD about HMS Core Media & Entertainment Industry Solution.
The speaker of HDD about HMS Core Media & Entertainment Industry Solution.

Dalam ucaptama beliau tentang penyelesaian media & hiburan, beliau memperincikan teknologi di sebaliknya yang membantu aplikasi menyampaikan kandungan yang optimum, pengalaman audiovisual yang lebih lancar, interaktiviti yang lebih luas dan pengewangan yang dipertingkat. Dengan memanfaatkan teknologi-teknologi berkenaan, aplikasi berupaya untuk menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik pada waktu memuncak untuk media baharu. Xiaohongshu, aplikasi sosial Cina dengan 200 juta MAU, berjaya mengoptimumkan pengalaman main semula videonya untuk pengguna dengan bantuan HMS Core, bagi memastikan pengguna dapat menikmati kualiti main semula yang cemerlang secara konsisten untuk video yang dimuat naik.

Satu lagi tumpuan adalah terhadap industri e-dagang, sektor yang sangat kompetitif dan menguntungkan. Penyelesaian e-dagang HMS Core direka bentuk untuk membawa aktiviti membeli-belah dalam talian ke peringkat yang lain, dengan ciri-ciri termaju seperti keasyikan visual, interaksi segera dan membeli-belah yang tidak menyusahkan.

Komitmen berterusan terhadap inovasi teknologi

Penyelesaian industri ini disokong oleh kit dan keupayaan HMS Core yang sentiasa dipertingkatkan dan diperkemaskan. Hari Pembangun Huawei (APAC) 2022 turut mempamerkan beberapa tawaran yang paling futuristik daripada HMS Core.

3D Modeling Kit yang dicipta untuk menjadikan reka bentuk 3D semudah mungkin, apabila diintegrasikan, membolehkan aplikasi untuk menghasilkan kandungan 3D dengan mudah. Teknologi AI, satu lagi sumber daya tarikan orang ramai, telah menjadi fokus utama HMS Core. ML Kit menyokong ciri-ciri termaju seperti terjemahan adegan sebenar dan terjemahan serentak manakala Video Editor Kit menyediakan rangkaian luas keupayaan penyuntingan video pintar untuk apllikasi termasuk sorotan kandungan video, pensegmenan objek, auto-senyum dan warna AI. Teknologi-teknologi ini berfungsi seiringan untuk menghasilkan kesan yang mempengaruhi fikiran, seperti yang biasa dilihat dalam fiksyen sains.

Penyampaian HMS Core menguasai imaginasi orang ramai, kerana ia menunjukkan bagaimana inovasi digital dapat memberi kuasa kepada pelbagai industri demi masa depan yang boleh diramal. HMS Core akan terus membuka keupayaan berkuasa yang membolehkan pembangun mencipta aplikasi pengubah keadaan masa depan dan memberi pengalaman aplikasi peringkat seterusnya kepada pengguna.

Latar Belakang Hari Pembangun Huawei

Hari Pembangun Huawei (Huawei Developer Day, HDD) ialah platform yang dibangunkan oleh Huawei untuk mengadakan komunikasi mendalam bersama pembangun, rakan niaga dan ramai lagi individu yang terlibat. Ia menyediakan keupayaan dan perkhidmatan terbuka yang terkini dan membawakan trend industri terkini pada peranti mudah alih kepada mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HMS Core, kunjungi laman sesawang rasmi.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications