omniture

TECNO dan Google Jalin Kerjasama secara Strategik untuk Naik Taraf Pengalaman Pengguna

TECNO
2022-12-05 21:02 21

DUBAI, UAE, 5 Disember 2022 /PRNewswire/ -- TECNO, jenama teknologi inovatif yang beroperasi dalam lebih 70 pasaran di seluruh dunia, telah memeterai perkongsian selama 3 tahun yang strategik dengan Google untuk perisian yang akan meningkatkan lagi pengalaman pengguna dan membawa dinamik yang baharu ke pasaran telefon pintar. Perkongsian ini akan membawa pengalaman pengguna yang dioptimumkan untuk telefon pintar TECNO, yang mana peranti mudah alih TECNO akan menjadi peneraju dalam menyampaikan kemas kini Android yang terkini serta memberi kuasa kepada pengalaman rentas-peranti yang lebih lancar.

Perkongsian ini membolehkan TECNO untuk terus menyampaikan kemas kini Android yang baharu tepat pada masanya. Umpamanya, TECNO merupakan antara pengeluar telefon pintar yang pertama menjadikan Android 13 Beta tersedia, melalui CAMON 19 PRO 5G pada tahun ini, lantas menawarkan antara muka yang lebih disesuaikan, prestasi permainan yang lebih baik dan mod sebelah tangan.

TECNO telah mempelopori peranti pintar termaju dan penaiktarafan ekosistem AIoT, dengan strategi AIoT "2 hingga 2 + Ganda 1 + N" bagi memacu ketersambungan rentas-peranti. "2 hingga 2" merujuk kepada penambahan individu dan rumah dengan peranti audio dan penghala, "Ganda 1" bermaksud komputer peribadi dan telefon pintar, manakala "N" diterjemahkan kepada matlamat TECNO untuk memacu kemungkinan yang tidak terhingga untuk pengguna dalam realiti yang saling terhubung dan dipacu teknologi. Bekerjasama dengan Google akan membantu TECNO meluaskan ketersambungan kepada peranti yang menggunakan internet termasuk tablet. TECNO bermatlamat untuk mencipta ekosistem yang terhubung sepenuhnya dan pintar yang akan memberi manfaat yang besar kepada individu serta pengguna perusahaan.

Tatkala TECNO merintis lebih banyak pencapaian baharu melalui perkongsian yang revolusioner, penggunanya dalam lebih daripada 70 pasaran di seluruh dunia boleh mengharapkan pengalaman yang lebih menggembirakan dan intuitif dengan ketersambungan dan kebolehcapaian yang dipertingkat.

Sebagai jenama teknologi yang moden lagi bergaya, TECNO telah merevolusikan pengalaman digital untuk pengguna dalam pasaran-pasaran memuncul, mendorong tanpa henti bagi mencapai integrasi yang sempurna untuk reka bentuk yang kontemporari dan estetik menerusi teknologi terkini. Hari ini, TECNO telah membangun menjadi peneraju yang diiktiraf dalam pasaran-pasaran sasarannya, membawakan inovasi termaju melalui pelbagai jenis telefon pintar, peranti boleh pakai pintar, komputer meja dan tablet, sistem operasi HiOS dan produk rumah pintar.

"Google telah menjadi rakan kongsi TECNO yang penting untuk tempoh yang panjang, bermula sejak pelancaran telefon pintar pertama TECNO," kata Jack Guo, Pengurus Besar TECNO. "Dengan memanfaatkan kepakaran Google yang bertaraf dunia dalam perisian dan inovasi, digandingkan dengan pengalaman luas TECNO dalam industri telefon bimbit yang terkumpul dalam pasaran-pasaran memuncul, kami akan menyediakan kepada pengguna tempatan dengan peranti pintar yang selamat dan andal yang memiliki prestasi bertaraf dunia dan pengalaman pengguna yang cemerlang."

"Kami berbesar hati untuk mengukuhkan lagi perkongsian kami dengan TECNO melalui Android. Ini akan membantu merapatkan jurang digital dengan membantu lebih ramai orang mengakses telefon pintar menjelang tahun 2025; berkolaborasi untuk membangunkan lebih banyak produk yang bermanfaat untuk berbilion pengguna internet yang seterusnya," kata Peter Fitzgerald, Naib Presiden Perkongsian Global.

 

Source: TECNO
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements