omniture

BSR KOREA Perkenal "CORE VALUE" sebagai "Pemasar Perolehan Global 2022"

BSR KOREA
2022-12-06 11:00 44

SEOUL, Korea Selatan, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai pengamal "Projek Pemasar Perolehan Global (GPM) 2022" yang dipromosikan oleh Kementerian PKS dan Syarikat Pemula (MSS) serta Korea SMEs and Startups Agency (KOSME), BSR KOREA menawarkan khidmat perunding untuk 40 PKS domestk yang ingin menembusi pasaran perolehan antarabangsa termasuk program latihan pembinaan kapasiti, pendaftaran vendor luar negara dan pembantu untuk persiapan dan cadangan bidaan

Aplikasi CORE VALUE Dr.Clobo
Aplikasi CORE VALUE Dr.Clobo

BSR KOREA menyokong PKS bagi menerokai pencapaian mereka yang pelbagai menerusi aktiviti perundingan berasaskan Projek dan CORE VALUE merupakan salah satu pengamal terbaik dalam Projek GPM 2022.

CORE VALUE ialah sebuah syarikat yang membuat permohonan paten untuk kamera intraoral dan aplikasi perunding perubatan berdasarkan kepada platform perunding perubatannya. Produk-produk mereka membolehkan perundingan perubatan dibuat bersama pakar-pakar perubatan tempatan dalam-rangkaian, berdasarkan kepada imej tapak terjejas yang dikumpul oleh kamera penjagaan kesihatan yang boleh mengambil gambar kulit oral dan otolaryngeal yang terperinci.

Produk-produk CORE VALUE telah didaftarkan sebagai produk perolehan yang inovatif. Walaupun produk-produk tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang diperlukan dalam pasaran perolehan awam luar negara, mereka berjaya membuktikan nilai yang inovatif dalam ujian amalan dengan Child Fund, NGO global serta Vietnam Healthcare Volunteer Association dengan tuntutan terhadap peranti diagnosis jarak jauh.

Produk-produk tersebut dinilai sesuai untuk negara-negara Afrika dan Asia Tenggara yang mempunyai prasarana perubatan yang teruk. Child Fund ialah pelan untuk mengedarkan produk-produk kepada kakitangan perubatan di pusat-pusat penjagaan kesihatan tempatan bagi memberi perkhidmatan jagaan kepada kanak-kanak. CORE VALUE akan menandatangani MOU bersama Child Fund, mendermakan produk unggulannya kepada kerajaan tempatan serta membina infrastruktur perubatan dalam bulan Disember.

BSR KOREA ialah syarikat perunding perdagangan profesional bertauliah domestik dan luar negara di Korea. Ia menawarkan khidmat runding berhubung perolehan awam luar negara dan pemasaran global menerusi pengalaman dan pengetahuannya yang luas. Sebanyak 40 PKS yang dipilih untuk Projek Pemasar Perolehan Global 2022 akan berpeluang untuk menembusi pasaran-pasaran termasuk PBB dan organisasi-organisasi antarabangsa, mengambil bahagian dalam bidaan perolehan untuk negara-negara sedang membangun dengan prasarana yang teruk serta membangunkan dan mempelbagaikan saluran jualan yang baharu dengan mengukuhkan keupayaan perolehan bagi membina strategi bidaan yang lebih baik dengan bantuan daripada BSR KOREA, lalu membawa kepada pengembangan pasaran perolehan awam jangka panjang.

Source: BSR KOREA
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals