omniture

BSR KOREA Perkenal "Healcerion Co., Ltd." sebagai "Pemasar Perolehan Global 2022"

BSR KOREA
2022-12-06 11:00 46

SEOUL, Korea Selatan, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai pengamal "Projek Pemasar Perolehan Global (GPM) 2022" yang dipromosikan oleh Kementerian PKS dan Syarikat Pemula (MSS) serta Korea SMEs and Startups Agency (KOSME), BSR KOREA menawarkan khidmat perunding untuk 40 PKS domestk yang ingin menembusi pasaran perolehan antarabangsa termasuk program latihan pembinaan kapasiti, pendaftaran vendor luar negara dan pembantu untuk persiapan dan cadangan bidaan.

HEALCERION
HEALCERION

BSR KOREA menyokong PKS bagi menerokai pencapaian mereka yang pelbagai menerusi aktiviti perundingan berasaskan Projek dan Healcerion Co., Ltd. merupakan salah satu peserta terbaik dalam Projek GPM 2022.

Healcerion Co., Ltd. ialah syarikat yang pertama di dunia yang membangunkan dan melancarkan peranti diagnostik ultrabunyi tanpa wayar mudah alih berhubung dengan peranti pintar, memastikan persekitaran perubatan yang lebih baik untuk doktor dan juga pesakit. Dalam tempoh Projek, Healcerion Co., Ltd. menukarkan rantaian bekalannya kepada sistem yang mempunyai pengedar di setiap negara mereka menjalankan perniagaan; kini Healcerion Co., Ltd. memiliki 25 pengedar di seluruh dunia dan bukannya 9 pengedar sedia ada.

Khususnya, Healcerion Co., Ltd. berusaha untuk menembusi pasaran perolehan di negara-negara sedang membangun yang mempunyai infrastruktur yang teruk dan diperkenalkan kepada NGO Vietnam dan hospital kebangsaan. Healcerion Co., Ltd. memperoleh lesen peranti perubatan dan memenangi kontrak eksport bernilai USD 600,000 yang melaluinya mereka sedang membuat persiapan untuk eksport pertama pada tahun ini.

BSR KOREA ialah syarikat perunding perdagangan profesional bertauliah domestik dan luar negara di Korea. Ia menawarkan khidmat runding berhubung perolehan awam luar negara dan pemasaran global menerusi pengalaman dan pengetahuannya yang luas. Sebanyak 40 PKS yang dipilih untuk Projek Pemasar Perolehan Global 2022 akan berpeluang untuk menembusi pasaran-pasaran termasuk PBB dan organisasi-organisasi antarabangsa, mengambil bahagian dalam bidaan perolehan untuk negara-negara sedang membangun dengan prasarana yang teruk serta membangunkan dan mempelbagaikan saluran jualan yang baharu dengan mengukuhkan keupayaan perolehan bagi membina strategi bidaan yang lebih baik dengan bantuan daripada BSR KOREA, lalu membawa kepada pengembangan pasaran perolehan awam jangka panjang.

Source: BSR KOREA
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals