omniture

Cetaphil mengembangkan portfolio pencuci muka, memperkenalkan buih pembersih ultra-lembut yang menenangkan

CETAPHIL
2022-12-06 11:32 37

Cetaphil Soothing Foam Wash baharu terbukti mampu menenangkan dan melegakan kulit sensitif sejak daripada penggunaan pertama

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Disember 2022 /PRNewswire/ -- CETAPHIL®, jenama penjagaan kulit dermatologi #1 di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran rasmi Cetaphil Soothing Foam Wash baharu, buih pembersih ultra-lembut yang menenangkan untuk kelegaan optimum dan sesuai untuk kulit sensitif kering hingga normal.

Diperkaya dengan adunan tiga ramuan utama yang mampu menenangkan dan disokong secara dermatologi, iaitu Allantoin, Gliserin dan Triple Ceramides, formulasi unik ini terbukti secara klinikal dapat memberikan kesan kelegaan yang segera iaitu sebanyak +35% selepas 2 minggu penggunaan. Formulasi baharu ini bukan hanya sekadar mencuci secara mendalam. Ia sebaliknya turut mencuci kekotoran dan bahan solekan pada muka dengan berkesan tanpa merosakkan lapisan perlindungan kulit. Buih pembersihnya yang lembut dan halus turut membina ketahanan kulit terhadap 5 Tanda Sensitiviti Kulit dengan kadar pemulihan kulit yang ketara iaitu sebanyak 53% pengurangan sensitiviti kulit selepas 2 minggu penggunaan.

Cetaphil merupakan pakar kulit sensitif terkemuka dengan pengalaman selama 75 tahun yang disokong oleh pakar dermatologi. Sebagai jenama yang mana warisannya berakar umbi dalam bidang penyelidikan dan penghasilan produk termaju untuk kulit sensitif, Cetaphil Soothing Foam Wash tiba tepat pada masanya tatkala wujud perubahan tingkah laku di mana semakin ramai pengguna mengutamakan sifat buih pembersih yang bukan sahaja membersihkan tetapi turut terbukti bermanfaat. Malah, permintaan terhadap One-Pump Foam Washes telah berkembang sebanyak 40% dalam MAT 2022 berbanding MAT 2021[1].

Di peringkat global, pasaran penjagaan kulit dijangka akan terus berkembang sebanyak 36.8% menjelang 2024[2] dan Cetaphil menyasar untuk menarik minat pasaran yang sedang berkembang ini dengan menangani kedua-dua keperluan dermatologi dan kecantikan untuk variasi pengguna dan rutin penjagaan, termasuk pengalaman rasa yang berbeza.

Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cindy Tiu berkata, "Kami sentiasa komited untuk terus memajukan inovasi penjagaan kulit sensitif. Walaupun produk kami diformulasikan secara spesifik untuk semua jenis kulit sensitif, kami komited untuk memahami keperluan kulit yang berbeza bagi setiap masalah kulit. Semasa berbuat demikian, kami mendapati wujud salah tanggapan di kalangan umum bahawa buih pembersih tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana ia mengakibatkan kekeringan dan ketegangan."

"Mencuci adalah rejim penting dalam penjagaan kulit dan kami mahu menambah baik pengalaman itu dengan menyediakan produk pencuci yang memberikan pelbagai manfaat. Dengan Cetaphil Soothing Foam Wash baharu, kami mahu memberikan pengalaman mencuci yang selesa kepada pengguna yang mempunyai kulit sensitif dengan menyediakan formulasi buih pembersih yang berkesan lagi menenangkan yang kaya dengan sifat penghidratan."

"Antara tiga bahan utama ialah Gliserin yang menghidratkan, sejenis bahan mengekal lembapan yang menarik air daripada udara bagi memastikan kulit kekal terhidrat dan meminimumkan kehilangan air. Gliserin juga boleh melegakan kulit kering, memberikan perlindungan terhadap perengsa kulit dan meningkatkan fungsi perlindungan kulit. Bahan ini juga boleh didapati di dalam rangkaian pencuci muka Cetaphil yang lain," tambah beliau.

Cetaphil Soothing Foam Wash baharu kini boleh didapati di e-kedai rasmi Cetaphil dan semua farmasi tempatan di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.cetaphil.com.my/.

[1] Nielsen MAT. September 2022.

[2] Euromonitor International. 2022.

Source: CETAPHIL
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics New products/services